Ahad, 10 November 2013

Ibadat terjemah kasih sayang kepada Ilahi

Ibadat terjemah kasih sayang kepada Ilahi - by epondok 
Gambar hiasan
Abu Hurairah berkata: “Saya mendengar Rasulullah bersabda: Allah menjadikan perasaan belas kasihan sebanyak 100 bahagian. Allah menyimpan 99 bahagian untuknya dan menurunkan satu bahagian saja ke bumi. Daripada satu bahagian itulah makhluk ciptaan Allah saling berkasih sayang, sehingga seekor haiwan mengangkat kakinya kerana bimbang terpijak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Allah ada 100 perasaan belas kasihan.
Dia menurunkan satu belas kasihan saja kepada jin, manusia, haiwan dan serangga. Dengan satu belas kasihan itulah mereka saling menyayangi dan mengasihani antara satu sama lain. Dengan satu belas kasihan itu juga haiwan buas menyayangi anaknya. Allah menangguhkan 99 lagi perasaan kasihan bagi mengasihani hamba-Nya pada hari kiamat nanti.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Sentiasa bersyukur

Nikmat, rahmat dan kebahagiaan hidup dinikmati manusia hanyalah satu daripada 100 kasih sayang Allah SWT. Maka, bayangkan bagaimana keadaan manusia jika Allah SWT mencurahkan semua kasih sayang serta belas kasihan-Nya.

Justeru, hendaklah umat manusia bersyukur dengan kasih sayang Allah SWT dan sentiasa menterjemahkan perasaan itu melalui amal perbuatan seharian. Andainya ada antara kita melakukan dosa kepada Allah SWT, bertaubatlah kerana belas kasihan Allah SWT amat luas.

Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah, wahai hambaku yang melampaui batas kepada diri sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan setiap dosa. Sesungguhnya Dia-lah juga yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Umat Islam diingatkan supaya bersegera bertaubat apabila menyedari diri melakukan kesalahan dan jangan sekali-kali beranggapan Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa kerana Allah SWT suka kepada hamba-Nya memohon ampun.

Sentiasa Terima Taubat

Abu Musa berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah yang Maha Tinggi menghulurkan tangan-Nya pada waktu malam bagi menerima taubat orang yang berdosa pada waktu siang dan menghulurkan tangan-Nya pada waktu siang bagi menerima taubat orang yang berdosa pada waktu malam. Sehinggalah matahari terbit dari arah barat iaitu saat berlakunya kiamat.” (Riwayat Muslim)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...