Khamis, 30 Ogos 2012

HANYA SETENGAH BERATNYA ZARAH ITU...


Gambar hiasan
Dikisahkan di dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali, seorang pemuda mendatangi Nabi Isa yang sedang menyiram air di kebun. Pemuda itu membuat permintaan yang begitu mustahil dan sangat sukar ditunaikan oleh Nabi Isa sendiri.

Melihat Nabi Isa yang hanya mendiamkan diri, pemuda itu berkata berulang kali kepada Nabi Isa,

Wahai Nabi Isa, kamu mintalah dari Tuhamu agar Dia memberi kepadaku sebesar zarah cintaku kepada-Nya. Moga-moga aku dapat merasa bagaimana ketinggian nilai cinta kepada Tuhan.”

Nabi Isa hanya menjawab, “ Wahai saudaraku, jangan kau teruskan niatmu itu. Kamu tidak akan terdaya menanggung cinta Tuhan walau sebesar zarah.”

Tetapi pemuda itu masih tidak berputus asa. Dimohonnya lagi pada Nabi Isa,

Jika aku tidak berdaya untuk satu zarah, mintalah untukku setengah beratnya zarah cinta itu.”

Melihat kesungguhan dan keinginan pemuda itu, Nabi Isa pun mengalah. Benarkah pemuda ini ingin sekali mendapatkan kecintaannya kepada Allah? Maka Nabi Isa pun menadah tangan dan berdoa agar Allah memperkenankan permintaan pemuda itu. Selesai berdoa, Nabi Isa pun berlalu.

Selang beberapa lama, Nabi Isa datang semula ke tempat dia mendoakan pemuda itu. Puas dicari pemuda itu ke sana ke mari tetapi tidak juga berjumpa. Nabi Isa bertanya kepada orang yang lalu lalang di situ berkenaan pemuda yang dimaksudkan.

“Oh, lelaki itu sudah menjadi gila dan sekarang dia berada di atas gunung sana,” jawab seorang lelaki. Nabi Isa terkejut mendengarnya. Apakah lelaki itu sudah gila setelah mendapat kecintaan kepada Allah seperti yang dimintanya?

Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku di mana dan bagaimana keadaan pemuda itu sekarang.”

Permohonan Nabi Isa dikabulkan ketika itu juga. Pada pandangannya, kelihatanlah pemuda itu sedang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar sambil matanya memandang ke langit tanpa berkelip.

Aneh sekali keadaan pemuda itu. Nabi Isa menghampirinya dan memberi salam. Namun salamnya tidak berjawab, malahan pemuda itu tidak bergerak sedikitpun.

Wahai pemuda, jawablah salamku. Aku ini Isa as.

Suara Nabi Isa bagai dibawa angin lalu. Pemuda itu terus diam membatu sambil mendongak ke langit.

Ketika itu turunlah wahyu dari Allah SWT yang bermaksud,

"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, kerana dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat zarah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


Petikan: Mencari Kebahagiaan Hidup  

Rabu, 29 Ogos 2012

LAPAN DIRHAM RASULULLAH S.A.W


Rasulullah SAW, seorang yang sangat bersederhana dan zuhud pada dunia. Sekalipun sebagai pemimpin tertinggi, Rasulullah tidak pernah sama sekali mengambil kesempatan untuk hidup mewah, apatah lagi bermegah-megah dengan kekayaan hasil umat Islam. Kehidupan sehariannya hanya cukup-cukup makan dan jika tiada apa-apa, baginda lebih suka berpuasa.

Suatu hari, rezeki Rasulullah mendapat sebanyak lapan dirham. Dengan bekalan itu, baginda berniat untuk membeli pakaian dan peralatan rumahtangga. Dalam perjalanan ke pasar, Rasulullah terserempak dengan seorang wanita yang kelihatan sugul dan sedang menangis.

“Apakah wanita ini sedang ditimpa musibah sehingga dia menangis di jalanan begini?” Rasulullah bertanya sendiri.

Lantas sebagai pemimpin yang prihatin, Rasulullah bertanya dan wanita itu menjawab dengan linangan air mata.

“Aku ini seorang hamba suruhan. Aku baru saja kehilangan wang dua dirham milik majikanku. Aku bimbang sekali kalau-kalau majikanku akan memukulku kelak kerana cuai. Bagaimana ya Rasulullah?”

Tanpa berlengah lagi, Rasulullah terus mengeluarkan wang dua dirham dan memberikannya kepada wanita itu.

