Muhammad Dzahir
Kisah ini dipetik daripada kisah seorang Jutawan Perniagaan
di Indonesia yang memiliki Syarikat Baja yang terkenal, bernama Budi Harta
Winata, beliau ialah Pemilik PT. Artha Mas Graha Andalan.
Ketika ditanya rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi
Pengusaha besar, jawabnya singkat sahaja:
“ *JADIKANLAH IBU BAPAMU UMPAMA RAJA, MAKA ALLAH AKAN
KURNIAKAN REZEKI KEPADAMU BAGAI REZEKI SEORANG RAJA*”.
Pengusaha yang kini tinggal di Cikarang (Indonesia) ini pun
bercerita lagi bahawa umumnya orang yang hebat dan berjaya di kalangan
sahabat-sahabatnya ialah terdiri daripada mereka yang melayani ibu bapa mereka
bagai melayan seorang Raja.
Mereka menghormati, memuliakan, melayani dan mengutamakan
ibu bapa mereka melebihi diri, isteri dan keluarga mereka sendiri.
Lelaki (jutawan) yang berasal dari Banyuwangi ini
melanjutkan ceritanya, “Jangan perlakukan ibu bapamu seperti Pembantumu, kelak
Allah akan meletakkan taraf kamu seperti seorang pembantu".
"Ibu bapa kita sudah melahirkan dan membesarkan kita,
kenapa sehingga mereka telah tua pun kita masih meminta dan mengharap bantuan
harta atau tenaga mereka, pada hal kita sudah pun dewasa."
"Atau ibu bapa kita diminta bantu menjaga anak-anak
kita ketika kita sibuk bekerja."
"Bila keadaan ini terjadi (kita melayan ibu bapa bagai
pembantu), maka ketika itu rezeki kita dinilai adalah sebagai rezeki pembantu,
kerana kita memperlakukan ibu bapa kita seperti pembantu. Maka, Allah swt
memberi upah atau gaji (rezeki) setimpal dengan jawatan pembantu, bukan gaji
seorang Raja."
"Walau suami/isteri bekerja, tetapi Allah swt tetap
memberi rezeki kepada kita kurang daripada rezeki seorang Raja, bahkan tak
pernah cukup pada setiap bulan."
Menurut sebuah lembaga penilai yang melakukan penyelidikan
ke atas 700 keluarga di Jepun, mendapati mereka yang berjaya adalah, terdiri
daripada mereka yang memperlakukan dan melayani ibu bapa seperti seorang
Pembesar Negara. Dan mereka yang hidup sengsara hidupnya adalah terdiri
daripada mereka yang sibuk dengan urusan dirinya sendiri dan kurang perduli
pada ibu bapa mereka. Walaupun dapat banyak harta, tapi tak pernah cukup, bahkan
jiwa menderita dengan masalah-masalah sampingan lain.
Pengajaran ini diambil iktibar agar anak-anak *JANGAN
mendekati orang tua hanya untuk mendapatkan hartanya atau untuk mempergunakan
tenaga mereka untuk membantu ketika hadapi kesusahan dan masalah*.
Mari terus berusaha keras agar kita memperlakukan ibu bapa
bagai Raja atau pembesar negara.
Buktikan, dan jangan cuma hanya ada pada angan-angan sahaja.
Praktikkan seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulallah saw bahawa *Redha Allah
swt terletak kepada redha ibu bapa. Syurga berada di bawah tapak kaki ibu*.
Beruntunglah bagi yang masih memiliki ibu bapa, dan masih
BELUM TERLAMBAT untuk berbakti. Sebelum mereka kembali kehadharat Allah swt.
Waktu itu, mereka menjadi milik penuh Allah. Hanya kita
dapat berbakti dengan doa yang belum tentu dimakbul Allah, jika kita sebelum
ini jadi anak derhaka ketika mereka hidup dan tak sempat memohon redha
kedua-dua mereka.
WANG boleh dicari, ilmu boleh digali, tapi kesempatan untuk
mengasihi ibu bapa kita takkan terulang kembali. Ibu bapa cuma satu, isteri dan
anak boleh bertambah, demikian yang wanita, suami bila mati atau bercerai boleh
diganti, tapi ibu bapa bila mati, tak ada ganti lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan