Ahad, 25 November 2012

Ayat Al-Quran Sebagai Penawar Penyakit Kanser


Ayat Al-Quran sebagai penawar penyakit kanser
Posted by epondok


SOALAN
Nama saya Hasnah berusia 40 tahun. Saya disahkan menghidap kanser payudara pada awal Februari 2010. Pada Mac 2010, saya telah menjalani mastectomy iaitu pembedahan membuang keseluruhan payudara sebelah kiri.

Semasa pembedahan, sebanyak 15 kelenjar telah dikeluarkan dan tujuh dikenalpasti mengandungi sel-sel kanser.

Saya telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali dan radioterapi sebanyak 15 kali. Kedua-dua rawatan tamat pada September 2010.

Namun pada bulan Oktober 2012, selepas lebih dua tahun saya tamat rawatan, saya mendapat cancer relapse iaitu kanser kembali menyerang malah telah merebak ke bahagian tulang spinal (C3 & C4) dan menyerang tulang pelvik dan tulang rusuk di dada saya.

Bolehkah, Tuan Haji Lokman terangkan mengapa kanser menyerang saya kembali walaupun saya sudah tamat rawatan kemoterapi dan radioterapi?

Apakah ayat-ayat al-Quran untuk diamalkan untuk menangani penyakit kanser dan bagaimana cara mengubatinya melalui perubatan Al-Quran?

JAWAPAN
Kanser begitu sukar dipulihkan terutamanya jika sudah berada di tahap tiga dan empat. Sebaik sahaja sel kanser merebak masuk ke saluran darah dan sistem peredaran kelenjar atau ‘lymph’, amat sukar untuk memastikan bahagian organ mana yang mengalami proses metastasis dan menyebabkan sel kanser.

Jalan paling mudah dalam kaedah perubatan moden adalah kemoterapi, iaitu memasukkan ubat anti kanser keseluruhan sel organ dalam badan.

Tetapi proses kemoterapi hanyalah berfungsi untuk surpressed atau melemahkan sel kanser atau melambatkan proses kanser dari merebak dengan cepat.

Adalah sukar bagi pakar perubatan moden untuk memberi lima tahun jaminan pesakit akan sembuh atau selamat dari kanser.

Ini kerana mereka sedar, kebarangkalian sel-sel kanser merebak ke bahagian tubuh yang lain amat tinggi.

Biarpun seseorang pesakit kanser telah bebas dari kanser berdekad lamanya, itu bukan jaminan kanser tidak akan kembali menyerang mereka.

Dalam kes Puan Hasnah, mengapa kanser kembali menyerang biarpun selepas beliau menjalani rawatan kemoterapi enam kali dan radioterapi 15 kali.

Ini adalah kerana sel-sel kanser yang dilemahkan semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi akan kembali aktif selepas beberapa jangka masa atas beberapa faktor seperti tekanan emosi (stres), pemakanan tidak seimbang dan pelbagai faktor lain.

Apabila kanser kembali menyerang, pesakit perlu mengulangi semula rawatan seperti rawatan pertama.

Ini yang membuatkan pesakit berasa putus asa, tekanan emosi dan tabiat ini tidak membantu menyembuhkan sebaliknya membantu menggalakkan lagi pertumbuhan kanser.

Dalam erti kata lain, perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada Allah dan meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah di dalam Al-Quran

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman….” (Al Israa’ 82)

“….Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku..” 
(Al Baqarah, 186)

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.

Konsep inilah yang akan menghasilkan keputusan ’2 dalam 1′, iaitu di samping mendapat kesembuhan, diri juga akan lebih dekat dengan Allah.

Sesungguhnya kesakitan bukanlah alasan untuk kita menjauhi diri daripada Allah. Dan kesakitan bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadah sama ada wajib atau sunat.

Falsafah kesakitan menurut islam adalah sebagai wahana untuk Allah menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu, dan meningkatkan darjat kita disisi Nya.

Justeru, berdoa ketika sakit lebih dipandang Allah berbanding ketika sihat. Hal ini kerana ketika sihat, ia akan berdoa dan beramal dengan sambil lewa, kerana belum merasakan peritnya sebuah musibah kesakitan.

