|
Sekadar Hiasan |
by-Muhammad
Dzahir
💐Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan
atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia
hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keIslamannya namun dia
memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun
fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan dan kesusahan
tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun
tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang dan hantukan.
Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.
💐Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai
yang tahu kisah ketabahan dan keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini
tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki
pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yg
tinggi kepadanya.
💐Dunia dan segala isinya bkn lg matlamat. Sekalipun
dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia xkn menukar aqidah yg telah
bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adlh antara org yg
terawal memeluk Islam.Zmn awl Islam penuh cubaan. Sesiapa yg memeluk Islam, tdk
seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan
penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah
ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dgn
harga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.
💐Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan
pengislamannya drpd diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain
tiada di rumah atau pd waktu tgh malam ketika org lain sedang nyenyak tidur.
Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dpt dicium oleh musuh.
💐Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah
matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan.
Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih
rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa
kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan
diri ini untuk menerima apa sahaja. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada
orang yang menyeksaku ini.
💐Sudah tentu orang yang paling marah ialah tuannya
sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab terkenal dengan
sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak
berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua
belah tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tengah panas mentari. Bayangkanlah
antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang
dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan
1001 macam penyeksaan yang diterimanya.
💐Ternyata doa orang teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar
memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah.
Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat
pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil
bertukar kepada pemurah, tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia
kepada gila akhirat.
💐Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta untuk
melihat alam maya tapi hatinya tidak buta untuk menerima cahaya kebenaran
Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan
Zinnirah, orang- Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah
buta kerana menerima laknat daripada Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.
💐Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala
itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka
bahawa masalah buta itu adalah datang daripada Allah S.W.T. Maka Allahlah yang
berkuasa mengembalikan pancainderanya.
Seperti Biasa.
💐Berlakulah sedikit kekecohan, orang-orang Qurais
mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa
kerana bosan melihat ketabahan hatinya.
💐Dia tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan
kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila
Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula
kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik.
Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal.
Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya.
Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan
membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan
orang-orang kafir.
🌺Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa
merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila
nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya
bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu
berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak
takut dengan neraka?".Moga kita dapat lakukan seperti zinnirah dalam
kehidupan seharian kita.
🌺Kedua aqidahnya yang mantap walaupun diuji sedemikian
rupa tapi mulutnya tetap menyebut Allah..Allah..Allah,hatinya hanya ada Allah,
tidak digadai kalimah tauhid itu..moga kita pun mampu jadi seperti zinnirah..mantapkan
aqidah,sebarkan Islam.
🌺ketiga walaupun dia dibutakan mata, dia tidak
marah..tidak langsung rasa sakit hati..tetapi dia redha bahkan mmpu mendoakan
Umar..
BAGAIMANA DENGAN KITA? In shaa Allah bila orang buat jahat
tembaklah dgn doa..jadilah seperti Zinnirah.
Keempat dan terakhir..cuba fikir,ketika zaman dulu..betapa
susahnya mereka hendak melakukan ibadat..terdapat penentangan..tetapi kita
sekarang tentangan adalah hawa nafsu kita sendiri.
LAWANLAH..jadikan keselesaan kita sekarang mampu lebih kita
kuat untuk lakukan ibadat..in shaa Allah.
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke
dalam isi ikan…
Tetapi bila
ikan sudah mati……. Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya…
Begitulah
juga HATI kita,
HATI yang
hidup, ianya sukar untuk dinodai….
… Tetapi
bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi….!
Semoga ALLAH
sentiasa memelihara HATI kita….