Dengan wang yang tinggal enam dirham, Rasulullah membeli sehelai gamis, pakaian kesukaannya. Baginda merasa gembira kerana setelah sekian lama, baru sekali ini baginda mendapat peluang menggantikan pakaiannya yang lama.

Baru beberapa langkah meninggalkan pasar, baginda terdengar pula teriakan seorang lelaki tua yang fakir.

“Wahai sekalian orang, sesiapa ikhlas memberiku sedekah pakaian, nescaya Allah akan mendandaninya kelak. “

Rasulullah berpatah balik. Benar, dilihatnya lelaki itu memakai pakaian yang nampak lusuh dan tidak berganti. Baginda merasa belas melihat lelaki itu dan melepaskan gamis baru yang dipakai. Dengan seikhlas hati, Rasulullah memberikan gamis barunya kepada peminta sedekah itu tanpa merasa rugi sedikit pun.

Begitulah Rasulullah, insan mulia yang tidak langsung memandang kesenangan dunia. Habislah wang lapan dirhamnya hanya dengan membantu orang lain dan mengorbankan keinginan diri sendiri.

Namun, perjalanan pulang Rasulullah membuatkan dia sekali lagi terserempak dengan wanita pertama yang dibantu tadi. Kali ini, wanita itu mengadu pula kerana takut majikan menghukumnya kerana pulang lewat.

Dengan senang hati, baginda menemankan hamba wanita itu pulang. Tiba di rumah yang dimaksudkan, Rasulullah memberikan salam.

Kedatangan Rasulullah disambut baik oleh majikan wanita itu walaupun dalam masa yang sama mereka merasa terkejut. Masakan Rasulullah sanggup menemankan pulang seorang hamba yang tidak setaraf dengan baginda?

Tetapi kemuliaan baginda sebagai pemimpin sangat jelas. Baginda bertanggungjawab terhadap kesusahan rakyatnya dan kerana itulah baginda bersabda,

“Jika wanita suruhan ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku saja yang menerima hukuman.”

Mendengar kata-kata Rasulullah yang mulia itu, mereka terkejut dan merasa insaf. Dengan redha, mereka membalas,

“Wanita suruhan ini sudah merdeka kerana Allah.”

Berita itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh Rasulullah dan juga wanita suruhan itu. Baginda bersabda,

“Tidaklah aku melihat lapan dirham yang begitu besar berkatnya, selain dari lapan dirham ini. Darinya Allah telah memberikan ketenteraman bagi orang yang sedang ketakutan, memberi pakaian orang yang memerlukan dan membebaskan seorang wanita suruhan.”

Selasa, 28 Ogos 2012

SEJARAH TURUNNYA AYAT KURSI

Gambar Hiasan


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

 “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

AKU TIDAK AKAN MENGELUH...Satu Kisah untuk renungan..


“Satu hari, aku berada di Baitul Haram. Muncul seorang wanita yang bersinar dan berseri-seri wajahnya. Demi Allah! Belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu. Mungkin wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati.”
Desis Abul Hasan, didengari wanita itu.

“Apakah benar yang kau katakan tadi saudaraku? Demi Allah! Aku ini hanya manusia biasa. Tetap terbelenggu oleh rasa sedih, terluka dan kecewa.”
Abul Hasan bertanya “Jika begitu, apakah perkara yang membuatkan engkau pernah bersedih?”
Kepada Abul Hasan, wanita itu menceritakan rentetan kisahnya yang menyayat hati.

Dahulu, aku punya seorang suami yang baik. Hidup kami bahagia dikelilingi tiga orang anak. Dua daripadanya sudah boleh bermain sendiri dan seorang lagi masih bayi. Hari itu, suami menyembelih kambing sebagai korban. Sedang aku memasak di dapur, anak sulungku berkata kepada adiknya.

“Adik, sukakah kamu kalau aku tunjukkan bagaimana caranya ayah menyembelih kambing?”
Adiknya menjawab, “Mahu, bagaimana?”

Lalu dia membaringkan adiknya dan disembelih leher adiknya itu. Setelah melihat darah yang berhamburan, anakku itu ketakutan lalu lari ke kawasan bukit. Suamiku yang bimbang terus pergi mencarinya. Beberapa hari berlalu, mereka masih tidak pulang. Aku terpaksa pula menyusul. Anakku yang masih bayi kutinggalkan di rumah sendirian.

