Rabu, 23 Disember 2015

KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD

                                                  

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Berkata nabi Musa a.s: Ya Tuhanku! Engkau telah anugerahkan segala kebaikan untuk Ahmad (Muhamamad) dan umatnya, maka jadikanlah aku dari umatnya!

Berfirman Allah dalam Al Quran: “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah memilih engkau dari antara manusia untuk menyampaikan perutusanKu dan percakapanKu, maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu, dan hendaklah engkau menjadi orang-orang anyg bersyukur.” (Al-A`raf:144).

Musa berkata: Ya Tuhanku! Adakah Engkau telah menciptakan seorang makhluk yang lebih mulia disisi-Mu daripadaku. Engkau telah memilihku dari antara banyak manusia dan berkata-kata padaku di gunung Thur Sina.

Berfirman Allah: Wahai Musa! Tidakkah engkau mengetahui bahawa Muhammad itu lebih mulia disisi-Ku dari sekalian makhluk-Ku. Dan sudah Aku teliti semua kalbu hamba-hamba-Ku, maka tiadalah Aku dapati suatu kalbu pun yg lebih merendah diri dari kalbumu. Sebab itulah Aku memilihmu dari sekalian manusia untuk engkau menyampaikan perutusan-Ku dan percakapan-Ku, dan hendaklah engkau mati dlm keadaan mengesakan Aku (tauhid) dan juga mencintai Muhammad SAW.

Berkata Musa a.s: Ya Tuhanku! Adakah di atas muka bumi ini suatu kaum yang lebih mulia di sisiMu daripada umatku. Engkau telah melindunginya dengan awan gemawan. Engkau turunkan dari langit makanan Man dan Salwa untuk mereka.

Berfirman Allah: Wahai Musa! Tidakkah engkau mengetahui, bahawasanya kelebihan umat Muhammad atas sekalian umat yang lain, laksana kelebihan-Ku atas sekalian makhluk-makhluk-Ku.
Berkata Musa a.s: Ya Tuhanku! Berilah aku melihat mereka (umat Muhammad)!

Berfirman Allah: Engkau tidak akan dapat melihat mereka. Tetapi jika engkau mahu mendengar suara mereka, bolehlah Aku dengarkan.

Berkata Musa a.s: Baiklah, aku suka.
Berfirman Allah Ta`ala: Wahai umat Muhammad! Maka sekalian umat Muhammad menyahut dengan suara yang keras:
Labbaikallahumma Labbaika! (Kami menyahut, duhai tuhan, kami menyahut), padahal ketika itu mereka sekalian masih berada di dalam tulang-tulang sulbi bapa-bapa mereka (masih belum dilahirkan lagi)

Maka berkata Allah Ta`ala: RahmatKu dan salam sejahteraKu atas kamu. Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku, dan keampunan-Ku mendahului penyiksaan-Ku. Ketahuilah bahawasanya Aku telah mengampuni kamu sekalian sebelum kamu memohon ampun kepada-Ku. Aku telah mengabuli kamu sebelum kamu memohon kepada-Ku. Aku telah memberi kamu sebelum kamu meminta kepada-Ku. Lantaran itu, barangsiapa di antara kamu yang menemui-Ku sedang dia menyaksikan Laa Ilaaha Illallaah wa-anna Muhammadar Rasulullah (tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad Rasulullah) niscaya Aku mengampuni segala dosanya.

Berkata Rasulullah SAW: Allah SWT ingin memberi kurnia-Nya kepadaku dengan menfirmankan ayat berikut: Dan tiadalah engkau (Muhammad) di penjuru gunung Thur Sina, ketika Kami menyeru. Yakni umatmu sehingga Musa a.s dapat mendengar percakapan mereka.
Selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad SAW.


http://amalan-harian.blogspot.com/2012/05/kelebihan-umat-rasulullah-saw-menurut.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...