Ahad, 13 Januari 2013

KATA-KATA HIKMAH HUBAIB

Gambar hiasan
"Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan dan cintailah kehidupan akhirat, jadikan diri kamu sebagai pengembara yang sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah. 
Pandanglah dunia ini bagaikan tempat persinggahan kamu ketika turunnya hujan, apabila berhentinya hujan kamu kembali berjalan menuju ke destinasi asalmu.

Sakitilah nafsu mu kerana ia adalah tunggangan syaitan, jika ia lemah maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan bagi merosakkan mu. 

Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat yang khusyu'. 

Janganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta dengan akhirat, mereka mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu. 

Hiburan kamu adalah ujian Allah, 
kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruji hawa nafsu. 

Tahanlah lidahmu dari dusta dan umpatan kerana ia menghancurkan amalan kamu sekelip mata bagaikan letupan yang menghancurkan gunung. 

Berhati-hatilah dalam perjalanan ini, hanya mereka yang berilmu dan beramal serta mengalirkan air mata darah akan tersenyum di alam yang kekal abadi."

"Hakikat kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan tidak berada di dunia. Ia berada di langit. Ia adalah anugerah Tuhan kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya.

Harta, pangkat,keluarga, kekuatan,kebijaksanaan dan lain-lain hanyalah pagar-pagar untuk memantapakan kebahagiaan. Justeru itu, walaupun ramai manusia yang memiliki segala-galanya di dunia ini tetapi kebahagiaan tidak mereka miliki. Dan berapa ramai manusia yang tidak memiliki apa-apa tetapi hidup mereka disinari kebahagiaan."

"Hidup ini adalah perjuangan. Jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. 

Janganlah kamu meninggalkannya. Kuasailah pelbagai bidang di mana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi. 
Hanya di tangan orang-orang soleh, dunia ini akan menghentikan tangisannya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...