Ahad, 30 Oktober 2016

JADILAH IBU BAPA BAGAI RAJA, KITA AKAN DIKURNIAKAN REZEKI BAGAI GAJI SEORANG RAJA*

Muhammad Dzahir

Kisah ini dipetik daripada kisah seorang Jutawan Perniagaan di Indonesia yang memiliki Syarikat Baja yang terkenal, bernama Budi Harta Winata, beliau ialah Pemilik PT. Artha Mas Graha Andalan.
Ketika ditanya rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi Pengusaha besar, jawabnya singkat sahaja:
“ *JADIKANLAH IBU BAPAMU UMPAMA RAJA, MAKA ALLAH AKAN KURNIAKAN REZEKI KEPADAMU BAGAI REZEKI SEORANG RAJA*”.
Pengusaha yang kini tinggal di Cikarang (Indonesia) ini pun bercerita lagi bahawa umumnya orang yang hebat dan berjaya di kalangan sahabat-sahabatnya ialah terdiri daripada mereka yang melayani ibu bapa mereka bagai melayan seorang Raja.
Mereka menghormati, memuliakan, melayani dan mengutamakan ibu bapa mereka melebihi diri, isteri dan keluarga mereka sendiri.
Lelaki (jutawan) yang berasal dari Banyuwangi ini melanjutkan ceritanya, “Jangan perlakukan ibu bapamu seperti Pembantumu, kelak Allah akan meletakkan taraf kamu seperti seorang pembantu".
"Ibu bapa kita sudah melahirkan dan membesarkan kita, kenapa sehingga mereka telah tua pun kita masih meminta dan mengharap bantuan harta atau tenaga mereka, pada hal kita sudah pun dewasa."
"Atau ibu bapa kita diminta bantu menjaga anak-anak kita ketika kita sibuk bekerja."
"Bila keadaan ini terjadi (kita melayan ibu bapa bagai pembantu), maka ketika itu rezeki kita dinilai adalah sebagai rezeki pembantu, kerana kita memperlakukan ibu bapa kita seperti pembantu. Maka, Allah swt memberi upah atau gaji (rezeki) setimpal dengan jawatan pembantu, bukan gaji seorang Raja."
"Walau suami/isteri bekerja, tetapi Allah swt tetap memberi rezeki kepada kita kurang daripada rezeki seorang Raja, bahkan tak pernah cukup pada setiap bulan."
Menurut sebuah lembaga penilai yang melakukan penyelidikan ke atas 700 keluarga di Jepun, mendapati mereka yang berjaya adalah, terdiri daripada mereka yang memperlakukan dan melayani ibu bapa seperti seorang Pembesar Negara. Dan mereka yang hidup sengsara hidupnya adalah terdiri daripada mereka yang sibuk dengan urusan dirinya sendiri dan kurang perduli pada ibu bapa mereka. Walaupun dapat banyak harta, tapi tak pernah cukup, bahkan jiwa menderita dengan masalah-masalah sampingan lain.
Pengajaran ini diambil iktibar agar anak-anak *JANGAN mendekati orang tua hanya untuk mendapatkan hartanya atau untuk mempergunakan tenaga mereka untuk membantu ketika hadapi kesusahan dan masalah*.
Mari terus berusaha keras agar kita memperlakukan ibu bapa bagai Raja atau pembesar negara.
Buktikan, dan jangan cuma hanya ada pada angan-angan sahaja. Praktikkan seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulallah saw bahawa *Redha Allah swt terletak kepada redha ibu bapa. Syurga berada di bawah tapak kaki ibu*.
Beruntunglah bagi yang masih memiliki ibu bapa, dan masih BELUM TERLAMBAT untuk berbakti. Sebelum mereka kembali kehadharat Allah swt.
Waktu itu, mereka menjadi milik penuh Allah. Hanya kita dapat berbakti dengan doa yang belum tentu dimakbul Allah, jika kita sebelum ini jadi anak derhaka ketika mereka hidup dan tak sempat memohon redha kedua-dua mereka.
WANG boleh dicari, ilmu boleh digali, tapi kesempatan untuk mengasihi ibu bapa kita takkan terulang kembali. Ibu bapa cuma satu, isteri dan anak boleh bertambah, demikian yang wanita, suami bila mati atau bercerai boleh diganti, tapi ibu bapa bila mati, tak ada ganti lagi.

*JADILAH IBU BAPA BAGAI RAJA, KITA AKAN DIKURNIAKAN REZEKI BAGAI GAJI SEORANG RAJA*

Sabtu, 22 Oktober 2016

CINTA KASIH SAYYIDINA ALI BIN ABI THALIB KEPADA SAYYIDINA UMAR BIN KHATTAB

Oleh : Ustadz Abdul Muhshi حفظه الله
Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhu adalah orang pertama (المستشار الأول) yang diajak berunding oleh sayyidina Umar bin Khattab radhiyallahuanhu dalam menyelesaikan berbagai persoalan yang terjadi pada masa pemerintahan khalifah Umar bin Khattab. Bahkan tidaklah sayyidina Ali bin Abi Thalib mengusulkan suatu hal kecuali Sayyidina Umar segera melaksanakan-nya.

Dikisahkan pernah sayyidina Umar mengutarakan keinginannya untuk memimpin sendiri peperangan melawan Persia akan  tetapi Sayyidina Ali menasihatinya agar beliau tidak berangkat namun dengan melimpahkan tugas berat itu pada yang lain dan beliau tetap konsentrasi menjaga pusat pemerintahan dengan alasan jika beliau memimpin langsung peperangan, khawatir di belakang terjadi gelombang serangan yang lebih besar dari musuh yang dihadapi, dan akhirnya Sayyidina Umar menerima usul tersebut dan tidak jadi berangkat.

Beginilah kecintaan Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhu kepada Sayyidina Umar radhiyallahu anhu sehingga terlontarlah pengakuan suci yang keluar dari lubuk hati Sayyidina Umar :

"لولا علي لهلك عمر" 
 "Seandainya tidak ada Ali, celakalah Umar".

📚 Dikutip dari Buku karya Syekh DR. Muhammad Said Ramadhan aL-Buty
فقه السيرة النبوية مع موجز لتاريخ الخلافة الراشدة

Jumaat, 21 Oktober 2016

Renungan

"TIDAK PERLU MENUNGGU BANYAK DOSA BARU BERISTIGHFAR, TAPI BERISTIGHFARLAH SELALU KERANA PADA DASARNYA KITA SUDAH TERLALU BANYAK DOSA DENGAN SERING MELUPAKAN DAN MENINGGALKAN DIRI-NYA."

[Habib Hud Al-Atas]

Jumaat, 14 Oktober 2016

Inilah Rahsia Kicauan Burung di Dalam Al-Quran

KETAHUILAH, seluruh makhluk yang ada di muka bertasbih kepada Allah swt. termasuk burung. Baik burung kicau, burung hiasan, bahkan burung hantu sekalipun. Suara dan kepakan sayapnya adalah tanda-tanda kebesaran Allah di muka bumi. Allah swt memberitahukan kepada manusia di dalam Al-Quran yang mulia, bahawa burung pun bertasbih dan shalat menyembah Allah swt.

Hal ini ditegaskan Allah swt di dalam surat An-Nur ayat 41 sampai 42.
Allah swt berfirman: Tidakkah kamu tahu bahawa, kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi, dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) shalat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allah-lah kembali (semua makhluk). Masing-masing makhluk mengetahui cara shalat dan tasbih kepada Allah dengan ilham dari Allah.” 
(QS. An-Nuur, 24: 41-42).

Ayat di atas sangat jelas memberitahukan kepada kita umat manusia dan jin, bahawa suara burung dan kepakan sayapnya mengandung tasbih dan shalat kepada Allah swt. Masing-masing makhluk memiliki cara tersendiri untuk menyembah Yang Maha Kuasa. Sesuai dengan apa yang diilhamkan kepada makhluk tersebut.

Dalam tafsir Al-Jami’ Li Ahkaam Al-Quran karya Imam Al-Qurthubi, dijelaskan bahawa Sufyan berkata, burung juga shalat, namun shalatnya tidak mengandung ruku dan sujud.[1] Imam Al-Qurthubi berkata, menurut suatu pendapat, kepakan sayap yang dilakukan burung adalah shalatnya, dan suaranya adalah tasbihnya. Inilah pendapat yang diriwayatkan oleh An-Naqqasy.[2]

Para makhluk itu adalah Malaikat, manusia, jin, haiwan, bahkan benda-benda mati sekalipun. Sebagaimana firman-Nya: “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (QS Al-Israa’: 44).

Imam Ibnu Katsir Rahimahullah berkata, di saat burung terbang burung itu bertasbih kepada Rabb-nya. Ia menyembah-Nya dengan bertasbih dengan cara yang Allah ilhamkan dan Allah ajarkan kepadanya. Allah Maha Mengetahui apa saja yang dikerjakan oleh burung itu. Oleh sebab itu, Allah berfirman: “Masing-masing telah mengetahui (cara) shalat dan tasbihnya,” Maksudnya, masing-masing dari makhluk itu telah Allah ajarkan etika dan cara mereka dalam beribadah kepada-Nya.[3]

Hikmah yang bisa kita petik dari ayat yang mulia ini adalah, kita jangan sampai lupa menyembah kepada Allah swt, dan jangan sampai kita melupakan waktu-waktu shalat, sebab semua makhluk berlumba-lumba bertasbih dan shalat kepada Allah swt. Termasuk burung yang kita pelihara.

[1] Tafsir Al-Jami’ Li Ahkaam Al-Quran karya Imam Al-Qurthubi, QS An-Nuur ayat 41-42. Jilid 12 Hal. 719. Pustakan Azzam, Maret 2008.
[2] Tafsir Al-Jami’ Li Ahkaam Al-Quran karya Imam Al-Qurthubi, QS An-Nuur ayat 41-42. Jilid 12 Hal. 719. Pustakan Azzam, Maret 2008.
[3] Tafsir Imam Ibnu Katsir, QS. An-Nuur, 24: 41. Jilid 6, Hal. 415. Pustaka Ibnu Katsir, Juni 2011.

SEMUA MAKHLUK SUJUD/BERTASBIH KEPADA ALLAH

Surah Nombor rujukan ayat dan terjemahannya:
Surah Al-Isra (44) Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Surah Sad (18) Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
(19) Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.

Al-Hadid (1) - Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al-Hasr (1) - Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

As-Saff (1) - Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al-Jumua (1) - Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

At-Taghabun (1) - Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan dan bagiNyalah segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

An-Nur -(41) - Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

2. Semua makhluk sujud kepada Allah

Surah Nombor rujukan ayat dan terjemahannya:
Ar-Rad (15) - Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

Al-Hajj (18)- Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya) dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

Khamis, 13 Oktober 2016

Renungan DiRi

"Jangan Kau Sibuk Memperhatikan Penampilan Fizikalmu, Namun Melupakan Hatimu. Sebab Fizikalmu Akan Cepat Rosak Dan Punah Walau Kau Menghabiskan Seluruh Harta Untuk Mempertahankannya. Pusatkanlah Perhatianmu Kepada Hati, Sebab Ia Abadi dan Itulah Hakikatmu Yang Sebenarnya." [Habib Hud Al-Atas]

KEHIDUPAN SELEPAS UMUR 40 TAHUN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w: "Rasullullah s.a.w berpesan pada orang lelaki @ perempuan yang berusia 40 tahun atau hampir dengan usia ini, secukupnya harus persiapkan diri dengan kematian dalam hidup kamu, Jika kamu tidak dapat DUNIA di usia ini jangan kamu kejar lagi, dunia ini, Nanti kamu tidak akan terkejar dengan AKHIRAT, Sesiapa yang dalam usia ini tiba-tiba masih tidak berubah juga dalam kehidupan dia dan tidak menjadikan diri dia makin Soleh & taat pada perintah Allah, Dibimbangi dia tidak akan diberi lagi HIDAYAH oleh Allah s.w.t"

Allahu robbi, jika seseorang itu tidak lagi mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah, apa akan jadi pada kehidupan kita nanti, sementara masih diberi peluang, guna sebaik mungkin, jangan biar kasih sayang Allah ini jauh dari kita.

Ya Allah ya Tuhanku janganlah engkau menarik nikmat hidayahMu pada hambaMu yang berdosa ini ya Allah... sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang tidak sunyi dari kesilapan dan kesalahan ya Allah... ampunilah kami ya Allah... pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu ya Allah.. sesungguhnya engkaulah yang Maha Pengampun dan Penyayang....Aamiin ya Robbal Aalamiin.....

*sedikit ingatan buat diriku, Keluargaku & sahabat-sahabatku*-Muhammad Dzahir

Khamis, 6 Oktober 2016

SaHaBaT

*Berkata Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu:* _"Tidaklah seorang hamba diberi kenikmatan yang lebih besar setelah keislaman, selain sahabat yang soleh. Maka apabila kalian mendapati teman yang soleh, peganglah ia serat-eratnya"_

*Berkata Imam Syafi'i:* _" Apabila kalian memiliki teman - yang membantumu dalam ketaatan- maka genggam erat tangannya, kerana mendapatkan seorang sahabat itu sulit sedangkan berpisah dari nyaitu_ *"mudah"*

*Berkata Al Hasan Al Bashri:*_"Sahabat-sahabat kami lebih kami cintai daripada keluarga dan anak-anak kami, kerana keluarga kami mengingatkan kami pada dunia, sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami pada akhirat. Dan sebahagian sifat mereka adalah : itsar ( mendahulukan orang lain dalam perkara dunia )_

*Berkata Luqman Al hakim pada anaknya:*_"Wahai anakku hendaknya yang pertama engkau usaha kan setelah keimanan kepada Allah adalah mencari sahabat yang jujur. Kerana ia ibarat pohon, bila engkau duduk berteduh di bawahnya, ia akan meneduhimu, bila engkau mengambil buahnya dia akan mengenyangkanmu dan bila ia tidak memberimu manfaat, ia tidak merugikanmu"_

_Ketika Imam Ahmad rahimahullah sakit, sampai terbaring di tempat tidurnya, sahabat beliau, Imam Syafi'i rahimahullah menjenguknya. Maka tatkala Imam Syafii melihat sahabatnya sakit kuat, beliau sangat sedih, sehingga menjadi sakit kerananya. Maka ketika Imam Ahmad mengetahui hal ini, beliau menguatkan diri untuk menjenguk Imam Syafi'i. Ketika beliau melihat Imam Syafi'i beliau berkata:_

_Kekasihku sakit, dan aku menjenguknya, maka aku ikut menjadi sakit kerananya. Kekasihku telah sembuh dan ia menjenguku, maka aku menjadi sembuh setelah melihatnya._

_Ya Allah berikan kepada kami sahabat-sahabat yang soleh dan solehah._

Rabu, 5 Oktober 2016

CiNTa RasuLuLLah

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
    وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Perbanyakkan membaca zikir kepada Allah. Berzikirlah dengan hati yang hadir, berzikirlah dengan kekhusyukkan dari dalam hati kita. Dengan banyak berzikir, maka Allah akan menolong kita. Dengan sentiasa berzikir, maka Allah akan melepaskan kita dari belenggu-belenggu kesulitan yang kita hadapi".
[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafizhahullah]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
    وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Seorang mukmin itu hidup di atas dunia ini bagaikan seorang tawanan. Sedang berusaha membebaskan dirinya daripada penawanan tersebut, dan ia tidak akan pernah merasa aman, kecuali apabila dia bertemu dengan Tuhannya". 
                                                              [Imam Hassan Al-Basri Rahimahullah Taala]

Ahad, 2 Oktober 2016

"Ranjau-Ranjau Ke Syurga"

Tuan Guru Dato Dr Haron Din 

Di dalam menempuh jalan ke syurga, ada 5 ranjau yang akan ditempuhi:
1) NAFSU syahwat yang menentang untuk berbuat kebaikan
2) KAWAN seislam yang dengki dengannya.
3) Orang KAFIR yang akan membunuhnya.
4) SYAITAN yang mencari peluang untuk menarik ke arah kejahatan.
5) Orang MUNAFIQ yang mencari ruang untuk menekannya.

Sama-samalah kita mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada  Almarhum Tuan Guru semoga ini menjadi saham buatnya, in sya Allah.

Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631).

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...