Jumaat, 9 November 2012

TANGAN ZIONIS DALAM KEMPEN HINA RASULULLAH S.A.W

Bantahan Umat Islam terhadap penghinaan nabi

Analisis yang belum diketahui ramai dalam isu penerbitan video menghina Rasulullah s.a.w. ialah ia ada kaitan dengan rancangan zionis dan kuasa imperialis Amerika dan kuasa Eropah Barat.

Sebenarnya orang bernama Sam Bacille (nama sebenar Nakaola Basseley Nakaola) yang dikata menjadi pengarah kepada pembikinan filem itu hanya alat.

Beliau sebenarnya hanya seorang yang terlibat dalam kes menipu bank. Dengan latar belakang yang sama sekali sifar dalam pengetahuan mahupun kemahiran pembikinan filem, zionis telah mengguna beliau sebagai alat untuk melindungi pihak sebenar yang terlibat dalam menghasilkan filem tersebut. Beliau sendiri menafikan menjadi pengarah malah hanya menguruskan aspek “logistik” semata.

Jadi siapa pendalang filem tersebut?

Rekod awam mendapati satu permit filem telah diberi kepada Media for Christ sebuah agensi yang dikendali oleh seorang bernama Joseph Nasrallah Abdelmasih. Kumpulan beliau menaja program Kristian dalam Bahasa Arab termasuk The Way sebuah filem yang menampilkan dua orang penggerak kempen Islamofobia iaitu Pamela Geller dan Robert Spencer. Kedua mereka ini adalah penentang cadangan membina masjid di New York di tapak “Ground Zero” . Idea filem Innocence dicatat dalam blog Geller pada Februari 2012 dalam tajuk A Movie About Muhammad: An Idea Whose Time Has Come.

Sesungguhnya filem dokumentari penghinaan ke atas Nabi bukan satu insiden yang terpisah dan tersendiri, malah ia adalah suatu konspirasi melakar perang ke atas Islam dan umat Islam oleh Amerika, Israel dan kuasa imperialis Eropah Barat.

Tindakan dan rancangan provokasi dalam tempoh dua tahun sempena mengingati peristiwa September 11 bermula dengan kempen membakar Quran oleh Terry Jones dan kali ini video.

Fakta bahawa filem ini adalah kerja dari operasi ekstremis fanatik Zionis yang berpusat di Amerika dan Israel serta Eropah tidak dapat dinafikan, khususnya oleh CIA Dan Mossad.

Apabila reaksi yang sepatutnya berlaku tidak berhasil, mereka cuba menghubungkan kemarahan umat Islam terhadap filem itu kepada pembunuhan duta Amerika di Benghazi, Libya.

Pada hal pihak perisikan Amerika sudah menerima maklumat awal bahawa serangan ke atas kedutaan akan berlaku tetapi pihak Amerika tidak berbuat apa-apa. Pembunuhan itu tidak ada mengena dengan filem dokumentari tersebut. Ia adalah serangan yang disebabkan oleh pembunuhan seorang ketua militan Libya yang pernah disokong oleh CIA sendiri ketika revolusi menjatuhkan Muammar Gadafi.

Analisa ini didedahkan sendiri oleh seorang pakar operasi CIA-Mossad , Thierry Mayssan bahawa pembunuhan duta mungkin diarah oleh Mossad sendiri.

Sebab itu kami percaya kebangkitan ini bukan hanya kerana marah kepada penghinaan terhadap Nabi tetapi adalah kebangkitan menentang kuasa imperialis Barat yang cuba mendominasi kehidupan umat Islam.

Protes yang tercetus mesti dianalisa secara lebih menyeluruh untuk melanjutkan Revolusi Tahrir yang berlaku di dunia Arab.

Kebangkitan ini adalah seruan kepada pembebasan, kemerdekaan dan kedaulatan serta harga diri yang menuntut kepada seluruh rantau dan dunia dibebaskan dari hegemoni kuasa Barat. Dengan itu tanda berakhirnya dominasi Amerika dan Barat ke atas dunia ini telah tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...