Tiba di kawasan bukit, aku menemui suamiku yang sudah mati kehausan. Tidak lama kemudian aku temui cebisan baju anakku yang sudah dimakan serigala. Mereka telah mati. Aku pulang ke rumah dengan sedih. Sampai di rumah, aku melihat bayiku pula sudah ditimpa periuk berisi air panas. Habis melecur tubuhnya dan dia tidak lagi bernyawa. Sepeninggalanku tadi, bayi itu mungkin telah merangkak ke dapur dan ditimpa periuk itu.

Berita sedih ini kusampaikan kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Kerana terlalu terkejut, dia jatuh pengsan dan akhirnya meninggal dunia. Kematian seorang demi seorang orang yang kusayangi berlaku sekelip mata. Kini tinggal aku sebatang kara.

Abul Hassan yang mendengar kisah itu menyimpan rasa kagum. Dugaan yang diberi kepada wanita itu sangat berat. Kalau tidak kuat dan tabah, mungkin seseorang boleh menjadi gila atau membunuh diri sendiri. Manakan tidak? Kematian ahli keluarga berlaku dalam tempoh yang terlalu singkat dan bersangkut paut antara satu sama lain.

Abul Hassan bertanya, "Alangkah besarnya musibah yang kau terpaksa terima. Bagaimanakah engkau bersabar dengan ujian ini?”

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemui jalan yang berbeza di antara keduanya. Adapun sabar itu dengan memperbaiki yang lahir, ia adalah hal yang baik dan terpuji. Dan adapun mengeluh, maka kita tidak akan mendapat ganti melainkan sia-sia belaka.

Aku tidak akan mengeluh dengan apa yang telah berlaku. Aku redha kehilangan mereka kerana mungkin itulah yang terbaik dari Allah SWT.”

Ahad, 26 Ogos 2012

KATA-KATA HIKMAT

Gambar hiasan 

http://tazkirah.wordpress.com/mutiara-kata/ 
              
•             Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
•             Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
•             Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
•             Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
•             Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
•             Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
•             Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
•             Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
•             Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
•             Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
•             Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
•             Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
•             Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
•             Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
•             Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
•             Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
•             Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
•             Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
•             Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
•             Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
•             Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
•             Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
•             1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
•             Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
•             Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
•             Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
•             Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
•             Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
•             Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
•             Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
•             Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
•             Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
•             Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
•             Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
•             Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
•             Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
•             Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
•             Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
•             Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
•             Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
•             Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
•             Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
•             Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
•             Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
•             Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
•             Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
•             Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
•             Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
•             Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
•             Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
•             Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
•             Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
•             Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
•             Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
•             Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
•             Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agungkan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
•             Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya
•             Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan
•             Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
•             Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
•             Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah
•             Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat
•             Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya
•             Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
•             Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah
•             Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
•             Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
•             Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli
•             Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan
•             Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
•             Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya
•             Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan
•             Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik
•             Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
•             Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
•             Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
•             Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
•             Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
•             Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan
•             Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun
•             Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
•             Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
•             Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
•             Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
•             Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya
•             Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
•             Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
•             Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
•             Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
•             Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
•             Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
•             Hati si isteri akan tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya
http://tazkirah.wordpress.com/mutiara-kata/

Khamis, 16 Ogos 2012

DOA NABI DAUD & DOA NABI S.A.W


Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa antara doa Nabi Daud a.s. adalah sebagai berikut:

“Ya ALLAH, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang mencintaiMU dan kecintaan pada amal yang menghantarku untuk meraih cintaiMU. Ya ALLAH,jadikanlah cintaMU sebagai sesuatu yang paling aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk.”
[Hadis riwayat Termizi ]


Sementara itu dalam sebuah hadis lain ,Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa ini:

“Ya ALLAH, aku memohon kepadaMU kekuatan untuk melakukan kebaikan, menjauhi kemungkaran, dan mencintai orang-orang miskin. Ya ALLAH, ampunilah  dan belas kasihanlah diriku. Jika ENGKAU menginginkan untuk menurunkan fitnah kepada suatu kaum maka matikanlah aku dengan tanpa mendapat fitnah. Ya ALLAH, aku memohon cintaMU, kecintaan orang yang mencintaiMU dan kecintaan pada amal yang dapat mendekatkanku pada CINTAMU.”
[Hadis riwayat Termizi ]

JANGAN JADIKAN DUNIA MELALAIKANMU


Abbas bin Abdul Mutalib ra.a berkata, Rasulullah s.a.w.bersabda:
“Orang yang menikmati manisnya iman adalah orang yang redha Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai rasulnya.”
 [ Hadis riwayat Muslim]

Sementara itu JANGAN LUPA tujuan Allah menciptakan kita. Dan janganlah sampai apa yang diciptakan oleh Allah itu membuat kita lalai beribadat kepadaNYA. Dengar firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud : “HambaKu !AKU menciptakanmu demi Aku, dan Aku menciptakan dunia demi kamu, dan dunia yang Aku ciptakan ini jangan sampai membuatmu lalai dariKU.”

