Khamis, 20 Disember 2012

KISAH SOLIHIN - Muhammad Ibn Hanafiya

Muhammad Ibn Hanafiyah
Gambar hiasan
Penyeru Perdamaian, Cinta dan Persaudaraan
Cukuplah kiranya jika dikatakan bahawa beliau termasuk dalam tokoh muslim, sebab beliau adalah putera Imam Ali ra. yang pada lintasan sejarah Islam pada ketika itu ia berusaha mencegah pertumpahan darah antara kaum muslimin yang telah berlanjutan lama, tiada hentinya.

Oleh kerana itu para sejarawan sukar menggambarkannya. Mereka tidak menempuh cara yang telah dilakukan oleh orang-orang yang berjuang selama hidupnya. Nama dan biografinya disebut dalam sejarah. Maka siapakah pahlawan yang seandainya dikehendaki, layak menjadi khalifah, suatu kedudukan yang menghimpun kekuatan. Akan tetapi ia menolak mempertajam konflik jawatan khalifah yang berakibat pertumpahan darah antara kaum muslimin, lebih sibuk dalam urusan duniawi daripada ukhrawi, dan perlumbaan jawatan yang tinggi, kejayaan, kemegahan, kekuatan dan kekuasaan. Mereka mengejarnya sampai mati, dan berusaha keras men­capainya. Mereka menempuh cara yang penuh derita, sehingga sinar pedoman dan prinsip ajaran Islam menjadi pudar dalam akal dan hatinya.

Itulah Muhammad Ibn Imam Ali ra. yang dikenal dengan nama Muhammad Ibn Hanafiyah, sebab ibunya bukan Fatimah Az ­Zahrah ra. namun Khalah binti Jalar Ibn Qais dari kabilah Hanafiyah. Beliau sangat meninginkan kaum muslimin hidup rukun dan bersatu. Seorang muslim jangan sampai menarik sen­jatanya di hadapan muslim lainnya, sebab Nabi SAW melarang yang demikian itu. Beliau bersabda, “Apabila dua orang muslim saling mengacungkan pedangnya, maka si pembunuh dan terbunuh, kedua-duanya masuk neraka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, wajar kalau si pembunuh itu masuk neraka. Tetapi apa salah si terbunuh?” Jawab Rasulullah Saw., “Sebab si terbunuh itu pun berusaha mem­bunuhnya.”

Muhammad Ibn Imam Ali ra. saudara Hasan dan Husein, dilahirkan pada masa akhir kekhalifahan Abu Bakar As-Shiddiq ra. Sebab Imam Ali tidak berkahwin lagi selama Fatimah masih hidup. Beliau berkahwin dengan wanita lain setelah kematiannya. Fatimah wafat 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah. Ketika Muhammad dilahirkan oleh isteri Ali ra. yang ketiga, beliau mem­beri julukan kepadanya sebagai “Abu Qasim” dengan maksud mengambil berkah dari Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Ali ra. pernah meminta izin Rasulullah agar memberi nama julukan tersebut. Rasulullah SAW. membenarkannya. Ketika kedua-duanya sedang duduk-duduk, Ali ra. berkata kepada Rasulullah SAW.: “Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu sekiranya aku dikurniai anak sepeninggal engkau, bolehkah aku memberi nama dengan namamu, dan menjulukinya dengan julukanmu?” Rasulullah SAW.bersetuju.

Muhammad Ibn Hanafiyah membesar dalam didikan ayahnya. Sifat pemberaninya nampak sejak kecil. Ayahnya mengharapkan dia menjadi pahlawan yang hebat dalam medan jihad dan ternyata harapan serta pemikiran ayahnya itu benar. Hal itu nampak pada waktu terjadi perang Shiffin, di mana dia memegang bendera dengan teguh di medan perang, meskipun sebenarnya dalam batinnya timbul gejolak manusiawi yang mendambakan perdamaian. Dia menyaksikan darah kaum muslimin tertumpah di sana-sini. Jiwanya nampak sedih dan duka. Dalam hati kecilnya dia berkata: “Jika sebahagian dari kita memerangi sebahagian yang lain, lantas siapa yang akan memerangi musuh­-musuh Allah?” Akan tetapi hiruk pikuk senjata tidak berhenti kecuali setelah diadakan tahkim.

Hari-hari pun berlalu. Peristiwa demi peristiwa terjadi di kalangan Umat Islam, sehingga kaum Khawarij berpaling daripada taat kepada Imam Ali ra., bahkan membunuhnya. Di sinilah terserlah adanya perselisihan untuk damai yang terjadi dalam jiwa Muhammad Ibn Hanafiyah. Beliau tidak bimbang membai’at Muawiyah demi menenangkan konflik dan mencegah pertum­pahan darah antara kaum muslimin.

Keluhuran budi pekertinya tercermin dalam setiap tindakan­nya. Ketika beliau berselisih faham dengan saudaranya, Hasan ra., di mana satu sama lain saling berhujah, Muhammad Ibn Hanafiyah mengingatkan sabda Rasulullah tentang orang­-orang yang saling berselisih, “Dan sebaik-baik di antara keduanya adalah yang memulai mengajak damai.” Meskipun demikiand ia tidak menghendaki agar dianggap lebih baik daripada saudaranya, Hasan ra., bahkan dia mengutamakannya atas dirinya sendiri. Beliau menulis surat kepada Hasan ra. yang isinya menyebutkan keuta­maan-keutamaannya sebagai berikut, “Sesungguhnya Allah mem­berikan keutamaan kepadamu lebih dari kepadaku. Ibumu adalah Fatimah binti Muhammad Ibn Abdullah semoga salawat dan salam kepadanya, adapun ibuku adalah wanita daripada Bani Hanafiyah. Datukmu adalah Nabi SAW. penghulu sekalian makh­luk. Adapun datukku adalah Ja’far Ibn Qais. Maka marilah datang dan damai denganku, dan bagimu segala keutamaan.”

Ketika Imam Hasan ra. membaca surat tersebut, air matanya menitis kerana kesan tersebut membawa pengaruh. Dengan spontan beliau menemui saudaranya, Muhammad, mereka saling berdamai kembali. Hilanglah perselisihan di antara kedua-duanya.

Dalam peristiwa yang lain, terjadi pula perselisihan dalam diri Muhammad Ibn Hanafiyah, iaitu ketika terjadi pertentangan antara kekhalifahan Abdullah Ibn Zubair di Hijaz, dan Malik Ibn Marwan di Syam. Satu sama lain berusaha mempengaruhi Muham­mad Ibn Hanafiyah agar ikut dalam kelompoknya. Namun terjadi peristiwa-peristiwa di luar dugaan Muhammad. Abdullah Ibn Zubair mendekatinya dengan paksa, padahal kaum muslimin banyak condong pada cara berfikir Muhammad Ibn Hanafiyah. Mereka mengajaknya bersama-sama pergi ke Syam, jauh pengaruh dan tekanan Ibn Zubair. Setelah sampai di Syam, ramai yang menyokongnya, sehingga Abdul Malik Ibn Marwan tidak senang dengan populariti Muhammad Ibn Hanafiyah. Beliau juga diminta untuk pergi meninggalkan Syam bersama-sama pengikutnya. Demikianlah penyeru perdamaian yang tidak men­jumpai perdamaian di bumi mana pun.

Peristiwa demi peristiwa silih berganti . Pesaing Abdul Malik Ibn Marwan iaitu Abdullah Ibn Zubair terbunuh dalam suatu peperangan. Selalu saja sejarah ditulis dengan pena yang diwarnai pertumpahan darah. Muhammad Ibn Hanafiyah mendapat kesempatan untuk menetap dan melakukan perda­maian. Dia mengutus utusan menjumpai Abdul Malik Ibn Marwan untuk membai’atnya. Akibatnya redalah angin ribut yang melanda umat Islam.

Setelah itu Muhammad Ibn Hanafiyah menghabiskan hari-­harinya dengan jiwa yang tenang dan damai. Beliau membaca Al-Qur’an siang dan malam. Beliau menjawab pertanyaan orang yang bertanya, “Bagaimana engkau mampu merubah penderitaan dan sengsara yang engkau alami?” Jawabnya,''Hendaklah kamu solat dan membaca Al-Qur’an. Di dalam kedua-duanya itu terdapat ubat penawar bagi penyakit yang ada di dada, dan mengusir derita batin.”

Pada detik-detik terakhir hayatnya, beliau mengakhirinya dengan membaca surat Al-Ikhlas, seraya menghadap Allah dalam keadaan suci ibarat pumama. Beliau meninggal dunia, dan me­lihat tempatnya di akhirat di antara orang-orang yang soleh dalam derajat yang tertinggi di sisi Allah.

(Sumber : Hayat Ash Shalihin , Syekh Abdul Mun`im Qindil)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...