Jumaat, 28 April 2017

Rahmat Di Sebalik Musibah...

    Tazkirah-Ebit Lew
    Baru-baru ini semasa saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebuah kereta depan mata saya dibawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..                                              
    Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..                                                                                                                
    Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..                                          
    Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..                                                                                                                  
    Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..                                                                          
    Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Saya salah seorang datang..saya datang seorang jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu..                                        
    Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2 malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. You paling murah dan saya terkejut bila kereta you teruk tapi you senyum dan kata ini semua takdir Allah.                                                                        
    Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan di sebalik semua kesedihan yang kita lalui.
    Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibu bapanya..                                                                                                            
    Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..
    Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..                                                                                                                                              
    Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..
    Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..                                                                            
    Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..                                                                                      
    Belajarlah melihat di sebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..
    Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yan berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah.

Inilah Satu Amalan yang Dapat Menyelamatkan Kita di Akhirat - Ustadz Kha...

Khamis, 27 April 2017

LUAR BIASA BAGI YANG MEMBACA AL-QUR'AN

Berkata Abdul Malik bin Umair:
"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-Qur'an ".

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-Qur'an ".

Berkata Al-imam Qurtubi:"Barang siapa yang membaca Al-Qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah. "Perbanyaklah membaca Al-Qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah:"Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-Qur'an,  maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".

Berkata Abu Zanad:"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan pada nya ada yang membaca Al-Qur'an".

Berkata Shaikhul Islam Ibnu Taimiyyah: "Tidak ada sesuatu yang lebih bisa memberikan nutrisi otak, kesegaran jiwa, dan kesihatan tubuh serta mencakup segala kebahagiaan melebihi dari orang yang selalu melihat kitabullah Ta'ala".

Bergantunglah pada Al-Qur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan. 
Allah berfirman: "ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mahu mentadaburi ayat-ayatnya".

Berkata sebahagian ahli tafsir Al-Qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Saya memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada saya dan kalian semua untuk selalu membaca Al-Qur'an dan mengamalkan kandungannya". 


Bila anda Cinta pada Al-Qur'an maka sebarkanlah

Rabu, 19 April 2017

Wanita Ahli Syurga

عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا

Dari Imran bin Abu Bakar dia berkata; telah menceritakan kepadaku 'Atha` bin Abu Rabah dia berkata; Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku; "Mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita ahli syurga?" jawabku; "Tentu." Dia berkata; "Wanita berkulit hitam ini, dia pernah menemui Nabi SAW sambil berkata; "Sesungguhnya aku menderita epilepsi dan auratku sering terbuka (sehingga) dilihat orang (ketika penyakit itu datang), maka berdoalah kepada Allah untukku." Baginda bersabda: "Jika kamu bersabar maka bagimu syurga, dan jika kamu mahu  maka aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menyembuhkanmu." Wanita itu lalu  berkata; "Baiklah aku akan bersabar." Wanita itu berkata lagi; "Namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap." Maka baginda mendoakan untuknya." (HR Bukhari No: 5220) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Setiap penyakit itu datang daripada Allah.
2. Berusaha dan berikhtiar merawat penyakit juga dituntut, disamping berdoa untuk kesembuhan.
3.  Bersabar dan reda terhadap ujian penyakit dengan tidak mengeluh dan marah terhadap takdir Allah. Tahan lisan dari mengeluh, marah, atau ucapan lain yang menunjukkan tidak menerima takdir Allah.
4.  Berdoa agar Allah memelihara diri sepanjang kita menghadapi kesakitan tersebut.
5.  Orang yang bersabar dan reda menghadapi ujian penyakit, dijanjikan sebagai calon ahli syurga seperti wanita diatas.

Isnin, 17 April 2017

UTAMAKAN IBU - Touching

From Muhammad Zahir
"Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!"   jawabnya dengan gelisah..
Dalam dunia ini,  bila anak-anak berebut hendak membela ibu memang ramai,  apatah lagi kalau ibu itu seorang yang amat disayangi oleh anak-anak dan cucu-cucunya.
Tetapi berebut hendak membela ayah yang telah tua dan uzur agak kurang.

Kali ini saya hendak paparkan satu kisah yang sungguh indah.
Setelah hampir 20 tahun berpisah.  Akhirnya saya bertemu semula dengan seorang sahabat.

