Ahad, 11 November 2012

KISAH BAGAIMANA RASULULLAH BERKAHWIN DENGAN JUWAIRIYAH

KISAH BAGAIMANA RASULULLAH BERKAHWIN DENGAN JUWAIRIYAH


Gambar hiasan jee..
"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini." - JUWAIRIYAH

Wanita yang paling bertuah di dunia ini ialah wanita yang menjadi isteri Rasulullah. Kerana bila seorang wanita itu berkahwin dengan Rasulullah maka dengan sendirinya Allah mengangkat darjat wanita tersebut. Sesiapa pun tidak boleh menandingi darjat itu sekalipun wanita solehah yang ibadahnya hebat, puasanya setiap hari, zikirnya banyak, akhlaknya cantik dan lain-lain ibadah yang termampu dilakukannya. 

Darjat Ummul Mukminin atau “Ibu orang-orang beriman” adalah darjat tertinggi dari Allah yang diberikan hanya kepada wanita yang bergelar isteri Rasulullah. Sudah selayaknya darjat itu diberikan kerana hanya wanita itu saja dapat bergaul, berhubung mesra seterusnya mengurus segala keperluan yang dihajati oleh Rasulullah. Rasulullah adalah insan yang paling sempurna dan sangat Allah cintai hingga kerana itu Allah SWT ada berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan dunia ini melainkan kerana Muhammad.”

Bila menjadi isteri Rasulullah bermakna sanggup menghadapi berbagai kemungkinan. Dia juga terpaksa berkongsi apa saja yang dihadapi oleh Rasulullah sama ada kesusahan, penderitaan dan kata nista. Kerana Rasulutlah adalah seorang pejuang dan perjuangannya itu memerlukan pengorbanan yang besar. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh kesemua isteri-isteri Rasulullah.

Mari kita menyingkap kisah salah seorang daripada isteri Rasulullah. Kalau dulunya (sebelum berkahwin dengan Rasulullah) adalah seorang yang sangat anti dengan Rasulullah dan perjuangan baginda menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, tetapi bila Allah menghendaki dengan mudah saja Allah boleh memutarkan hatinya dan akhirnya dia adalah salah seorang yang sangat-sangat mencintai baginda dan mencintai perjuangan baginda. Dia sanggup mengorbankan segala kemewahan dan keseronokan hidup demi cintanya pada baginda.

Juwairiyah. Begitulah indah namanya, sebagaimana cantiknya akhlak dan peribadinya. Rasulullah memberikan nama tersebut sebaik saja baginda mengahwininya. Sebelum ini nama beliau ialah Barrah binti Al Harris Ad Dirar, keluarganya berketurunan Yahudi iaitu dari Kabilah Bani Al Mustaliq. Ayahnya adalah pemimpin puak tersebut yang mana beliau juga sangat memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah sendiri. Tapi akhirnya ayah dan seluruh kaumnya semua memeluk Islam iaitu berkat perkahwinan Juwairiyah dengan Rasulullah. Inilah hikmahnya perkahwinan Rasulullah, Rasulullah tidak akan sekali-kali menikahi dengan seseorang melainkan ada strategi perjuangan di sebalik perkahwinan itu, walaupun sebenarnya juwairiyah adalah seorang janda.

Kisahnya bermula begini. Selepas berlakunya peperangan Khandaq yang mana setelah Rasulullah bermesyuarat bersama pihak Yahudi untuk bertahan di dalam kota Madinah untuk menentang musuh dari kafir Quraisy, di saat-saat akhir pihak Yahudi itu telah memungkiri janji. Kesan dari itu Rasulullah tidak lagi memberi peluang kepada kaum Yahudi itu dan akhirnya peperangan berlaku antara pihak Muslimin dengan kaum Yahudi Bani Mustaliq itu. Pihak Yahudi yang belot itu akhirnya kalah teruk, ramai di antara tentera mereka yang mati termasuklah suami Juwairiyah dan Juwairiyah sendiri menjadi tawanan perang. Beliau menjadi tawanan perang kepada seorang sahabat Rasulullah bernama Sabit bin Qias. Begitulah juga tawanan yang lain telah pun diagih-agihkan menjadi tawanan kepada umat Islam termasuklah harta ghanimah (harta rampasan perang).