Isnin, 13 Ogos 2012

TANDA ORANG BIJAKSANA..

Gambar hiasan

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah :

1. Hatinya selalu berniat suci. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
2. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
3. Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
4. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
~ Sayidina Usman bin Affan


Ahad, 12 Ogos 2012

Cerita: Kelebihan Selawat - Cerita Sufyan As Sauri

Gambar hiasan

Sufyan As Sauri menceritakan :

Ketika saya bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada di sisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia datang tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.

"Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia di dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

Wallahua’lam

KATA-KATA HIKMAH ORANG-ORANG SOLEH

Gambar hiasan

Kata-kata Hikmah Sayidina Abu Bakar

1.  Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan ujub dengan sesuatu daripada perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu.

2.   Moga-moga aku jadi pokok kayu direntas kemudian dimakan.

3.   “Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu ,tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku, tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku.

Rabu, 8 Ogos 2012

JAGA ADAB BERPUASA


Oleh IBRAHIM ABDULLAH

HABIB Abdullah bin Alwi al-Haddad, dalam kitabnya Nashaihud Diniyyah wal Washaayal Imaniyyah berkata: “Orang yang berpuasa mempunyai adab-adab yang puasanya tidak menjadi sempurna, kecuali dengan adanya adab-adab itu. Yang terpenting daripadanya ialah menjaga lidahnya daripada dusta dan ghibah serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya. Ia menjaga kedua mata dan telinganya daripada mendengarkan dan memandang sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap berlebihan.

Seterusnya, ia menjaga pula dirinya daripada memakan makanan haram dan subahat, khususnya ketika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat berhati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan halal lagi tayyibah.

Ulama Salaf berkata: “Apabila engkau berpuasa, lihatlah makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat mana engkau berbuka. Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan berbuka puasa.”

Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya daripada perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.

Banyak orang yang berpuasa memayahkan dirinya dengan lapar dan dahaga. Namun membiarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya.
Nabi SAW bersabda bermaksud: Banyak orang yang berpuasa tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan dahaga. (riwayat Muslim).

Meninggalkan maksiat adalah wajib bagi orang yang berpuasa mahupun yang tidak berpuasa. Tetapi orang yang berpuasa lebih utama untuk berhati-hati dan lebih wajib.

Nabi SAW bersabda bermaksud: Puasa itu perisai. Maka pada hari kamu berpuasa, janganlah ia berkata-kata dan jangan berbuat kefasikan serta jangan menganggu orang lain. Jika ada orang memakinya atau memusuhinya, maka katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. 
(riwayat Bukhari dan Muslim).

Termasuk adab orang berpuasa ialah tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaklah ia makan sekadarnya sehingga ia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan nafsunya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itu rahsia puasa dan tujuannya.

Hendaknya orang yang berpuasa menjauhi kesenangan hawa nafsunya serta kenikmatan melampau. Latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam menerangi hati dan secara khusus dituntut di bulan Ramadan.

Adapun orang -orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadan, hal itu merupakan tipu daya syaitan agar mereka tidak merasakan keberkatan puasa mereka.

wallahua’lam

Selasa, 7 Ogos 2012

3 GOLONGAN MANUSIA



MANUSIA dibahagikan kepada TiGa golongan iaitu :

HIDUP Demi Dunia Semata-mata
Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud: “Dan tentu mereka akan mengatakan (pula )
Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan.”
(Surah al-An’am: 6:29).

Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun …
Namun mereka tidak berusaha kea rah mencapai kebahagiaan “di sana”. Mereka selamba bersukaria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.

Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat
Mereka menanam di sini [di dunia] untuk menuainya di akhirat kelak.  
Allah berfirman yang bermaksud : “ Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampong akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tiadakah kamu memahaminya?”
[ Surah al-An’am 6: 32]

Isnin, 6 Ogos 2012

KISAH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI DENGAN SEEKOR KUCING


Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terluput waktu untuk solat subuh. 

Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisi beliau yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badannya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun terjaga dari tidurnya. Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu.

Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu. Dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tanda tanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat?