Namun, apabila seseorang itu sakit misalnya, ia akan berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk, tawaduk serta penuh pengharapan supaya Allah memakbulkan doanya dan menyembuhkan penyakitnya.

Kerana itu, saya sentiasa mengingatkan para perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bahawa kita berpegang kepada prinsip berdakwah di dalam berubat.

Dan buat para pesakit pula, kita membantu mereka agar yakin bahawa mereka beribadah sambil dirawat.

Hasil kedua prinsip ini, insya-Allah akan membawa kepada kesembuhan dengan syarat, para pesakit mengamalkan apa yang diarahkan serta meningkatkan amalan sunat dan menjauhi perkara-perkara dosa dan mungkar.

Saya akan berikan beberapa garis panduan secara umum mengenai rawatan kanser menurut kaedah ayat-ayat suci Al-Quran kepada pembaca dengan harapan kita meletakkan keyakinan yang penuh kepada mukjizat yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w serta rahmat sekalian alam.

Al-Quran, bukan sekadar bacaan, ia sumber panduan juga medium penyembuhan.

Insya-Allah, semoga dengan keyakinan yang terbina, Allah akan hadiahkan pesakit/ pembaca dengan kesembuhan.

Antara kaedah yang digunakan untuk merawat kanser menurut perspektif perubatan Al-Hidayah adalah ;

* Membaca beberapa rangkaian ayat suci Al-Quran.

Ini adalah amalan utama atau amalan pokok dalam perubatan ini. Pesakit akan diberikan beberapa ayat suci Al-Quran, yang saya beri selepas memeriksa pesakit, jenis kanser, sejauh mana tahap sakit dan kesan penyakit terhadap pesakit.

Ayat suci Al-Quran yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut individu disebabkan beberapa faktor yang disebutkan tadi.

Namun, secara umumnya, ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.

Ayat surah Mukminun untuk dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas maghrib atau isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam atau dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardu, atau Qiyammulail.

Ayat surah Al Hajj tadi pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali selepas subuh, zohor atau asar.

Jika tidak sempat, maka boleh dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.

Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh.

Ingat, berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.

Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya-Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.

Dua rangkaian ayat yang saya berikan tadi, (Al Mukminun, Al Hajj), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.

Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan. Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian surah-surah di bawah.

Surah Rangkaian Ayat

Al Anbiya’ 38 hingga 50

Huud 60 hingga 80

An Nahl 90 hingga 110

Yunus 55 hingga 70

Qasas 66 hingga 88

Ibrahim 9 hingga 22

Al Kahfi 38 hingga 60

Yunus 71 hingga 89

Setakat hari ini, saya telah mengenal pasti sebanyak 60 rangkaian ayat suci Al-Quran yang merupakan ayat spesifik penyembuh penyakit kanser.

Malah, ayat ini bersifat khusus untuk setiap tahap kanser dan spesifik untuk setiap jenis kanser yang dialami.

Setiap rangkaian ayat ini sama jika dibandingkan dengan setiap satu jenis ubat dalam kaedah rawatan kanser secara moden.

http://epondok.wordpress.com/2012/11/26/ayat-al-quran-sebagai-penawar-penyakit-kanser/

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    nak kongsi boleh jika ada sakit : -
    • kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.

    Testimoni pesakit kanser yang menggunakan produk Jutawan Herbs yang berjaya sembuh dengan harga mampu milik

    Nama:adik Muhd Haziq
    Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4

    Nama: Anak Pn Rashidah
    Kanser Leukimia

    Nama:Haji Ahmad Hasnal
    Umur:49tahun
    bengkak Prostat

    Nama:Pn Syarifah
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama:En Sukrizal bin Idris
    Batu Hempedu

    Nama:Che Amat
    Kanser Usus tahap 2

    Nama:Muhd Aidil Izzat
    Kanser Burkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4

