Isnin, 11 November 2013

Sambungan Bismillah

Sambungan Bismillah - by musafirikhlas


Bagaimana yang dikatakan kasih dan sayang..? Dari mana datangnya rasa..? Cuba dicari rasanya itu di mana..? Adakah ianya datang dari hati..? Cuba dibedah hati itu, apa ada dalam hati itu..? Tiada apa-apa kan..? Nah, ini yang saya mahu bicara bersama teman-teman ilmuan semua, kalau salah mohon dibetulkan, kalau ya pun mohon difikir-fikirkan lagi ya.

Dalam hati itu sebenarnya tiada apa-apa lagi, melainkan kosong sahaja yang didapati, apabila mati-nya jiwa itu maka hilanglah tempat merasa itu, yang kekal adalah hakikat rasa itu, kerana hakikat rasa itu tak akan mati, ia hidup selama-lamanya, jika hati itu dibedah untuk melihat tempat merasa, maka tidak akan dapat ditemukan di situ melainkan kosong, jika kosong itulah Zat tuhan, bererti itu menandakan tuhan semata-mata yang ada, jika demikian siapa yang menyebut “Bismillahi rohmani rohim”..?

Sebenarnya bukan kita yang menyebut “Bismillahi rohmani rohim”, bahkan Allah-lah yang menyebutnya, jika demikian inilah yang dikatakan dengan menyebut “Bismillahi rohmani rohim” sahaja dengan penuh “Rasa yang kosong” maka beg yang kosong boleh berisi penuh dengan wang, ini adalah kisah nyata yang berlaku pada zaman dahulu seorang isteri yang duitnya diambil oleh suaminya, lalu pada ketika ianya hendak mengambil wang dalam simpanannya suaminya mula gementar seluruh badan kerana wang isterinya telah habis disapunya, ketika isterinya hendak mengambil wang dari beg simpanan tadi isterinya menyebut “Bismillahi rohmani rohim” dengan penuh keyakinan, ternyata wang itu masih ada di tempatnya sepertimana dia menyimpannya, walaupun pada hakikatnya suaminya telah mengetahui yang di dalam beg itu sudah tidak ada wang lagi.

Ketahuilah bahawa apabila anda ingin menyebut sahaja “Bismillahi rohmani rohim” rasakanlah sehingga rasa itu menjadi kosong, lalu pada ketika itu bukan lagi anda yang menyebutnya, bahkan Allah-lah yang menyebut-nya, maka segala perbuatan itu tidak kelakuan dirinya melainkan kelakuan Tuhan semata-mata,  maka rasa kasih dan sayang sudah terhimpun semuanya di situ. Jika benar-benar manusia yang berada dalam keadaan ini maka manusia ini benar-benar mengenali erti makna kasih dan sayang itu.

Rasailah bahawa ketika menyebut sahaja “Bismillahi rohmani rohim” maka bukan lagi anda yang menyebutnya atau anda telah lenyap dalam bismillah itu sendiri, mengkin akan ada yang bertanya, habis yang berbunyi ini siapa yang pula yang menyebutnya..? Yang berbunyi itu adalah tempat kenyataan tajallinya tuhan itu sendiri, ketahuilah bahawa yang baharu ini tidak akan dapat menyebutnya jika tidak ada tuhan di sebalik hakikat yang menyebut itu,  mungkin akan ada orang yang bertanya pula, apakah sama tuhan itu dengan yang baharu..? Jawapannya memanglah tidak, tapi harus diingat bahawa yang baharu itu adalah “Af’al” tuhan, yakni perbuatan tuhan, pada af’al ini ialah tempat pada nak menyatakan diri tuhan itu, iaitu tempat kenyataannya, tapi ianya tetap Esa, esa pada Zat-Nya, esa pada sifat-Nya, esa pada asma’-Nya dan esa pada af’al-Nya.

Esa pada af’al-nya ini perlu dijelaskan bahawa asal kejadian “Adam” itu itu tunggal, tidak ada kejadian kedua yang serupa yang Allah ta’ala ulangi, tapi ianya tetap satu yang tiada berbilang, tapi bukan bercampur, bercampur tapi tidak bersatu, tapi bagaimana pula dengan manusia yang banyak..? Ha ha ha….cuba dilihat adakah ianya kejadian yang serupa..? Tidak, kejadian yang seterusnya adalah Allah jadikan melalui nutfah, iaitu setitis mani yang entah di mana tangan dan kakinya, entah di mana mulut dan hidungnya, entah di mana mata dan telinganya, tapi tetap mengikut acuan yang asal, kerana memang sifat air itu boleh mengikuti apa sahaja bentuk acuan, begitu juga dengan kejadian Adam, mengikut kejadian asal, iaitu acuan “Nur Muhammad”.

Rasanya ini sudah sampai kepada perbincangan lain, maka saya tidak berhasrat untuk mengupas-nya lebih lanjut, sebab disini saya ingin berkongsi tentang “Bismillahi romani rohim”, maka ketahuilah saudara-saudaraku, jika hendak belajar ilmu tauhid maka belajarlah hingga sampai ke tauhid yang hakiki, jangan hanya main-main di tengah jalan, umpama hanya berangan-angan hendak ke Mekah tapi tidak pernah sampai, maka ianya tetap dalam angan-angan.

Jangan menganggap tulisan ini tidak hebat ataupun hebat, kerana ianya hanyalah sebuah pandangan, kerana ianya masih bercerita, jika masih bercerita maka ia masih benda baharu, maka ceritalah sampai ke penghujung cerita sehingga tidak ada lagi cerita, maka di situ tiada siapa lagi yang didapati melainkan tuhan semata-mata,  maka tidak ada lagi hebat melainkan Zat Tuhan semata-mata.

Allahua’lam….

http://perjalananmukmin.wordpress.com/2013/11/12/sambungan-bismillah/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...