Jumaat, 31 Mei 2013

Peringatan buat diriku -10 Perangkap Syaitan

Peringatan buat diriku -10 Perangkap Syaitan 
Gambar hiasan aje
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALLAH yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh ALLAH pada bila-bila masa saja. ALLAH Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci ALLAH  iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba ALLAH itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh ALLAH dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

http://nauratulhidayah2.blogspot.com

BeRsAnGkA BaiK DeNgAn ALLAH SWT AtAs UjiAnNYA

Bersangka baik dengan Allah s.w.t atas ujianNya…
Hiasan saja
Berbaik sangka dengan ALLAH s.w.t merupakan suatu yang indah.. 
Al Hafiz Ibnu Abi Dunya menceritakan daripada Seorang Ulama Kufah bernama Masruq bin Ajda..

Beliau bercerita, “Di sebuah desa pendalaman, terdapat sebuah keluarga yang hanya mempunyai seekor ayam, anjing dan keldai.. Ketiga tiga haiwan ini sangat disayangi oleh keluarga ini kerana manfaatnya pada mereka.. Ayam membantu untuk mendirikan solat, keldai digunakan untuk mengambil air dan anjing untuk menjaga rumah..

Suatu hari, seekor musang memangsa ayam mereka.. Seisi keluarga menjadi sedih.. Namun, si ayah keluarga ini berkata “Tidak apa apa, In sya ALLAH (takdir ini) baik untuk kita”..

Tidak beberapa hari kemudian, seekor serigala telah membunuh keldai mereka pula.. Ahli keluarga itu sedih sekali.. Namun ayah keluarga ini tetap berkata, “Tidak apa apa, In sya ALLAH (takdir ini) baik untuk kita”..

Selang beberapa ketika, anjing mereka pula mati mendadak.. Maka ahli keluarga menjadi sedih kembali.. Si ayah tetap berkata , “Tidak apa apa, In sya ALLAH (takdir ini) baik untuk kita”..

Masruq berkata , “ Selang beberapa hari.. Suatu pagi, ahli keluarga itu bangun daripada tidurnya.. Lalu mereka mendapati bahawa seluruh penduduk desa itu telah ditawan dan dibawa pergi oleh sekumpulan perompak malam tersebut.. Hanya keluarga mereka terselamat kerana para perompak hanya mendatangi rumah rumah yang terdengar suara haiwan di dalamnya sahaja”..

Natijah kesabaran..

Abu Salamah dan Umi Salamah merupakan pasangan suami isteri yang sangat bahagia.. Kedua – duanya termasuk di kalangan mereka yang awal memeluk Islam di Makkah ketika seluruh penduduk kota itu menolaknya..

Pahit getir kehidupan dalam menjaga akidah mereka lewati bersama dengan tabah.. Apabila pasangan ini hendak berhijrah ke Madinah, mereka harus berpisah kerana orang – orang musyrik menghalangi Abu Salamah untuk membawa isteri dan anaknya berhijrah..

Selepas setahun kemudian, ALLAH s.w.t menyatukan kembali dua insan yang saling mencintai ini di kota Madinah bersama Rasulullah s.a.w

Suatu hari, Umi Salamah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah (ujian), lalu ia mengucapkan kata – kata yang ALLAH perintahkan [Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un] dan berdoa, “Ya ALLAH , berilah daku pahala atas musibah (ujian) ini, dan gantilah musibah (ujian) ini dengan sesuatu yang lebih baik, melainkan ALLAH  akan menggantikan musibah (ujian) itu dengan sesuatu yang lebih baik untuknya”..

Tidak lama setelah itu, tepat pada peristiwa Perang Uhud, Abu Salamah pulang dari perang sambil membawa luka yang sangat parah.. kemudian, beliau meninggal dunia.. Kejadian ini amat menggoncangkan hati Umi Salamah.. Dia segera teringat akan pesanan Rasulullah s.a.w untuk mengucapkan apa yang telah diajari oleh Rasulullah s.a.w  Dia pun terfikir, “Siapakah orang yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia ialah suami yang begitu dan begini….”

Umi salamah terus mengingati kelebihan – kelebihan bekas suaminya itu.. Namun, akhirnya Umi Salamah tetap mengucapkan kata – kata itu juga..

Tidak lama setelah masa ‘iddahnya berlalu, Rasulullah s.a.w datang meminang Umi Salamah.. Baginda s.a.w merupakan manusia terbaik yang pernah diciptakan ALLAH  s.w.t.. Baginda s.a.w hadir untuk menggantikan Abu Salamah sebagai perwujudan janji ALLAH s.w.t bagi orang yang bersabar menghadapi ujian.. Kisah ini terkandung di dalam Kitab Soheh Al Imam Muslim r.a..

Sekadar untuk motivasi diri..

http://nauratulhidayah2.blogspot.com/

Isnin, 27 Mei 2013

TiPS : UBaTi HaTi MaTi

Tips ubati hati mati - Umar Muhammad Noor.

SUATU hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, “Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?”

Murid-muridnya menjawab: “Ya.”

Guru yang bijak ini melanjutkan: “Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati.”

Hati manusia

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.

Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.

Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah. Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri.

Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: “Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup.”

Ubat hati

Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza. Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah parah.

Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba ALLAH. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang “berhati sihat.”

Berkata Ibrahim Al-Khawas, “Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang saleh.”

Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan.

Namun orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam.

http://epondok.wordpress.com/2013/05/26/tips-ubati-hati-mati/

Sabtu, 25 Mei 2013

TUJUH TiPs MeMbUkA PiNtU ReZeKi

7 Tips Membuka Pintu Rezeki -By Abu Nafis
"Hey, Rabbit !! Makan jangan tak makan..! he he
Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..

Kita mengaku kita muslim,kita ada ALLAH tapi mengapa tidak dekatkan diri dengan-NYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..

Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..

1. BANYAKKAN BERISTIGHFAR

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku katakana kepada kaumku” Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri:

“BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”

2-
DOA MURAH REZEKI YANG DIBACAKAN OLEH NABI SAW KEPADA ANAS BIN MALIKRA


اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: Ya ALLAH,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir ( kata ganti nama) huwa (hu) kepada dhomir hiya (ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa (dia lk) atau hiya (dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: Ya ALLAH, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…

Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a, ALLAH telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi ALLAH, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”

Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.

Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..

3. SELAWAT MURAH REZEKI

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Ya ALLAH rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..

4. AYAT SERIBU DINAR

Ayat seribu Dinar

Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod ja’allahu
Likulli syai’in qodroo

Terjemahannya:
Barangsiapa berTAQWA kepada ALLAH,  nescaya ALLAH akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga.

Kaedah beramal:
Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”

P\S: Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak murah rezeki\maju dalam perniagaan bukan dengan gantung ayat 1000 dinar di permis perniagaan tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada ALLAH.

5. Banyak Bersedekah
Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin ALLAH tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana ALLAH (ikhlas).

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. ALLAH melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan ALLAH Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).

6. Berbakti kepada Ibu Bapa

Antara amalan yang boleh membuatkan ALLAH membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibu bapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:

17:23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”

17:24: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”.

Disebutkan di dalam Hadis:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (ALLAH ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7. Melazimi Membaca surah al Waqi’ah.
Diriwayatkan Sa’ad bin Abi Waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan ALLAH.

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya : ”Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan diitmpa kemiskinan selama-lamanya.

Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah Al Waqi’ah”..

Surah al waqi’ah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya (Lebai Din) mewajibkan anak-anakya menghafaz dan mengamalkan surah Al Waqi’ah ebagai ikhtiar murah rezeki.

Kata Dr Haron Din:
“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah Al Waqi’ah..Kami baca surah Al Waqi’ah pada tiap-tiap malam Jumaat dan ayah akan mengapalai membaca Al Waqi’ah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah Al Waqi’ah, dan saya dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan kepada kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan Al Waqi’ah dan saya tak tinggal Waqi’ah, dalam kereta, atas kapal terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal Waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca Al Waqi’ah .Kena yakin bahawa Al Waqi’ah enjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”

Pesanan saya:
1. Beramallah dengan tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini amal esok nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..

2.Yakinlah serta letakkan spenuh pengharapan kepada ALLAH  supaya dengan ikhtiyar ini ALLAH melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..

3. Beramal dengan tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak payah keluar cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..

4. Pengalaman orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips di atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali tidaklah sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah mendapat rezeki,rezeki ada sahaja..

5. Anda perlu tahu bila sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..

6. Yang paling penting ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH .Bila kita bertakwa pasti ALLAH memelihara rezeki kita. Bila kita buntu pasti ALLAH akan memberi jalan keluarnya dan ALLAH akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.

Wallahua'lam

Jumaat, 24 Mei 2013

MaRi BeRziKiR,.....


TuJuH HeNTiAN kE SyUrGa

Tujuh Hentian Ke Syurga
Gambar hiasan semata-mata

Rasulullah S.A.W. bersabda “Di antara seorang hamba dan Syurga terdapat tujuh hambatan (hentian). Hambatan yang paling ringan ialah mati. Dan hambatan yang paling sulit ialah wukuf (berdiri) dihadapan ALLAH SWT (untuk dihisab) iaitu apabila orang-orang yang dianiaya menuntut terhadap orang-orang yang menganiaya (Riwayat Bukhari).

Mati itu menyakitkan tetapi ia adalah halangan yang paling ringan atau mudah. Sakitnya sakaratul maut itu lebih sakit dari ditetak dengan 1000 pedang. Pertahankan iman kita dalam keadaan sakit itu dengan mengingati  ALLAH  dengan bersungguh-sungguh dan minta pertolongannya.

Halangan yang paling sukar ialah berdiri untuk dihisab kerana keadaan ketika itu teramat panas. Rasulullah SAW memberikan gambaran suasana kedahsyatan pada hari tersebut “Pada hari Kiamat didekatkan matahari kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu. Pada ketika itu, manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada yang (peluhnya) sekadar sampai di buku lali, lutut, pinggang dan mulut (sambil Baginda menunjukkan isyarat ke mulutnya). (Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Namun ada juga golongan VIP yang dilindungi daripada kepanasan ini. Ketika itu juga manusia sangat sibuk dengan masalah masing-masing.

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat (Abasa:33) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, (Abasa:34) Dan ibunya serta bapanya, (Abasa:35) Dan isterinya serta anak-anaknya; (Abasa:36) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja (Abasa:37)

Golongan yang paling sukar pada masa hisab dijalankan ini adalah mereka yang menganiayai atau menzalimi orang lain atau apa-apa makhluk lain.

http://pondokhabib.wordpress.com/2013/05/24/tujuh-hentian-ke-syurga/

Khamis, 23 Mei 2013

KeLeBiHaN HaRi JuMaAt

Gambar hiasan saja

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannya.” 
(HR Muslim).

~ Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi ALLAH Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan ALLAH mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

~ Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

~ Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, ALLAH akan berselawat kepadanya 10 kali (ALLAH akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

~ Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya ALLAH mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

~ Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. 
(HR Muslim)

~ Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada ALLAH melainkan ALLAH akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

~ Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan ALLAH menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

~ Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

JiN BaNgUnKaN MaNuSiA UnTuK SoLaT

Jin bangunkan manusia untuk Solat
Gambar hiasan
Mahdi bin Maimun menceritakan seorang jiran beliau yang bernama Washil. Pada waktu malam Mahdi bin Maimun selalu mendengar suara jirannya itu membaca Al Quran. Sehingga, beliau tahu bahawa jirannya itu tidak tidur malam kecuali hanya sekejap.

Pada suatu hari ketika Washil melakukan perjalanan jauh pergi ke Mekah, Mahid bin Maimun mendengar bacaan Al Quran yang sama dengan bacaan Washil sedangkan pintu rumah Washil terkunci.

Setelah Washil pulang, Mahdi bin Maimun pun memberitahu apa yang dialaminya dan Washil pun menjawab, "Apa yang engkau bimbangkan? Mereka itu adalah penghuni rumah, mereka solat seperti kita juga, mereka membaca Al Quran seperti kita juga."

Mahdi pun bertanya, "Apakah engkau melihat mereka?" Washil pun menjawab, "Tidak, tapi aku dapat merasakan kewujudan mereka, mendengar pengaminan mereka di saat berdoa. Ketika aku tidur, mereka membangunkan aku ". (Shifat Ash Shafwah, 4/359)

Diterjemahkan dari sumber fiqhislam.com

Aku Meninggalkan Suami Kerana Ia Memintaku Meninggalkan Islam


Aku Meninggalkan Suami Kerana Ia Memintaku Meninggalkan Islam


Jika ada sebahagian di antara wanita muslimah yang rela meninggalkan Islam yang dianutnya demi cinta, ekonomi, harta, kekayaan, atau urusan dunia lainnya, maka dalam kisah nyata kali ini tidaklah demikian. Seorang wanita Jerman yang telah mendapat hidayah islam justru mengorbankan suaminya demi mempertahankan hidayah yang telah diraihnya! Sungguh hidayah itu adalah sangat mahal nilainya bagi orang-orang yang mau merenunginya dan mensyukurinya. Inilah dia kisahnya :

“Saya sampai di Saudi, sedangkan di fikiranku ada berbagai hal tentangnya. Sebelumnya saya sudah yakin bahawa akan terjadi perubahan besar pada diriku. Saya mulai memperhatikan hal-hal aneh di masyarakat yang ada di sekitarku. Ketika waktu shalat tiba, semua orang meninggalkan apa saja yang mereka kerjakan dan berdiri di shaf-shaf secara teratur (untuk melaksanakan shalat), mereka diliputi oleh kebahagiaan dan ketenangan.

Saya memperhatikan berbagai macam pergaulan antara anggota masyarakat, difikiranku berkecamuk dan bertumpuk berbagai pertanyaan. Pada setiap jawapan yang saya dapatkan, saya merasakan adanya denyutan baru di dalam hati yang belum pernah saya rasakan sebelumnya. Saya membandingkan antara susunan kehidupan di Jerman dan susunan kehidupan yang ada di sini. Di Jerman, kami menghabiskan waktu untuk hal-hal yang tak bermanfaat, sementara di sini semua orang menghabiskan waktunya untuk bekerja dan beribadah.”

Selanjutnya wanita ini menambahkan, “Jurutera Subhi Tiraji dan isterinya telah menerangkan Islam kepadaku secara terperinci. Mereka juga telah menjelaskan kepadaku perkara-perkara yang ghaib dan pemahaman-pemahaman yang salah supaya saya masuk Islam dengan penuh kerelaan. Saya menamakan diri dengan Hana.

Saya mengirim surat kepada suamiku di Jerman untuk memberitahukan hal ini dan menjelaskan kepadanya tentang kelebihan-kelebihan agama Islam, serta menjelaskan bahawa Islamlah agama yang benar. Akan tetapi sayang, suamiku malah memintaku untuk segera pulang dan meninggalkan Islam. Saya menolak permintaannya dan mengorbankan dirinya. Saya meminta untuk di talak dan saya pun mendapatkan hasilnya. ALLAH memberiku seorang suami yang shalih, warganegara Amerika yang berasal dari Mesir.”

Kemudian Hana menceritakan kehidupan barunya, “Setiap minggu kami pergi ke Mekkah atau Madinah al-Munawwarah untuk menghabiskan waktu-waktu yang indah di berbagai tempat suci dan mendengarkan berbagai kaset, supaya dengan mudah kami mendapatkan pemahaman yang benar tentang Islam dengan lebih dalam dan lebih sempurna.”

http://helmdahl.blogspot.com/2013/05/aku-meninggalkan-suami-kerana-ia.html

Rabu, 22 Mei 2013

HakiKaT MeMpELajAri ILMU


Hakikat mempelajari ilmu -epondok -Dr. Aminudin Mansor

MENDIDIK anak-anak adalah tugas penting dan utama kepada setiap ibu bapa. Justeru, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sangat penting sejak anak-anak itu masih kecil dan dilakukan berterusan sehingga meningkat remaja dan dewasa.

