Ahad, 2 Oktober 2016

"Ranjau-Ranjau Ke Syurga"

Tuan Guru Dato Dr Haron Din 

Di dalam menempuh jalan ke syurga, ada 5 ranjau yang akan ditempuhi:
1) NAFSU syahwat yang menentang untuk berbuat kebaikan
2) KAWAN seislam yang dengki dengannya.
3) Orang KAFIR yang akan membunuhnya.
4) SYAITAN yang mencari peluang untuk menarik ke arah kejahatan.
5) Orang MUNAFIQ yang mencari ruang untuk menekannya.

Sama-samalah kita mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada  Almarhum Tuan Guru semoga ini menjadi saham buatnya, in sya Allah.

Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...