Kami dulu satu pejabat,  dan hubungan kami memang rapat.  Waktu itu kehidupannya agak susah.
Dan sahabat saya itu kerap meminjam dari saya.
Tidak banyak.  Ada ketikanya RM5.  RM10.  Bukan untuk dirinya,  tetapi keperluan untuk keluarganya.
Tiap kali dapat gaji.  Bila dia hendak membayar semula hutangnya,  saya akan menolaknya.
"Dah, dah, aku halalkan,  cuma tolong doakan supaya aku masuk syurga." Itu sahaja permintaan saya kepadanya.

Memang dia serba salah dengan penolakan saya,  tetapi saya buat selamba.
Satu hari,  kami sama-sama diarahkan ke Kuala Lumpur.  Kebetulan pula motor saya rosak waktu itu. Jadi,  saya tiada pilihan,  saya menumpang motornya.

Dipertengahan jalan.  Sebaik tiba di Tol Batu Tiga.  Tiba-tiba sahaja dia beristighfar agak kuat.
Motor diberhentikan di tepi jalan.
"Feroz,  aku nak patah balik!"   katanya dengan wajah cemas.
"Apa hal?"   

"Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!"   jawabnya dengan gelisah..
Tidak sempat saya hendak berfikir,  tidak sempat hendak memberikan jawapan,  terus saja dia memecut dan berpatah balik.

Pelbagai persoalan bermain di minda saya.
'Gila ke hapa dia ni!  takkan tak ada orang nak isi air dalam termos mak dia?'   sejujurnya hati saya agak panas dengan tindakan sahabat saya itu.

Bayangkan waktu itu sudah pukul 10 pagi.  Mesyuarat di KL pukul 11 pagi.
Waktu itu,  langit menghala ke KL telah mendung.
Sah,  memang tak sempat !

Sebaik tiba di rumahnya.  Dia terus menerjah masuk ke dalam.  Seketika dia keluar. "Feroz,  tungggu sekejap ya,  aku tunggu air masak,  sekejap je lagi."
Dengan hati yang panas,  saya mengangguk.

Tidak lama, urusannya selesai dan kami bertolak semula ke KL.
Kali ini baru saya dapat merasakan satu keanehan.  Ya, satu keanehan.  

Sepanjang perjalanan,  hujan langsung tidak turun,  walaupun langit KL waktu itu telah gelap dan angin bertiup agak kencang.
Sebaik masuk ke dalam bangunan.  Barulah hujan turun selebat-lebatnya dan menggila !

Dan bila saya pandang jam tangan - 10.50 pagi !
Sedangkan sahabat saya langsung tidak memecut.
Saya mendiamkan diri.  Pelbagai persoalan mengasak minda saya.
Usai mesyuarat dan selesai segala urusan.  Petang itu kami balik bersama.

Dipertengahan jalan,  kami singgah di sebuah restoran mamak.
Sedang enak menjamu selera,  barulah saya tanya dengan cermat dan bersopan.
"Kat rumah engkau tak ada orangkah selain mak engkau?"
"Tak."   jawabnya sepatah.

"Sebenarnya,  abang aku tinggal di rumah sendiri,  tak jauh dari rumah aku.  Isteri aku awal pagi dah naik bas kilang,  anak-anak aku semua dah pergi sekolah."    dedah sahabat saya sambil menyuap makanan dengan begitu berselera.

"Mak aku tu, dia tak larat buat kerja rumah,   jadi sebelum pergi kerja,  aku akan siapkan air panas dan sedikit makanan di sebelah katil,  so dia mudah capai dan alas perut sementara aku balik kerja."

"Pagi tadi aku terlupa siapkan air panas ..."   sahabat saya merenung jauh sambil mengunyah makanan.
YA ALLAH.  YA RABBI.  SubhanaAllah.

Sanggup patah balik ke rumah,   semata-mata untuk memenuhi keperluan seorang ibu ?
Saya.   Ya saya sendiri.  Kalau terlupa bawa dompet,  saya teruskan sahaja perjalanan.  Tapi kalau terlupa bawa telefon bimbit,  besar kemungkinan saya akan berpatah balik.

Tapi sahabat saya.  Kerana terlupa siapkan air panas untuk ibunya.  Dia BERPATAH BALIK !

Kini,  ibunya telah tiada.  Isterinya juga telah meninggal dunia kerana kanser.
Sahabat saya menjadi rebutan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tinggal bersama mereka.
Kami bertemu semula di suatu majlis baru-baru ini.

Usai makan,  kami bersembang bertanya khabar.  Tiba-tiba berlaku pertengkaran di antara anak-anaknya.
"Eh, engkau dah ambil Baba 2 hari,  engkau pulak hari tu dah bawa Baba pergi round Singapura,  kali ni sorry, turn aku pulak nak suruh Baba tinggal rumah aku!"

Sahabat saya tertawa berdekah-dekah sambil menggaru kepalanya.
"Ok, ok, ok macam ni ... biar Baba tinggal dengan Usu pulak."   sahabat saya memberikan solusi dan kata putus.
Melihat saya yang berdiam diri.  Sahabat saya akhirnya meluahkan rasa.

"Feroz,  anak-anak akulah harta yang paling membahagiakan aku sekarang.  Dulu,  aku selalu berhutang dengan engkau,  hari ini, orang lain pula berhutang dengan aku."

'Sahabat,  engkau bahagia hari ini kerana engkau telah MEMBAHAGIAKAN IBU MU!' Namun kata-kata itu tidak terluah dari kerongkong saya.

HargailahIbuDanBapaMu

Sabtu, 15 April 2017

ISRA' DAN MI'RAJ MERUPAKAN UJIAN BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN

Gambar hiasan
Di bulan Rajab tepatnya di malam 27 Rajab ada satu peristiwa yang sangat istimewa bagi Nabi Muhammad ﷺ, iaitu peristiwa bertemunya seorang hamba dengan Allah ﷻ , peristiwa ini diabadikan oleh Allah ﷻ di dalam firmanNya:

قال الله تعالى: ﴿سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنْ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ﴾ الإسراء: ١ 
ُ
Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. [QS. Al-Isra': Ayat 1]

Peristiwa Isra' Mi'raj selain  istimewa dan sangat berkesan bagi Nabi Muhammad ﷺ , peristiwa itu juga sebagi ujian bagi umatnya yang mengaku beriman kepada Nabi Muhammad ﷺ , apakah dia benar-benar beriman kepada kabar yang dibawakan oleh Nabi Muhammad ﷺ mengenai peristiwa ini !

Sebagaimana yang telah dikisahkan di dalam satu hadits yang bersumber dari Ibnu Abbas didalam kitab Tafsir Al-Munir juz.1 hal. 519 : ketika Nabi Muhammad ﷺ datang dari perjalanan isra' dan Mi'raj, beliau langsung menceritakan peristiwa tersebut kepada Ummu Hani, setelah bercerita maka Nabi Muhammad ﷺ bergegas ingin keluar menuju kemasjid dan ingin menceritakan peristiwa tersebut kepada penduduk Makkah, namun Ummu Hani menarik baju Baginda ﷺ ,

Nabi ﷺ berkata : "Apa yang kamu lakukan kepada aku?" Ummu Hani menjawab : "Aku sangat khawatir manusia dan kaum-Mu akan mendustkan engkau, dan mengingkarinya apabila kamu menceritakan kepada mereka tentang peristiwa tersebut", Baginda bersabda : "Walaupun mereka mengingkari cerita tentang peristiwa yang telah aku alami, aku tetap harus menyampaikannya".

Kemudian Keluarlah Nabi Muhammad ﷺ dari rumah Ummu hani menuju ke masjidil haram, yang pertama kali menghampiri Nabi Muhammad ﷺ adalah Abu Jahal lalu Nabi ﷺ menceritakan tentang peristiwa isra' , Abu jahal tercengang kaget dan berseru : wahai penduduk Makkah keluarlah semua Muhammad punya cerita hebat, berkumpul-lah penduduk Makkah maka Nabi Muhammad ﷺ mengulangi cerita yang telah diceritakan kepada  Abu Jahal.

Maka di antara orang-orang yang mendengar cerita tersebut ada yang bertepuk tangan, ada yang meletakkan tangannya di atas kepala karena heran dan ingkar atas peristiwa tersebut, bahkan di antara mereka ada yang murtad kembali kufur kerana imannya yang lemah tidak bisa menerima kisah peristiwa tersebut.

والله أعلم....

Walaupun kita tidak pernah bertemu Nabi Muhammad ﷺ , kita tidak hidup di zaman Baginda ﷺ, namun kita diberi hidayah oleh Allah ﷻ sehingga kita dapat percaya dengan kabar yang datang dari Nabi Muhammad ﷺ .

Nabi Muhammad ﷺ adalah penghulu anak Adam dan Makhluk yang paling Mulia

Nabi Muhammad ﷺ adalah penghulu anak Adam dan Makhluk yang paling Mulia

وفي الصحيحين ، من غير وجه ، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو سيد ولد آدم ، وأكرم الخلائق على الله عز وجل أنه قال : " آتي تحت العرش ، وأخر لله ساجدا ، ويفتح علي بمحامد لا أحصيها الآن ، فيدعني ما شاء الله أن يدعني ، ثم يقول : يا محمد ، ارفع رأسك ، وقل يسمع واشفع تشفع " . قال : " فيحد لي حدا ، فأدخلهم الجنة ، ثم أعود " ، فذكر أربع مرات ، 

Di dalam kitab Sahihain disebutkan melalui berbagai jalur dari Rasulullah ﷺ , adalah penghulu anak Adam dan makhluk yang paling mulia, di sisi Allah ﷻ

Disebutkan bahwa nabi ﷺ bersabda:
Aku datang ke bagian bawah Arsy dan aku tertunduk bersujud kepada Allah ﷻ , lalu Allah ﷻ mengajariku pujian-pujian yang tidak dapat aku hitung jumlahnya sekarang, dan Allah membiarkan aku selama waktu yang dikehendakiNya. Setelah itu Allah ﷻ berfirman, "Hai Muhammad, angkatlah wajahmu, dan Berkatalah, pasti di dengar. Dan mintalah syafaat, pasti diberi izin memberi syafaat.” Lalu Allah ﷻ memberikan batasan sejumlah tertentu, maka aku masukkan mereka ke dalam surga, lalu aku meminta lagi.
Nabi ﷺ dalam hadisnya ini menyebutkan bahwa beliau melakukan hal tersebut sebanyak empat kali.

صلوات الله وسلامه عليه وعلى سائر الأنبياء . 

Semoga shalawat dan salam selalu terlimpahkan kepadanya, juga kepada segenap para nabi.

والله أعلم....

Di kutib dari Tafsir ibnu katsir  Surat Thaha: 109

Tum Hi Ho Versi Sholawat Nabi (Ya Nabi Sallam) Cover by Aden deni feat S...

Jumaat, 14 April 2017

SUMAYYAH BINTI KHAYYAT, SYAHIDAH PERTAMA


SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa. Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad. Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman.

Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di mekah. Orang itu adalah suhaib yang baru tiba dari negeri rom. Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran islam daripadanya. Kedua-dua pemuda itu beriman dengan nabi muhammad dan menjadi orang islam. Tanpa berlengah lagi, ammar terus kembali kerumahnya. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud islam. Ammar menyampaikan seruan yang di bawa oleh nabi muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di mekah. Seterusnya, ammar mengajak kedua ibu bapanya memeluk islam.

Sumayyah dan suaminya, Yasir bersetuju memeluk islam. Sumayyah adalah orang ke-7 beriman dengan Nabi Muhammad dan memeluk agama islam pada usia yang tua. Apabila majikan dan kaum Makhzum mengetahui Sumayyah dan ahli keluarganya mengikut agama islam yang di seru Nabi Muhammad, mereka marah dan menganggap seluruh keluarga Sumayyah sebagai orang gila. Apatah lagi Sumayyah dan ahli keluarganya berani menonjolkan diri sebagai orang islam. Mereka tidak merahsiakan keimanan kepada seruan yang di bawa oleh Nabi Muhammad. Majikannya dan kaum Makhzum menganggap ahli keluarga Sumayyah sebagai berani menunjukkan tentangan dan cabaran kepada mereka. Selama ini, mereka melarang dan memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang menerima ajaran Nabi Muhammad akan menerima balasan.