Tanggungjawab ibu bapa adalah mendidik ilmu agama yang meliputi akidah, ibadah dan akhlak. Selain itu, ibu bapa juga berperanan mendidik ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kehidupan di dunia. Keseimbangan pendidikan ini akan menjadikan seseorang itu seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pendidikan akidah sejak di rumah lagi adalah teras penting untuk menanamkan keyakinan anak-anak terhadap keesaan ALLAH dengan mengabdikan diri kepada-Nya, menjadi insan soleh yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan merealisasikan segala tujuan hidup manusia di dunia ini.

Oleh itu, dalam mempelajari akidah, ibu bapa perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berkesan di rumah supaya anak-anak lebih menghayati tujuan mempelajarinya. Saranan dan usaha ini penting disebabkan pendidikan akidah adalah teras penting yang perlu diajar di rumah dan di sekolah sebelum seseorang itu mempelajari subjek lain.

Manakala pendidikan ibadah melibatkan fardu ain dan fardu kifayah. Pendidikan ini bertujuan untuk menjelmakan dan mempraktikkan segala amalan agama dalam bentuk praktikal dan menggerakkan segala anggota dan pancaindera manusia ke arah mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.

Pendidikan juga berperanan untuk mendidik anak-anak tentang bagaimana menyembah, mentaati, memohon pertolongan dan keampunan daripada ALLAH SWT. Pendidikan ibadah juga merupakan suatu tuntutan penting bagi manusia merealisasikan peranannya sebagai khalifah ALLAH , yang diberikan tanggungjawab dalam menyempurnakan segala tuntutan agama.

Ibadah perlu difahami dalam konsep yang lebih luas, meliputi ibadah khusus (fardu ain) seperti solat, zakat, puasa dan haji di samping tuntutan ibadah umum (fardu kifayah) seperti kebajikan, pekerjaan, amalan sunat dan sebagainya. (rujuk al-Baqarah: 2:21)

Bagi pendidikan akhlak, ibu bapa berperanan mendidik anak-anak supaya dididik dengan akhlak yang mulia. Menanam akhlak yang baik dan mulia memerlukan masa yang panjang dan berterusan melalui amalan yang dilakukan, nasihat dan tunjuk ajar. Pendidikan akhlak Islam bertujuan supaya akhlak yang baik dan sempurna dapat ditanamkan dalam pemikiran, hati, jiwa anak-anak sejak kecil lagi bagi menjauhkan mereka daripada akhlak yang terkeji.

Melalui pendidikan di rumah dengan akhlak yang terpuji lagi sempurna merupakan kunci kebaikan bagi setiap manusia khususnya umat Islam dan makhluk ALLAH secara keseluruhannya. Manakala akhlak yang terkeji merupakan jalan ke arah kejahatan dan kerosakan.

Lantaran itu, anak-anak juga seharusnya dididik supaya menjaga kebersihan, tidak meninggalkan solat, selalu membaca al-Quran, bersedekah, sabar dalam menjalani kehidupan bagi membentuk jiwa yang sempurna.

Daripada Abu Malik al-Harith bin ‘Asim al-Asy’ari RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Bersuci itu sebahagian daripada iman, alhamdulillah memenuhi timbangan, subhanallah dan alhamdulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu bukti, sabar itu sinarnya, al-Quran itu hujah untuk engkau atau terhadap engkau, semua orang mempertaruhkan dirinya (antara dua pertaruhan) sama ada untuk memerdekakan atau membinasakannya. (riwayat Muslim)

Setiap Muslim digalakkan berakhlak mulia terhadap ALLAH iaitu dengan melaksanakan amalan fardu dengan sempurna, memperbanyakkan amalan sunat dan berkorban demi untuk Islam.

Menurut tokoh pendidik Islam, Khurshid Ahmad, jatuh bangunnya suatu umat bergantung pada jatuh bangunnya pendidikan, kerana jalan utama bagi persiapan masa hadapan adalah pendidikan.

Maka, melalui pendidikan akidah, ibadah dapat membangun umat. Begitu juga, berakhlak mulia terhadap manusia dapat membantu orang lain dalam kesusahan, selalu mengucapkan salam, sentiasa senyum apabila bertemu. Amalan-amalan ini seharusnya dilakukan dalam kehidupan bermasyarakat.

Wallahua'lam.

http://epondok.wordpress.com/2013/04/21/hakikat-mempelajari-ilmu/


BiAr TeRsAlAh BeRi MaAf

Biar tersalah beri maaf-epondok-Wan Jemizan W.Deraman Ahmad Termizi mohamed Din

Gambar hiasan saje

ISLAM mendidik manusia untuk mempunyai sifat saling di antara satu sama lain. Perkataan Islam yang berasal daripada perkataan asalnya salima yang bermaksud selamat, harmoni dan sejahtera. Ini bermakna, orang Islam perlu memperjuangkan keamanan dan keselamatan bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk orang lain.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud daripada muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), lebih baik daripada yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah).” (riwayat Ibnu Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)

Hadis di atas memberikan gambaran kepada kita betapa Islam amat menitikberatkan kemaafan dalam semua tindakan termasuklah dalam memberikan hukuman. Namun, ini tidak bermaksud Islam mengabaikan hukuman kepada pesalah sehingga membebaskannya secara membabi-buta. Sekiranya cukup saksi dan bukti, maka pesalah tersebut perlu dijatuhkan hukuman.

Akan tetapi, seseorang itu tidak boleh untuk dikatakan sebagai bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Dalam Islam, bebanan pembuktian terletak ke atas pihak yang mendakwa, bukannya yang didakwa. Selagi mana tidak wujud bukti yang kukuh untuk menentukannya bersalah, maka selagi itulah dia tidak wajar untuk menerima sebarang hukuman. Inilah keadilan dalam Islam yang menjaga hak dengan penuh keadilan dan kesaksamaan.

Demikian juga sekiranya kita perhatikan dalam hukum-hakam yang membabitkan hutang. Sekiranya peminjam tidak mampu membayar hutang pada masa yang ditetapkan, maka dia tidak boleh dikenakan sebarang denda kerana kelewatan pembayarannya. Bahkan, sekiranya pemiutang memaafkannya dan menghalalkan hutangnya, maka itulah yang lebih baik kepada kedua-dua belah pihak.

Ini berdasarkan firman ALLAH SWT: Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (al-Baqarah: 280)

Antara pengajaran yang kita boleh diambil daripada contoh kemaafan dalam hukum-hakam ini ialah supaya kita sentiasa mengutamakan kemaafan dalam semua perkara. Apabila ada orang telah insaf setelah melakukan kesalahan terhadap kita, maka maafkanlah kesalahan tersebut walaupun berat.

Janganlah dengan sebab kesalahan yang dilakukan itu, kita terus menghukumnya tanpa memberi peluang kepadanya untuk bertaubat dan tidak mengulangi kesalahannya di kemudian hari. Janganlah kita bermasam muka dan tidak bertegur sapa hanya disebabkan kesalahan kecil yang mungkin tidak disengajakan.

ALLAH SWT bersifat ghafur iaitu Maha Pengampun. Dia akan memaafkan kesalahan dan kesilapan orang yang benar-benar bertaubat walau sebesar manapun dosa yang telah dilakukannya. Dengan maksud yang lain, ALLAH SWT sentiasa mengampuni dosa hamba-hamba-Nya yang melakukan kesalahan dan maksiat kepada-Nya.

Rasulullah SAW pernah bersabda, ALLAH SWT berfirman: “Wahai Anak Adam! Selagi mana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai Anak Adam! Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepada-Ku, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai Anak Adam! Sekiranya engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.” (riwayat Al-Tirmidzi)

ALLAH SWT juga cinta kepada orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang memberikan kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal ia mampu bertindak balas (di atas perbuatan tersebut), maka ALLAH SWT akan memaafkannya, di hari yang susah.” (riwayat Thabroni)

Sebab itulah, sekiranya kita perhatikan hukum-hakam dalam Islam sebenarnya bukan untuk menghukum, sebaliknya ia diturunkan oleh ALLAH SWT sebagai didikan dan pencegahan supaya sesuatu jenayah atau maksiat itu dapat dielakkan dari awal akibat daripada rasa kegerunan manusia terhadap hukuman tersebut.

Oleh itu, janganlah kita terlalu cepat dalam menjatuhkan sesuatu hukuman. Pastikan terdapat bukti yang kukuh terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman. Ia terpakai bukan sahaja dalam mahkamah kehidupan kita, sama ada dalam pekerjaan, rumah tangga dan hidup bermasyarakat. Ingat, lebih baik tersalah memberikan kemaafan, daripada tersalah memberikan hukuman.

Wallahua'lam

http://epondok.wordpress.com/2013/04/22/biar-tersalah-beri-maaf/

Ahad, 19 Mei 2013

Semua Makhluk Bertasbih Kepada ALLAH SWT

Semua Makhluk Bertasbih Kepada ALLAH SWT
Semua makhluk bertasbih kepada Allah.
ALLAH telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudanNya termasuklah Nama-nama ALLAH pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.

Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan ALLAH dan bertasbih memujiNya.

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada ALLAH;  dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1.

Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Nukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan ALLAH S.w.t.

Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentulah ada yang mengawalnya.

Konsep ATOM, planet-planet dan sistem suria tadi samalah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji-muji ALLAH , maka begitu jugalah Atom, planet-planet dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji-muji ALLAH.  Dan ketahuilah, tiada tempat di dunia ini yang selama 24 jam sehari dipenuhi orang tawaf tanpa henti bergilir-gilir begitu, SubhanALLAH. Begitu juga jika dilihat pada suatu AZAN yang dilaungkan apabila masuk waktu solat, ianya sentiasa berkesinambungan tanpa henti dari satu tempat ke satu tempat di seluruh dunia ini mengikut waktu-waktunya. Dengan kata lain, AZAN itu diibaratkan bunyi membesarkan ALLAH yang tawaf mengelilingi Bumi tanpa henti, masyaALLAH.

Maka sekaligus sains sendiri telah membuktikan kebenaran ayat-ayat dalam Al Quran tersebut. Sesungguhnya segala makhluk di dunia ini bertasbih memuji ALLAH,  hanya kita sahaja yang tidak tahu bahasa mereka. Dan yang lagi sedihnya, hanya MANUSIA sahaja yang ramai tidak suka malah langsung tidak memuji ALLAH, terutamanya orang-orang yang tidak beriman.

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi ALLAH,  dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44
Kaabah letaknya bersetentang /selari dengan masjid para malaikat...
Kaabah letaknya bersetentangan / selari dengan masjid para malaikat di langit iaitu Baitul Ma’mur. Maka umat Islam bukan mengelilingi Kaabah kerana menyembah Kaabah , tetapi penyatuan hati menuju kepada ALLAH. Mengadap ke arah Kaabah hanya lah mengadap kiblat, yang mana kiblat itu secara terus menuju kepada ALLAH S.w.t.

Walau bagaimanapun manusia sendiri tidak menyedari betapa tubuh mereka sendiri sebenarnya BERTASBIH memuji ALLAH.  Kerana apa? Kerana setiap makhluk termasuk manusia terdiri daripada susunan ATOM. Gabungan daripada ATOM-ATOMlah yang membentuk pelbagai makhluk termasuk kita manusia. Bermakna ATOM-ATOM pada tubuh kita sentiasa bergetaran , tetapi pada ukuran yang sangat halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar.

Elektron sentiasa mengelilingi Nukleus di dalam ATOM, dan dengan inilah disabitkan bahawa mereka itu tawaf (berpusing keliling) sambil memuji-muji ALLAH S.w.t.

Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara-suara serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Itulah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji ALLAH,  kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya, in sya ALLAH.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat ALLAH) ”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Surah Ar Ra’d : Ayat 28.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada ALLAH,  dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1.

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada ALLAH Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Jumu’ah : Ayat 1.

“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya ALLAH (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada ALLAH dan memujiNya; dan ALLAH Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41.

Sehinggakan guruh dan petir juga adalah memuji ALLAH,   “Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul ) mengenai perkara yang berhubung dengan ALLAH (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.” Surah Ar Ra’d : Ayat 13.

Dan banyak lagi ayat Al Quran yang menyebut tentang segala makhluk bertasbih memuji ALLAH.  Maka adakah kamu masih tidak mahu bertasbih memuji ALLAH dan masih memuji makhluk-makhluk lain? Bukti telah jelas diberikan sama ada secara rohani mahupun saintifik, adakah kamu masih ragu-ragu?

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.” Surah As Sajdah : Ayat 15.

Semoga kita kembali mentauhidkan ALLAH  dengan sebenar-benarnya. Cintai ALLAH  cintai Rasul, cintai kedua orang tua, sayangi manusia dan segala makhluk. Peace, love and justice for all.

Rujukan:
http://unikversiti.blogspot.com/2009/01/dari-makhluk-terkecil-hingga-makhluk.html

UbAti GELISAH dEnGaN ZiKirULLAH

Oleh AMINUDIN MANSOR

DALAM kehidupan manusia, kegelisahan sering menghantui perasaan. Kegelisahan adalah sifat manusia. Ia merujuk kepada reaksi emosi yang lazimnya akan dialami dalam keadaan apabila seseorang individu merasakan dirinya terancam. Kekecewaan berlaku apabila suatu perkara tidak dapat dicapai sebagaimana yang diharap-harapkan.

Kehidupan yang tenang dan tenteram adalah anugerah Tuhan. Jika berlaku kegelisahan dan kekecewaan di dalam hati dan diri seseorang, ia perlu diatasi dengan sikap dan perasaan yang positif. Gangguan perasaan ini boleh menjejaskan mental dan jiwa dan menyebabkan gangguan kepada seluruh kehidupan.

Jelaslah, jiwa yang tenang itu datang daripada hati yang reda. Hati yang reda bermaksud hati yang sentiasa menerima apa saja dugaan dan ujian daripada Tuhan. Apabila hati reda, ALLAH akan meredai akan hamba-hamba-Nya dan balasannya adalah syurga ALLAH. (rujuk al-Fajr: 30)

Sementara itu, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalam bukunya Al-Ruh mendefinisikan kegelisahan sebagai “…sifat lemah di dalam jiwa dan perasaan takut di dalam hati yang dicetuskan oleh sifat sangat tamak dan kedekut.”

Menurutnya, penyakit batin atau penyakit Qalb (kalbu) yang ertinya hati, di mana al-Quran sangat mementingkan masalah penyakit hati ini. (rujuk al-Baqarah: 10)

Jelaslah kegelisahan memang wujud dan merupakan reaksi biasa yang dialami oleh seseorang apabila berdepan dengan ancaman ataupun tekanan. Kekuatan seseorang individu menghadapi kegelisahan banyak bergantung pada ketahanan diri dan jiwa.

Jika tidak mampu menghadapinya ramai yang menderita dan menjejaskan keharmonian hidup. Doa merupakan ubat yang paling mujarab dalam menghadapi bencana, penyakit dan kegelisahan.

Kajian beberapa tokoh psikologi Islam, juga mendapati kegelisahan ialah fenomena membela diri, di mana banyak ciri-ciri kegelisahan seperti debaran jantung, bukaan anak mata yang luas, dan ketegangan urat saraf adalah sebenarnya menyediakan seseorang bagi menghindarkan ancaman-ancaman kepada dirinya.

Akan tetapi, kegelisahan dianggap kecelaruan emosi dan penyakit sekiranya reaksi itu muncul tanpa sebab-sebab yang munasabah sebagai pencetusnya. Dengan mengingati ALLAH kegelisahan ini dapat dikurangkan.

Selain itu, ada pendangan yang mengatakan bahawa mendefinisikan kegelisahan yang seperti itu sebagai suatu perasaan yang tidak menyenangkan yang dialami oleh seseorang ketika tiada ancaman dari luaran yang dapat dipastikan, dan perasaan yang merupakan tindak balas terhadap cetusan-cetusan kejiwaan yang tidak realistik.