Beliau pun bertanya: "Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi mengapa kamu membangunkan aku supaya bersolat subuh?"

Kucing itu menjawab: "Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Oleh kerana engkau telah mengenali diriku, baiklah aku akan jelaskan kepadamu.”

Lalu kucing tersebut menyambung: “Aku tahu jika kamu tertinggal solat fardhu ke atasmu, kamu akan melakukan seratus raka’at solat lagi sebagai penebusan, jadi aku bangunkan kamu supaya kamu hanya dapat pahala daripada mengerjakan solat yang dua raka'at sahaja."

Wallahua’lam.

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat



  1. Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki. Kadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T.:
  2. “Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat.”

  3. Firman Allah S.W.T.: “Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat Ku (yang menunjukkan kekuasaanKu), itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

  4. Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.:
  5. “Mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”

  6. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa itu.”

  7. Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai dan perut penuh dengan ular serta kala jengking.
  8. “Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.”

  9. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

  10. Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut.
  11. “Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yg halal.”

  12. Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.
  13. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka.”

  14. Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.

  15. Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.

  16. Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala kebawah dan kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
  17. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.

  18. Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

  19. Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

  20. Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

  21. Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

  22. Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan: “Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal salih dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T.”

  23. Semoga dengan perkongsian ini dapat menyedarkan kita semua mengenai hukuman yang bakal tiba di akhirat kelak. Terasa sedih akan diri ini, telah banyak dosa yang dilakukan rasanya. Semoga Allah mengekalkan cahaya keimanan di dalam diri ini hendaknya.

12 Jenis Barisan Manusia Menuju ke Akhirat



BARISAN Pertama  Di iringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
·         “Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat”.
·         Firman Allah ‘Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat2 Ku ( yang menunjukkan kekuasaan Ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.

BARISAN Ke- 2  Di iringi dari kubur dalam bentuk babi hutan.
·         “Mereka orang yang meringan-ringkankan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”

·         Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa itu.

 BARISAN Ke - 3 Di iringi dari kubur dengan bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.
·         “Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

 BARISAN Ke - 4  Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut.
·         “Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yang halal.

 BARISAN Ke - 5 Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.
·         “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

 BARISAN Ke - 6  Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan .
·         Mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.

 BARISAN Ke - 7 Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka.  Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.
  
BARISAN Ke - 8 Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik,kepala ke bawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yang melakukan zina.
·         Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah “Tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.

BARISAN Ke - 9 Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh .
·         Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

BARISAN Ke -10 Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta.
·         Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

BARISAN Ke - 11  Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan.
·         Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.

BARISAN Ke -12
  Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
·         Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal salih & melakukan kebaikan.
·         Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
·         Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T”

SeMaLaM AkU...


semalam...
aku telepok di tikar sujud-Mu
merintih akan rahmat ehsan dari-Mu
membimbing pimpin tangan bertaut
menghindar aku dari rindu yang dalam
hingga aku bersendu di temani kelam

semalam...
aku telepok di tikar sujud-Mu
merayu akan janji kasih dari-Mu
menyubur jiwa bertasbih cintaku
menyusun jejak lurus ke jalanMu
hingga aku bersunyi di himpitan suram

semalam...
aku telepok di tikar sujud-Mu
mendakap erat akan tinta cinta dari-Mu
mengimbas rona hati berzikir memuji keagungan-Mu
mengharapkan cinta - kasih dan sayang
hingga aku berdiam di hujung malam

semalam...
aku telepok di tikar sujud-Mu
menggenggam butiran menyebut nama-Mu
menyemarak rindu bertaut kasih kurniaan-Mu
mengimbau titik sentuh naluri ukhwah kiriman-Mu
hingga aku bersujud syukur nikmat rahmat di hujung waktu

semalam...
Aku bernyawa di atas ehsan kasih sayang rindu dari-Mu
Aku bernafas di ruang cinta alirnya bahagia ilham dari-Mu
hingga terjaga aku tika namaMu diseru penuh mendayu
hingga tersentuh sukma ku terucap kalimah buat-Mu
syukur aku Alhamdulillah - Allah Maha Agung

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN



1. Perang Badar Al-Qubra
Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

2. Peristiwa Nuzul Al-Quran 
Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq /Ahzab
Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh ribu.

4. Perang Tabuk 
Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa.

5. Pembukaan kota Mekah
Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah. 

6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel
Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. 

7. Perang Ain Jalut
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

8. Kekalahan Tentera Salib
Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

9. Perluasan negara Islam di Andalus.
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

10. Pembebasan Sinai
Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...