Ahad, 10 November 2013

AMALAN HINDARI BAHAYA JENAYAH

Amalan hindari bahaya jenayah -by epondok  -Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR



PADA hari ini, negara dikejutkan dengan pelbagai insiden seperti rompakan, tembakan rambang, tikam dan sebagainya sehingga mendatangkan kerisauan dalam kalangan orang awam.

Apatah lagi kes tikam berlaku baru-baru ini di tempat awam sehingga meragut dua nyawa dan sehari sebelum itu, seorang pegawai bank ditembak oleh pengawal keselamatan gara-gara kerana ingin merompak wang adalah satu tragedi yang bermain di minda masyarakat sehingga hari ini.

Bermula daripada beberapa siri kejadian itu, orang ramai termasuklah pihak keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan soal waspada agar kes itu tidak berulang kembali.

Mungkin daripada segi waspada, antara tindakan yang boleh dilakukan adalah tidak melalui di kawasan sunyi pada waktu malam, menjauhi individu yang mencuriga kan dan melaporkan segera kepada polis jika situasi tersebut berlaku.

Namun demikian, tindakan berkenaan merupakan adalah satu ikhtiar tetapi segala pokok pangkalnya ialah tawakal kepada Allah SWT iaitu memohon perlindungan kepadanya agar dijauhkan segala bencana dan musibah.

Sehubungan itu, Islam menggariskan panduan kepada umatnya jika berhadapan dengan musibah dan bencana khususnya ketika kes rompakan, rumah dimasuki pencuri dan sebagainya.

Pertamanya, anda tidak perlu gelabah atau kelam-kabut sehingga mendatangkan huru-hara lalu menyebabkan penjenayah mensasarkan kita sebagai mangsa pertama. Ingatlah kepada Allah bahawa hanya dengan bantuannya kita boleh terselamat.

Keduanya, segera menghubungi polis sama ada melalui telefon atau menggunakan beberapa aplikasi seperti RakanCop yang terdapat pada hari ini.

Tetapi biarlah telefon anda disimpan nombor telefon polis berhampiran agar tidak tercari-cari ketika insiden berlaku.

Ketiga, amalkan ayat-ayat al-Quran dan doa Rasulullah sebagai benteng pertahanan diri iaitu:

1- Membaca surah al-Fatihah. Dalam satu hadis riwayat Abu Said al-Khudri menjelaskan terdapat satu kumpulan sahabat Rasulullah pergi musafir.

Dalam perjalanan itu, mereka singgah di sebuah perkampungan Badwi dan meminta makanan kepada kepada para penduduknya, namun enggan memenuhi permintaan itu.

Lalu tidak lama kemudian, ketua kampung telah disengat binatang, akan tetapi usaha mengubatinya gagal walaupun pelbagai kaedah untuk menyembuh dilakukan.

Sesetengah dalam kalangan mereka mencadangkan agar meminta pertolongan kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi.

Lalu para penduduk menemui anggota rombongan itu untuk meminta hajat itu, lalu kumpulan berjanji akan menolong kecuali setelah berjanji memberi upah.

Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang sakit, lalu dihembus dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil membaca ‘Alhamdulillah.’

Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang dibaca ialah surah al-Fatihah.

2- Membaca surah tiga Kul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Anas. Baginda menggalakkan kita membaca ketiga-tiga surah ini berdasarkan sepotong hadis Riwayat al-Timizi iaitu:

“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah mencukupkan kedua-duanya dengan Surah al-Ikhlas sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.”

3- Membaca ayat Kursi. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga.” (riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani)

4- Membaca doa ini, ‘Bismillahillazi La Yadhurru Ma‘asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Samiul Alim.’

Nabi Muhammad SAW menganjurkan membaca doa ini seperti sabdannya bermaksud: Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya. Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan nama-Nya sama ada di dunia mahupun langit dan Dialah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui sebanyak tiga kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya.” (Sahih Muslim).

http://pondokhabib.wordpress.com/2013/11/09/menentukan-amal-shaleh-dengan-hari-hari-tertentu/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...