Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30
pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah SAW dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah SAW dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa
wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di
tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim
piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku."
Rasulullah SAW mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil
pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupa-rupanya beliau berada di
syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
dari telaga Nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan
kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.
"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di
neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat
mentaatimu dan menurut perintah agama" Lalu dijawab oleh ayahnya.
"Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah
dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia".
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku
lantas menceduk sedikit air menggunakan tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan
mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa
engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak
henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah SAW kemudian meletakkan tongkatnya ke
tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari
Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah
agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaran-Nya tangan gadis tersebut
sembuh.Rasulullah SAW lantas berkata,
"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan
berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya
terampun. In Shaa Allah.
Wallahua'lam
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan