Ahad, 3 November 2013

Perjalanan Hijrah Rasulullah s.a.w : Kisah Ummu Ma’bad.

Perjalanan Hijrah Rasulullah s.a.w : Kisah Ummu Ma’bad.

Gambar hiasan
Selepas tiga malam Nabi s.a.w dan Abu Bakar r.a bersembunyi di Guar Thur, pada paginya mereka memulakan perjalanan Hijrah ke Madinah. Pada pagi itu Abdullah bin Ariqat seorang musyrik yang boleh dipercayai, datang membawa dua ekor unta seperti yang diamanahkan oleh Abu Bakar untuk menjaganya, sehingga datang perintah hijrah. Abdullah ditugaskan sebagai penunjuk jalan ke Madinah. Abdullah memilih jalan yang tidak sering digunakan orang, supaya kafir Quraisy tidak dapat mengesannya.

Ibnu Hisham berkata bersumber dari Ibnu Ishak daipada Asma’ Binti Abu Bakar r.a. , rombongan hijrah Rasulullah di sertai oleh Abu Bakar r.a, Amir bin Fuhairah bekas hamba Abu Bakar dan Abdullah bin Ariqat, penunjuk jalan.[1]

Didalam perjalanan tersebut Rasulullah s.a.w  melalui perkampungan Khuza’ah dan menemui Ummu Ma’bad. Ummu Ma’abab atau Atikah binti Kaab al-Khuzaiyah, adalah saudara Khunais bin Khalid al-Khuza’I r.a . yang meriwayatkan kisah ini.

Khunais bin Khalid al-Khuza’I r.a . seorang sahabat Nabi s.a.w berkata[2]:

“Bahawa Rasulullah s.a.w ketika keluar daripada Mekah untuk berhijrah ke Madinah, dia dan Abu Bakar r.a , serta Maula Abu Bakar Amir bin Fuhairah dan penunjuk jalannya Al-Laitsi Abdullah bin Ariqat melalui khemah Ummu Ma’abad Al-Khuza’iyah seorang wanita tua yang baik sedang duduk di perkarangan khemah. Kemudian dia memberi minum dan makan, lalu mereka singgah di khemahnya untuk membeli daging dan tamar. Mereka mendapati kaum itu sudah kehabisan bekalan dan telah masuk musim kemarau dan kekeringan. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w melihat seekor kambing di tepi khemah itu, lalu bertanya kepada Ummu Ma’bad, “Adakah kambing itu mempunyai air susu, wahai Ummu Ma’bad?.”

Ummu Ma’bad berterus terang mengatakan bahawa kambing itu sudah tidak mampu mengeluarkan air susu. Rasulullah s.a.w meminta izin untuk memerah susunya. Apabila Ummu Ma’bad membenarkannya, Rasulullah s.a.w, berdoa sambil menyapu puting susunya dengan menyebut nama Allah s.w.t. yang Maha Mulia, sambil meminta bekas yang besarnya cukup untuk diminum oleh semua orang yang ada. Маkа berlakulah mukjizat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Kambing itu menge­luarkan air susu yang banyak yang memenuhi bekas yang disediakan. Rasulullah s.a.w memberi mereka minum seorang demi seorang dan kemudian baginda meminumnya. Kemudian dia memerahnya lagi. Lalu mereka meninggalkan khemah Ummu Ma’bad untuk meneruskan perjalanan.

Tidak lama kemudian suami Ummu Ma’bad pulang ke rumah membawa kambing ternakannya. Apabila dia melihat air susu di dalam bekas, dia berasa hairan lalu bertanya kepada isterinya, “Daripada manakah kamu dapat air susu ini, sedangkan kambing kita kekeringan susu? Kambingnya tidak beranak, tiada kambing mengeluarkan air susu di khemah.” Ummu Ma’bad pun mencerita- kan ара yang berlaku.” Datang seorang yang sungguh berkat” dia bercakap begini dan begini. Sifat dan keadaannya diceritakan satu persatu oleh Ummu Ma’bad. Suaminya berkata, “Demi Allah s.w.t., aku berpendapat itulah dia orang Quraisy yang heboh diceritakan itu. Aku mesti bersamanya. Aku mesti mencari jalan untuk sampai kepadanya”

[1] Sirah Nabawiyah , Ibnu Hisham , Pustaka Dini, Jld 2 Muka surat 155

[2] Biografi Rasullah s.a.w , Penerbit Jasmin, Muka surat  478-479, Dr. Ali Muhamad as Salabi, memetik daripada Al Hijrah an-Nabawiyah al Mubarakah (104-106)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...