Menyedari yang dirinya telah jatuh ke tangan musuhnya, maka Barrah (Juwairiyah) mengambil keputusan untuk menebus dirinya. Sabit bin Qais telah mengenakan tebusan yang tinggi kerana dia tahu Barrah adalah seorang puteri kepada orang yang ternama dan terkaya di kalangan kaumnya. Maka sudah tentu ayahnya tidak keberatan membayar berapa saja untuk menyelamatkan anaknya. Oleh kerana Sabit mengenakan tebusan yang terlalu tinggi, Barrah bimbang permintaan itu akan membawa akibat yang melampaui batas, ialu Barrah mengambii keputusan untuk berjumpa dengan Rasulullah sendiri untuk menyetesaikan masalahnya. Ketika itu Rasulullah berada di rumah Siti Aisyah. Apabila berhadapan dengan Rasulullah, beliau pun mengajukan masalahnya.

“Ya Rasulullah, saya adalah Barrah binti Al Harris bin Dirar, anak kepada penghulu kaumku.Tujuan kedatangan saya ini, sebagaimana tuan ketahui iaitu saya menjadi bahagian Sabit bin Qais. Tetapi saya telah diberinya kesempatan untuk menebus diri saya dengan bayaran sebanyak 9 uqiyyah (1 uqiyyah bersamaan 1 setengah tahil emas). Sekarang saya datang kepada tuan dan bermohon agar tuan membantu saya dalam hal ini agar dengan itu saya dapat melepaskan diri saya (dari perhambaan) ini,” katanya bersungguh-sungguh.

Rasulullah diam seketika. Baginda mengamat-amati ucapan Barrah itu, sambil baginda berfikir. Barrah, puteri pemimpin Bani Mustaliq itu juga diam bila lihat Rasulullah SAW menundukkan kepalanya. Apa yang difikir dan disedihkan oleh baginda. Hati Barrah tertanya-tanya.

Sebentar kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya dan memandang kepada Barrah yang sedang diam membatu di hadapan baginda. Rasulullah dengan nada lembut berkata, “Adakah mahu bagimu yang lebih baik daripada yang kamu minta itu?” tanya Rasulullah SAW.

“Apalah lagi ya Rasulullah,” Barrah lantas bertanya.

“Begini,” ujar Rasulullah, “Biarlah aku bayarkan tebusan dirimu yang diwajibkan oleh Sabit bin Qais, kemudian aku mengahwini engkau,” Rasulullah berterus-terang.

Mengakhiri ucapan Rasulullah SAW itu spontan Barrah menjawab, “Baiklah, ya Rasulullah. Saya setuju.”

Rasuluilah menepati janjinya. Baginda membayar wang tebusan sebanyak yang dipinta oleh Sabit dan mengahwini Barrah. Kini, Barrah bukan lagi seorang hamba, tetapi darjatnya telah naik ke taraf Ummul Mukminin. Sejak itu namanya ditukar oleh Rasulullah kepada Juwairiyah.

Rasulullah SAW bersabda: Dunia adalah sebaik-baik tempat dan sebaik-baik tempat di dalam dunia adalah wanita yang solehah.

Berita perkahwinan Rasulullah SAW dengan Juwairiyah cepat tersebar kepada umum. Tidak ada seorang pun tidak tahu tentang perkahwinan itu. Ada yang dengar dengan perasaan gembira dan bersyukur dan ada mendengarnya dengan perasaan berbuku di hati dan dendam. Walau apa keadaan sekalipun ragam masyarakat mendengarkan berita itu, namun Allah SWT jua mengetahui dan tetap mengurniakan nikmat yang besar kepada perkahwinan Juwairiyah dengan Rasulullah itu. Masakan Juwairiyah tidak gembira berkahwin dengan seorang pemimpin umat yang dikasihi oleh Allah SWT. Kaum Muslimin yang ada menawan keturunan Bani Mustaliq sebagai hamba sahaya apabila mendengarkan berita itu, lantas mereka berkata, “Tidak layaklah kiranya biras atau ipar-ipar Rasulullah SAW dijadikan hamba sahaya.”

Lantaran itu para sahabat yang memiliki bekas tawanan perang Bani Mustaliq yang dijadikan sebagai hamba, memerdekakan hamba-hamba mereka tanpa wang tebusan. Inilah keberkatan yang Allah SWT limpahkan kepada Juwairiyah kerana perkahwinannya dengan Rasulullah SAW.

Khabar gembira ini disambut oleh kaum Bani Mustaliq dengan penuh kesyukuran. Dalam hal ini pemah Sayidatina Aisyah, Ummul Mukminin berbicara dengan katanya, “Sungguh telah dimerdekakan dengan sebab perkahwinan itu, seratus keluarga kaum Bani Mustaliq. Maka tidak pernah kuketahui seorang wanita yang banyak berkatnya atas kaumnya, lebih daripada Juwairiyah.”