Dalam kehidupan moden, tekanan atau stres sentiasa ada dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan setiap manusia. Di mana-mana sahaja manusia menghadapi tekanan sama ada di rumah, luar rumah, jalan raya, pejabat, pusat beli-belah apabila manusia bertemu dan bertembung dengan manusia lain yang boleh membawa masalah kepada mereka.

Setiap manusia akan memberikan tindak balas yang berbeza-beza kepada tekanan yang dihadapinya. Ada yang mampu menghadapinya dengan mudah serta positif dan ada juga yang sukar menghadapinya. Apa yang jelas tekanan ini salah satu punca kepada hampir semua masalah dan kecelaruan psikologi yang menghasilkan tindak balas seperti perasaan bimbang, gelisah, murung, sedih dan kadang-kadang menimbulkan pelbagai masalah psikosomatik.

Islam menganjurkan umatnya supaya beriman dan bertakwa yang merupakan sebaik-baik bekal. Dengan keimanan dan takwa ia akan menjadi benteng kepada semua masalah hidup.
(rujuk al-Baqarah: 197)

Oleh itu, sebagai manusia yang berakal dan sentiasa memikirkan kehidupan masa depan mereka akan sentiasa menyiapkan bekalan. Bekalan untuk ketenangan adalah iman dan takwa, bekalan perjalanan adalah wang dan makanan dan bekalan untuk akhirat adalah pahala. Elakkan diri daripada berhutang yang merupakan salah satu punca kegelisahan di atas dunia sama ada berhutang dengan bank, manusia atau Tuhan.

Wallahua'lam

KeLeBiHaN REJAB BeRdAsArKaN DaLiL

Kelebihan Rejab berdasarkan dalil
Muhammad Naim Che Berahim

Ulama muktabar sokong kelebihan beramal, tingkat hemah diri sempena bulan mulia

Rejab ertinya mulia kerana bangsa Arab dulu sangat memuliakan bulan ini. Pada 1 Rejab, mereka akan menyembelih unta sebagai korban. Selain itu, pada 27 Rejab jumhur, ulama bersepakat berlaku peristiwa penting dalam hidup Rasulullah SAW iaitu Israk dan Mikraj.

Kita perlu yakin berlakunya peristiwa itu kerana ada dalil qatie dalam al-Quran dan hadis yang menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj. Apabila diteliti kepelbagaian sumber daripada ulama, Rejab ada keistimewaannya tersendiri.

Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis, “Rejab bulan ALLAH, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas seperti direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah. Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya. Matan hadis tak bertentangan nas al-Quran

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan ALLAH SWT pada surah al-Taubah, ayat 36, mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan iaitu Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi SAW menegaskan Rejab adalah bulan ALLAH iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana ALLAH yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, baginda mendoakan: “Ya ALLAH  berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban. Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab.

Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri. Hal ini diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab). Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: Rasulullah SAW berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam lain.

Tiada larangan puasa

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa pada bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi, apa yang disunatkan ialah kerana sunnah puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi SAW menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu daripadanya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) pada zaman jahiliah. Maka, apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab: “Sembelihlah binatang ternakan kerana ALLAH di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana ALLAH dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi: “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulama salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Fahami isu, dalil secara menyeluruh

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam supaya kita tidak tersasar daripada landasan yang benar. Dalil yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita? Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab.

Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan ALLAH . Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita, in sya-ALLAH sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

http://epondok.wordpress.com/2013/05/16/kelebihan-rejab-berdasarkan-dalil/

Sabtu, 18 Mei 2013

PeSaNaN : KhaLiFaH UmAr BiN AbD. AziZ


Khalifah Umar bin Abd Aziz berpesan :
Gambar hiasan aje
"Wahai sekelian manusia ! Janganlah kalian menganggap kecil dosa-dosa itu. Selidiki dan ushakanlah untuk mengkikis habis apa-apa dosa yang telah di lakukan, dengan jalan melakukan taubat. ALLAH s.w.t telah berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu akan menghilangkan segala perbuatan-perbuatan jahat. Itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat. "

Telah sia-sia dan merugi orang-orang yang keluar dari rahmat ALLAH s.w.t yang meliputi segala sesuatu dan dia telah diharamkan untuk masuk ke Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Ketahuilah bahawa perasaan aman pada hari esok (akhirat) tersedia bagi orang yang takut akan ALLAH,  iaitu orang-orang yang suka menjual barang yang sedikit untuk ditukarkannya dengan yang banyak, orang yang suka tukar yang fana' dengan yang kekal abadi. "

As Sydul Jalil Abu Muhammad Sahal At-Tastari berkata :

"Telah diteliti oleh alim ulama' akan pengertian IKHLAS, maka mereka tidak dapati selain yang di sebut ini, iaitu gerak seseorang dan diamnya dalam sulitnya dan terangnya semuanya kerana ALLAH s.w.t semata-mata, tidak dicampuri oleh hawa nafsu."

Al-Imam As Syahid Hassan Al-Banna berpesan katanya :

"Wahai saudara ! Berimanlah kamu kepada ALLAH , perkukuhkanlah mengenal dan bergantung kepadaNya, janganlah kamu gerun selain ALLAH , tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah laranganNya.

Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah kamu orang-orang yang kuat dengan akhlak yang mulia dengan apa yang di kurniakan oleh ALLAH kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa lagi solehin.

