Jumaat, 30 September 2016

Pecinta Rasulullah

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

1-"Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan dan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNYA pada waktu pagi dan petang"
[Surah Al-Ahzab: 41-42]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

2-"Sesungguhnya Rasulullah ﷺ sentiasa berzikir pada setiap saat dalam hidupnya"
[Hadis Riwayat Imam Muslim]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

3-"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."[Surah Ar-Ra`d: 28]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
    وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

4-"Allah telah menempatkan dalam lubuk hati setiap orang rasa cinta yang terpendam pada Nabi ﷺ. Cinta ini akan hidup atau bergelora jika ia diaduk (dicampur) dengan menganugerahkan selawat kepada Nabi ﷺ.

Ibarat ketika kamu menuangkan gula ke dalam gelas yang terdapat kopi di dalamnya. Tapi pahitnya kopi itu hanya akan hilang ketika kamu mencampur dan mengacau gula itu. Demikian juga cinta dalam hati setiap orang dari kita, ia perlu dan harus diaduk dengan selawat pada Baginda ﷺ‎ (untuk menyemai rasa cinta kepada Baginda ﷺ‎) "

[Habib Musa Kazim Bin Jaafar Bin Muhammad As-Saggaf Hafizhahullah]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
    وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

5-Daripada Mu'az Radhiyallah Taala An'hu katanya Rasulullah ﷺ bersabda (bahawa Allah berfirman): "Sesiapa yang mencintai dan berkasih sayang kerana Kebesaran-Ku, mereka memperolehi beberapa mimbar dari cahaya yang diingini oleh para Nabi dan para Syuhada".
[Hadis Riwayat Imam Tirmidzi]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...