Kerana itu jugalah ayahanda Juwairiyah iaitu Al-Haris bin Abi Dirar memeluk Islam di hadapan Rasulullah SAW. Dan ada di kalangan mereka tidak mahu kembali ke desa dan kaum mereka tapi lebih suka tinggal di Madinah saja bersama Rasulullah SAW.

Begitulah besarnya berkat perkahwinan Juwairiyah dengan Rasulullah SAW.

Sejak perkahwinannya, Juwairiyah tidak ke mana-mana, dia lebih suka menetap di rumah yang disediakan oleh Rasulullah SAW di sisi masjid Madinah. Dia juga seorang yang mempunyai paras wajah yang menawan dan ini juga menimbulkan perasaan cemburu pada isteri-isteri Rasululah SAW yang lain. Sikap cemburu itu hanya dapat dilihat dengan kerdipan mata antara satu sama lain, mengata-ngata di antara mereka, dan ada juga yang menyatakan rasa cemburunya itu dengan sikap dan kata-kata. Hal itu menimbulkan perasaan tidak senang di hati Juwairiyah dan segera diadukannya kepada baginda Rasulullah SAW.

“Wahai Rasulullah, isteri-isterimu yang lain terasa bangga dan lebih mulia daripadaku. Apalagi mereka mengatakan bahawa saya tidak tuan kahwini (maksudnya hanya sebagai hamba sahaya Rasulullah saja),” katanya.

Bila mendengar aduan itu, Rasulullah SAW tidak senang duduk melihat ragam isteri-isterinya. Yang lebih Baginda tersinggung biIa mengatakan Juwairiyah hanya sebagai hamba sahayanya.

Rasulullah SAW berkata, “Wahai Juwairiyah! Bukankah aku telah memberimu mahar yang mahal yang telah memerdekakan empat puluh orang daripada kaummu.”

Ucapan itu membuatkan hati Juwairiyah gembira, tidak jadi memberontak. Dia dapat menenteramkan hatinya dan membuat kebaikan terhadap isteri-isteri Rasulullah yang lainnya. Itulah sifat yang ada pada diri isteri yang barakah ini setelah diberi penawar oleh Rasulullah SAW.

Setelah Rasulullah SAW wafat, Juwairiyah tetap teguh imannya dan semakin hampir dia di sisi Allah SWT. Baki usianya yang sedikit itu sejak kewafatan Rasulullah SAW telah dihabiskannya untuk berdamping dengan Allah SWT.

“Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini,” Itulah bisikan hati Juwairiyah dalam menghabiskan hidupnya beribadah kepada Allah SWT.

Juwairiyah juga seorang perawi hadis selain daripada Aisyah Ummul Mukminin, terutama yang berhubung rapat dengan masalah hukum syariat. Di antara beberapa masalah yang diriwayatkannya dari Rasulullah iaitu: “Pernah Rasulullah masuk ke rumahku dan didapatinya aku sedang berpuasa  ( puasa sunat). Kemudian Rasulullah bertanya kepadaku: “Adalah kelmarin engkau berpuasa?”

“Tidak,” jawabku. Kemudian Rasulullah bertanya lagi: “Apakah esok nanti engkau mahu berpuasa?”

“Tidak,” jawabku lagi. Lantas Rasulullah bersabda: “Kalau demikian berbukalah!”

Pada suatu masa yang lain Rasulullah datang ke rumahku, lalu bertanya kepadaku, “Apakah engkau punyai makanan?” Aku menjawab, “Tidak ada ya Rasulullah! Kecuali tulang kambing yang diberikan menantumu yang berasal dari sedekah.” Beliau bersabda, “Hidangkanlah kepadaku, kerana hukum sedekah telah hilang dan ia menjadi halal bagi kita.”

Dengan demikian jelaslah sudah bagi kita kedudukan Juwairiyah selaku Ummul Mukminin bukan saja menjadi ibu segala orang yang beriman, kuat ibadahnya kepada Allah dan guru kepada masyarakatnya selama kepergian Rasulullah SAW, tetapi dia juga muncul sebagai seorang perawi hadis yang luas pengetahuannya.

Juwairiyah meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun ke 50 Hijrah. Ketika itu di zaman pemerintahan Khalifah Muawiyah. Dalam usianya menjangkau 65 tahun, Juwairiyaah telah ditakdirkan oleh Allah SWT untuk tamat masanya menjalani kehidupan di dunia dan kembali ke hadrat Allah SWT dengan membawa segugus hati yang merindui-Nya. Kerinduannya itu dapat dirasai oLeh sahabat-sahabat baginda dan wanita-wanita Mukmin dengan linangan air mata kerana Juwairiyah wanita yang banyak membawa barokah kepada orang-orang yang hidup sezaman dengannya.

http://kisahteladan.info/category/kisah-mukminah/page/5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...