Sabtu, 1 Oktober 2011

Persoalan Agama: Janin dalam ternakan sembelihan halal dimakan


Oleh Ustaz Zahazan

Soalan: ASSALAMUALAIKUM ustaz. Bagaimana hukumnya haiwan ditemui mati yang dalam perutnya ada janin. Adakah anak dalam perut binatang itu dikira bangkai.
Jawapan: Pada dasarnya, haiwan boleh dibahagikan dua jenis berdasarkan tempat hidupnya iaitu di darat dan laut. Haiwan laut semuanya halal sekalipun binatang itu mati dan menjadi bangkai. Dalam hal ini, Nabi SAW bersabda menjawab pertanyaan seorang nelayan mengenai ketika kurangnya air untuk minum, adakah boleh berwuduk dengan air laut atau sungai? Nabi SAW menjawab: “Ia suci airnya dan halal bangkainya.” (Riwayat Malik daripada Abu Hurairah)
Kalau janin (binatang) sudah tumbuh bulunya, maka penyembelihan mengikut induknya. - Hadis riwayat Ahmad

Binatang darat juga pada dasarnya halal dimakan kecuali apabila ada dalil al-Quran atau hadis yang mengharamkannya. Ini tentu saja selepas disembelih sepeti petunjuk syariat. Sekiranya binatang itu mengandung, ada tiga kemungkinan bagi keadaan janinnya.


  • Pertama, janin itu hidup normal walaupun selepas ibunya disembelih. Dalam kes ini janin (anak binatang) itu tidak halal dimakan kecuali setelah disembelih. Tidak boleh digabung dengan sembelihan induknya.

  • Kedua, janin itu hidup tetapi dalam keadaan sangat sukar contohnya sekadar bergerak.

  • Ketiga, janinnya meninggal selepas induknya disembelih.

    Keadaan kedua dan ketiga turut dibangkitkan ulama. Menurut mazhab as-Syafi dan Hambali, janin itu tidak perlu disembelih berdasarkan sabda Nabi SAW ketika ditanya sahabat: “Wahai Rasul, kami menyembelih unta, sapi atau kambing dan kami mendapati dalam perutnya ada janin. Apakah janin itu kami buang atau kami makan? Baginda SAW menjawab: “Makanlah, jika kamu semua mahu kerana penyembelihannya mengikut penyembelihan induknya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud).

    Hadis yang senada juga diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Imam Malik, walaupun berpendapat seperti di atas, namun mensyaratkan sempurnanya anggota janin itu dan sudah tumbuh bulu pada badan janin itu. Syarat ini berdasarkan beberapa riwayat, antaranya daripada sahabat Nabi, Ibnu Umar yang menyatakan: “Kalau janin (binatang) sudah tumbuh bulunya, maka penyembelihan mengikut induknya.” (Hadis riwayat Ahmad).

    Pendapat ketiga dianut sekelompok ulama mazhab Hanafi. Mereka tidak membenarkan janin yang mati atau masih bergerak untuk dimakan. Hadis yang disebut di atas mereka fahami dalam erti penyembelihan janin seperti penyembelihan induknya. Maksudnya bukan bergabung dengan penyem-belihan induknya (bukan bergabung dengan penyembelihan induknya).

    Saya lebih cenderung kepada pandangan Imam Syafie dan Imam Hambali kerana syarat tambahan Imam Malik hadisnya lemah. Demikianlah, wallahua’lam. 

  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

    1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...