Hadapilah Al-Quran untuk mengkajinya dan terhadap sirah Nabawiyyah kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjadi orang yang praktikal bukan orang yang berhujah saja. Apabila ALLAH memberikan kepada sesuatu kaum itu hidayah maka di berinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali otang-orang yang suka berhujah.

Kasih mengasihilah di antara kamu dan jagalah serapi-rapinya ikatan kamu sebab ianya merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu dan tetapkanlah diri kamu sehingga ALLAH membuka di antara kamu kaum kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka."

Khalifah Umar al-Khattab berpesan kepada Saad bin Abi Waqas dan bala tentera Islam ketika menghadapi empayar Parsi yang besar dan kuat, katanya :

"Aku menyuruh kamu dan bala tentera bersamamu supaya bertakwa kepada ALLAH dalam semua keadaan, sesungguhnya bertakwa kepada ALLAH  itu adalah persediaan yang paling baik untuk menghadapi musuh dan tindakan yang paling kuat di medan perang, aku perintahkan kepadamu dan sesiapa sahaja bersamamu supaya lebih berhati-hati kepada diri sendiri daripada memberi perhatian kepada musuh. Kerana dosa yang dilakukan oleh tenteramu lebih di takuti daripada musuh kamu. Kerana sesungguhnya diberi pertolongan kepada orang-orang muslimin itu dengan sebab maksiat musuh terhadap ALLAH . Kalau tidak kerana itu kita tiada kekuatan untuk menghadapi mereka. Kerana bilangan kita tidak sama dengan bilangan mereka, dan persediaan kita tidak sama dengan persediaan mereka. Kalau kita sama-sama melakukan maksiat seperti mereka, maka mereka lebih daripada kita dari segi kekuatan (jumlah dari segi persediaan zahir).Dan jika kita di beri pertolongan dengan kelebihan yang ada pada kita, maka kita tidak boleh mengalahkan mereka, dengan kekuatan kita.

Ketahuilah kita bahawa bersama kamu dalam perjalanan kamu itu, para malaikat hafazhah (yang di tugaskan berkenaan suratan amal) dengan perintah ALLAH, maka ketahui apa yang kamu kerjakan, maka rasa malulah kepada mereka jangan kamu mengerjakan maksiat terhadap ALLAH sedang kamu berada di jalan ALLAH . Jangan kamu katakan musuh kita lebih jahat daripada kita, sebagaimana berlaku pada Bani Israel, apabila mereka melakukan maksiat, lalu mereka di kalahkan oleh kafir majusi lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung dan itulah ketetapan yang terlaksana. Mintalah pertolongan ALLAH untuk menghadapi diri kamu sebagaimana musuh-musuh kamu dan aku meminta itu kepada ALLAH untuk aku dan untuk kamu."

http://abubasyer.blogspot.com/2009/06/nasihat-khalifah-umar-dan-ulama.html

Menenangkan Rasa Sedih, Bimbang dan Dukacita

Menenangkan Rasa Sedih, Bimbang dan Dukacita
Sulaiman
Hiasan saja
Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila kamu terlibat dengan kesusahan atau kedukacitaan, maka katakanlah “Allahu-Rabbuna-La-Syariikalahu” (ALLAH tuhan kami, kami tidak syirik) [RiwayatBaihaki]. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.). “Ya ALLAH, aku berlindung denganMu daripada rasa dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang..”
(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi)

Hadis riwayat Syaikhani melalui Abu Hurairah r.a. “Apabila seseorang daripada kamu melihat orang lain mempunyai kelebihan dari segi harta benda dan tubuh badan, maka hendaklah dia lihatlah orang yang di bawah (kurang daripadanya)”.

Tenangkanlah hati dengan melihat “orang yang dibawah” iaitu mereka yang kurang daripada kita. Misalnya kita bermotosikal, janganlah dibandingkan dengan mereka yang berkereta, sebaliknya lihatlah mereka yang berbasikal atau berjalan kaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Dukacita sebahagian penyebab ketuaan” (Riwayat Dailami)

Abu Bakar berkata kepada Rasulullah saw., ‘Wahai Rasulullah, anda telah beruban.’ Maka beliau bersabda,’ Yang membuatku beruban adalah surah Hud, al-Waqi’ah, al-Mursalat, an-Naba’, dan surah at-Takwir.’ “ ( Riwayat Tirmidzi,Ibnu Sa’d, dan Hakim)

Surah-surah ini menceritakan tentang hari kiamat. Baginda beruban dan nampak tua kerana memikirkan hari kiamat dan risaukan nasib umatnya disana nanti. Kerana itu jugalah Rasulullah tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar. Oleh itu janganlah terlalu berdukacita dan pada masa yang sama ingatlah pada negeri akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila ALLAH  melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.)

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Pertolongan ALLAH datang dengan bersabar, jalan keluar itu ada bersama dengan bala (karb), dan sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 
(Riwayat Ibnun Najjar melalui Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan maka dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya; apabila dia tertimpa musibah maka dia bersabar dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya“.(Riwayat Ahmad )

Ar-Ra’d [28]…Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.. Ta-Ha [14] .. dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ini sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati. Solah merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w.

“Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang.”

Ketika Rasulullah s.a.w. dilanda masalah, baginda menyuruh Bilal melakukan iqamah untuk didirikan solah. “

Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat (Riwayat Ahmad).

Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”(Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi)

Baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a. Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/02/15/menenangkan-rasa-sedih-bimbang-dan-dukacita/

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...