Jumaat, 9 September 2016

~ MUHASABAH DIRI ~ KISAH ZINNIRAH, WANITA BUTA YANG CELIK HATINYA.


Sekadar Hiasan

by-Muhammad Dzahir  
   
💐Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keIslamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan dan kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang dan hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

💐Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan dan keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yg tinggi kepadanya.

💐Dunia dan segala isinya bkn lg matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia xkn menukar aqidah yg telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adlh antara org yg terawal memeluk Islam.Zmn awl Islam penuh cubaan. Sesiapa yg memeluk Islam, tdk seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dgn harga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

💐Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya drpd diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pd waktu tgh malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dpt dicium oleh musuh.

💐Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini untuk menerima apa sahaja. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada orang yang menyeksaku ini.

💐Sudah tentu orang yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tengah panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

💐Ternyata doa orang teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar kepada pemurah, tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

💐Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta untuk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta untuk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, orang- Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat daripada Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

💐Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripada Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya.

Seperti Biasa.

💐Berlakulah sedikit kekecohan, orang-orang Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

💐Dia tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan orang-orang kafir.

🌺Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".Moga kita dapat lakukan seperti zinnirah dalam kehidupan seharian kita.

🌺Kedua aqidahnya yang mantap walaupun diuji sedemikian rupa tapi mulutnya tetap menyebut Allah..Allah..Allah,hatinya hanya ada Allah, tidak digadai kalimah tauhid itu..moga kita pun mampu jadi seperti zinnirah..mantapkan aqidah,sebarkan Islam.

🌺ketiga walaupun dia dibutakan mata, dia tidak marah..tidak langsung rasa sakit hati..tetapi dia redha bahkan mmpu mendoakan Umar..

BAGAIMANA DENGAN KITA? In shaa Allah bila orang buat jahat tembaklah dgn doa..jadilah seperti Zinnirah.

Keempat dan terakhir..cuba fikir,ketika zaman dulu..betapa susahnya mereka hendak melakukan ibadat..terdapat penentangan..tetapi kita sekarang tentangan adalah hawa nafsu kita sendiri.
LAWANLAH..jadikan keselesaan kita sekarang mampu lebih kita kuat untuk lakukan ibadat..in shaa Allah.

Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan…
Tetapi bila ikan sudah mati……. Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya…
Begitulah juga HATI kita,
HATI yang hidup, ianya sukar untuk dinodai….
… Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi….!
Semoga ALLAH sentiasa memelihara HATI kita….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...