    Nama:En.Iskandar Bin Abu Serah
    Ulser Lidah

    Puan Baiti Jannati
    Kanser payudara


    Puan Faridah (anak sakit)
    Kanser paru-paru tahap 3

    Nama:Pn Mazli (cucu sakit)
    Jenis kanser:Leukimia Acute ALL B CeLL

    Nama:Mohd Hamdan
    Jenis kanser:Virus kencing tikus

    Nama:Pn Nor Sabariah
    Jenis kanser:Payudara dan Asma

    Nama: Amirah(Puan Zuraini-ibu)
    Jenis Asma

    Nama:Pn Hani(anak sakit)
    Jenis Asma kronik

    Nama:En Mohd Asri Bin Ahmad
    kanser usus tahap 2

    Nama:Pn Arbaayah
    Sirosis hati tahap 3

    Nama:Muhd Luqman Bin Kamaruzaman
    Jenis kanser: Kanser Gastrointestinal stromal tumor,spindle type,high grade tahap 4 dah sembuh


    Nama Nor Hayati Abdul Hamid
    Kanser payudara tahap 4 akhir dah sembuh

    Nama Mohd Syafwan Syafiy Bin Mohd Hishamuddin
    Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic ALL tahap 3 dah sembuh

    Nama:Pn Noraini Yusof
    Jenis kanser: Kanser payudara tahap 3 dah sembuh

    Nama:Pn Zalina Ismail
    Jenis kanser: Kanser payudara agresif dah sembuh

    Nama:Muhd Afif Aksha Bin Maruan
    Jenis kanser:Kanser Lymphoma tahap 2 dah sembuh

    Nama:Muhd Ilham Md Mazri
    Jenis kanser:Kanser Leukimia B cell acute lymphoblastic dah sembuh

    Nama:Mohd Syafwan Syafi
    Jenis kanser: Kanser Leukimia chronic lymphocytic tahap 3 dah sembuh

    Nama:Pn Zainani Azra
    Jenis kanser:Kanser payudara positif hormon tahap 3 dah sembuh

    Nama:En Ab Kadir Bin Ismadi
    Jenis kanser: kanser paru-paru tersumbat kronik copd

    Nama:En Sharizal Bin Taib
    Jenis kanser: kanser Lymphoma B cell tahap 4 dah sembuh


    Nama :Suzana Binti Ahmad
    Jenis Kanser :kanser Rahim tahap 4 dan kanser lidah tahap 4 dah sembuh

    Nama: Siti Fauzilah bt Hj Abdullah
    Jenis Kanser: Kanser hidung tahap 4

    Nama:Norizah bt Mohd Nor
    Jenis Kanser:Kanser Payudara jenis hormon tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said
    Jenis Kanser: kanser payudara tahap 2 dah sembuh

    Nama:Hafifah bt Arshad
    Jenis kanser: Kanser payudara tahap 2 dah sembuh

    Nama :ABDULLAH
    Jenis kanser: kanser Nasopharyngeal Carcinoma tahap 4 dah sembuh

    Nama: En gmail udup
    kanser Nasopharyngeal Carcinoma (NPC). tahap 4 dah sembuh

    Nama: MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHAMAD ALIFF HAIQAL anak kepada puan Noasliza binti Ismail
    kanser Nasopharyngeal Carcinoma tahap 4 merebak ke otak dah sembuh

    Nama: Muhammad akmal rizal bin cik omar
    kanser Nasopharyngeal Carcinoma tahap 2 dah sembuh

    Nama NOR AZIAN BINTI MOHD SARIF
    Kanser payudara triple negative tahap 2 dah sembuh.

    Hubungi atau WhatsApp saya segera:
    017-468 7570
    MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
    Nama syarikat: JUTAWAN HERBS


    Insya Allah kita rawat sampai sembuh
    Di jamin harga mampu milik ada yg rm70 ada yg rm30 ada yg rm100 yg pasti hrga benar2 mampu milik

    BalasPadam

MAKSUD PERGERAKAN SOLAT MENGIKUT TASAWUF

Mengikut tasawuf, pergerakan dalam solat bukan sekadar pergerakan fizikal, tetapi melambangkan perjalanan kerohanian dari duniawi ke Ilahi;...