Jumaat, 18 Februari 2011
SIFAT PERIBADI RASULULLAH SAW
1. Nabi SAW suka menyisir rambut dan janggutnya dengan rapi. Rambutnya dikatakan tidak kerinting dan juga tidak begitu lurus. Kadangkala Baginda panjangkan rambutnya hingga ke paras bahu dan kadangkala setakat kedua-dua belah telinganya. Baginda juga mewarnai rambutnya menggunakan inai.
2. Nabi SAW sentiasa memakai celak. Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Abbas r.a. katanya: “Nabi SAW bersabda; Bercelaklah kamu dengan batu ithmid (batu celak yang telah dijadikan serbuk), kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan (melebatkan) bulu mata.”
3. Nabi SAW amat suka memakai minyak wangi. Ibnu Umar r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda; “Tiga perkara yang tidak sepatutnya ditolak (oleh seseorang tetamu), iaitu; bantal, minyak wangi dan susu.” – Riwayat Qutaibah bin Sa’id, dari Ibnu Abi Fudaik, dari Abdullah bin Muslim bin Jundub dari ayahnya, bersumberkan dari Ibnu Umar r.a.
4. Warna yang menjadi kegemaran Nabi SAW ialah putih dan hijau. Namun begitu Baginda juga pernah berpakaian hitam, merah hati, kelabu dan warna bercampur-campur. Al Nasai dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a. yang berkata Rasulullah SAW bersabda; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci ( bersih) dan baik. Gunakanlah ia sebagai kapan pembungkus jenazah orang mati.
Iloveislam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya
1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a. Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...
-
Surah Yasin Ayat 1 hingga 9 Keistimewaan surah Yasin Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMED ALBAKRI Sebahagian ulama berpendapat bahawa sentia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan