Ahad, 13 Februari 2011
Hari-HariKu
Assalamualaikum...
Hari-hari yang kita lalui tidak semestinya membawa seribu erti.
Mungkin juga tiada erti.
Dalam alam mana kita berada. Dalam alam sendiri yang penuh sunyi. Atau dalam keriuhan duniawi. Dalam kealpaan meniti kehendak naluri. ATAU dalam mencari jalan redha Illahi.
Semuanya akan terjawab melalui fikirmu.
Apakah dalam meniti hari, kita berjalan sendirian. Apakah kita ada kudrat fizikal yang natural.
Bukankah semua kudrat bukannya milik kita? Bukahkah kudrat itu milik Tuhan Yang Esa.
Dititip cuma untuk sementara. Dipinjam cuma untuk seketika. Untuk melihat sejauh mana
kita memanfaatkannya.
Di jalan redha atau jalan murka?
Wahai aku dan kamu...kita semuanya perlukan sesuatu...
Suatu yang menjadi hala tuju..
Kerana...
Kehidupan semua akan ke jalan tamat
Kehidupan cuma beberapa saat
Kehidupan yang hanya melihat-lihat..JIKA..tiada pemandu Hakiki
Terumbang ambing bagai liuk lintuk pepohon muda
Ke sana ke mari tiada tentu hala..
Wahai aku dan kamu ..carilah jalan itu
Jalan kebenaran tulus untuk kita tuju
Jalan kebenaran yang SATU.
11 Rabiulawwal 1432
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya
1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a. Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...
-
Surah Yasin Ayat 1 hingga 9 Keistimewaan surah Yasin Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMED ALBAKRI Sebahagian ulama berpendapat bahawa sentia...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamassalamualaikum admin,saya nak tanya sikit pasal info yang admin tulis pasal iskandar zulkarnain tu,sebab saya tengah mencari orang untuk ditemu ramah dalam dokumentari saya tentang iskandar zukarnain,adakah admin sendiri yang menulis artikel tersebut ? sekiranya admin mempunyai pengetahuan tentang sejarah iskandar zulkarnain,boleh tak admin contact saya? ni no telefon saya, 0136115421, apa2 admin boleh terus call saya atau sms ..terima kasih,assalamualaikum
BalasPadam