Penyeksaan
Keluarga sumayyah menerima siksaan yang berat. Mereka sekeluarga di bawa dan diheret keluar dari bandar mekah. Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka di ikat pada batu ataupun kayu. Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan di lakukan keatas mereka. Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki. Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat. Namun, iman Sumayyah tetap utuh. Dia bersabar atas segala ujian yang diterima. Dia memperhtahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali. Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu. Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah.

Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya. Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar. Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah. Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam. Nabi Muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, "Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesungguhnya kamu akan dimasukkan ke dalam syurga.


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1154.0

JUMHUR ULAMA MENGATAKAN SAMPAINYA PAHALA BACAAN AL-QUR’AN BAGI MAYYIT

Imam An-Nawawi berkata di dalam kitab al-Adzkar," Para ulama berselisih tentang sampainya pahala bacaan Al-Qur’an terhadap orang mati, pendapat yang masyhur dalam madzhab Syafi'i tidak sampai, adapun imam Ahmad bin Hanbal dan banyak pengikut Syafi'i yang sependapat dengan Imam Ahmad tentang sampainya pahala bacaan Al-Qur’an.

Solusinya adalah jika seorang membaca Al-Qur’an untuk orang yang telah meninggal, hendaknya dia membaca

اللهم أوصل ثواب ما قرانا لفلان

"Ya Allah sampaikan pahala yang kami baca kepada fulan"
(seperti umumnya doa yang yang banyak dibaca muslimin dalam doa tahlil).
Dengan doa ini maka tidak ada khilaf menurut semua ulama.

Imam Nawawi adalah pengikut setia Imam Syafi'i berpendapat bahwa bacaan Al-Qur’an sampai pahalanya kepada mayit mengikuti pendapat jumhur ulama.

Ibnu Qayyim berkata," bahawa madzhab Imam Ahmad dan jumhur ulama salaf menyatakan pahala bacaan Al-Qur’an pada mayit itu sampai. Dia menceritakan bahawa Imam Ahmad menganjurkan untuk membaca ayat kursi dan surat al-Ikhlas tiga kali lalu bacalah doa agar Allah ﷻ menyampaikan pahala bacaan tersebut untuk ahli kubur.

Ibnul Qayyim berkata," Sebahagian ahli bid'ah menyatakan bahawa pahala bacaan itu tidak sampai."
Ibnul Qayyim mengatakan bahawa ahlul bid'ah adalah yang mengatakan doa dan bacaan Al-Qur’an tidak sampai, bukan yang meyakini bahawa doa itu sampai.!!

Begitu di jelaskan oleh Alhafidh dalam kitab Aljawab Alkafi terkait sampainya pahala bacaan Al-Qur’an, Ibnu Rusyd dalam Al-bidayah, Ibnu Hilal dalam An-Nawazil, silahkan baca kitab ar-Ruh karya Ibnul Qayyim.

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulallah ﷺ memberi izin pada wali si mayit untuk menghajikan dan menunaikan umrah untuk mayit, di dalam haji dan umroh ada shalat dan bacaan Al-Qur’an, oleh sebab itu ditetapkan secara Qiyas kebolehan membaca Al-Qur’an pada orang telah meninggal.

Segala ibadah yang sah maka ia mempunyai pahala, dan pahala adalah milik pelakunya, maka jika pemilik pahala tersebut menghadiahkan kepada orang lain dengan niat atau ucapan, niscaya Allah ﷻ akan menyampaikan.

Jika mati anak Adam maka terputus amalnya kecuali tiga hal, begitu disebut dalam hadits. Sebahagian dari sahabat-sahabat wahabi menafikan bacaan untuk orang mati, kerana terputus amalnya.

Tanggapan pendapat ini adalah yang terputus amal si mayit bukan amal orang yang hidup, oleh kerananya kita di anjurkan shalat pada mayit yang di dalam nya ada bacaan Al-Qur’an (al-fatihah), shalawat dan doa.

Dan bukankah kita melakukan shalat tersebut setelah kematian si mayit ?

والله أعلم....
Abu Hasan  حفظه الله

Ahad, 9 April 2017

MENGENAL KUALITI ROH

Gambar hiasan
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah, dan Abu Dawud meriwayatkan dari Abu Hurairah secara marfu’;

*الْأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فما تَعَارَفَ منها ائْتَلَفَ وما تَنَاكَرَ منها اخْتَلَفَ*

*“Roh-roh itu kelompok-kelompok yang menyatu; yang saling mengenal di antaranya menyatu, dan yang tidak mengenal di antaranya memisah.”*

Orang baik menyukai orang yang baik pula, dan orang jahat condong pada orang yang jahat pula. Dengan demikian, roh saling mengenali melalui kesamaan tabiat baik dan buruk sesuai penciptaannya. Manakala bentuknya memiliki kesamaan, roh-roh saling mengenal dan menyatu., dan ketika berbeda satu sama lain, roh saling menjauh dan tidak mengenal.

Kedua jenis roh ini diciptakan dengan watak perbedaan ataupun kesamaan yang telah dibahagi untuk masing-masing dari keduanya, sehingga siapa yang memiliki cinta, ia orang jujur beriman, dan siapa yang suka menyakiti, ia munafik.

*Al-Baihaqi berkata, “Aku bertanya kepada Hakim Abu Abdullah Al-Hafizh tentang makna hadits ini. Ia menjawab, ‘Masing-masing dari hati orang mukmin dan orang kafir hanya merasa tenang kepada orang yang sama sepertinya’.”*

Beruntunglah jika hati kita cinta pada ulama, habaib, kyai, penyeru kebaikan dan merasa nyaman di sisi mereka. Dan segera kembalilah ke jalan Allah jika Anda merasa lebih nyaman bersama pembenci ulama.

*Hadits Rasulullah SAW bukan ramalan!!*

HISAB MERUPAKAN BAHAGIAN DARI AZAB.

Ustaz Ja’far bin Abdulqodir alhaddar

Tatkala hari kiamat tiba, seluruh manusia dibangkitkan dan dikumpulkan di satu tempat. Di situ mereka dimintai pertanggung-jawaban atas semua amal yang telah mereka perbuat selama hidup di dunia. Mereka juga ditanya ihwal harta yang telah dilimpahkan kepada mereka kemudian dihisab (diperhitungkan) di hadapan Allah swt. Hisab termasuk salah satu bentuk azab Allah swt.  Di antara penyebab lamanya hisab seorang hamba adalah banyaknya harta. Dikisahkan bahwasanya Nabi Sulaiman adalah Nabi yang paling lama hisabnya disebabkan baginda adalah Nabi yang paling kaya di dunia. Di dalam kitab Mirqaatul Mafaatih juz 14 halaman 288 disebutkan,

وورد أن سليمان عليه السلام يدخل الجنة بعد الأنبياء بخمسمائة عام

Telah datang riwayat bahawa Nabi Sulaiman as menjadi Nabi yang terakhir masuk syurga. Baginda melewati pintu syurga setelah seluruh para Nabi dan Rasul dengan perbezaan waktu Lima Ratus Tahun.

Sementara dalam kitab Ihya 3/238 disebutkan;

وفي الخبر عن النبي صلى الله عليه وسلم: ” آخر الأنبياء دخولاً الجنة سليمان بن داود عليهما السلام لمكان ملكه

Dalam sebuah hadits , Nabi SAW bersabda, “Nabi yang paling akhir masuk syurga adalah Nabi Sulaiman bin Dawud ‘Alaihimassalam. Hal itu disebabkan lamanya proses hisab harta dan kekuasaannya.”

قال بشر بن الحارث رحمه الله تعالى : من سأل ربه الدنيا فقد سأل طول الوقوف بين يديه – يعني : للحساب.

Bisyir bin Al-Haris berkata “Barangsiapa meminta dunia (harta ) kepada Allah swt, maka bererti dia telah meminta berdiri lama (hisab yang lama) di hadapan Allah swt.”

قال بعض السلف : مسكين ابن ادم ، رضي بدار حلالها حساب، وحرامها عذاب، ان أخذه من حله حوسب بنعيمه، وان اخذه من غير حله عذب به.

Salaf kita berkata ” Manusia ini kasihan, dia suka dengan dunia yang halalnya berakibat hisab dan haramnya berakibat azab, apabila dia mendapatkan harta dunia dari cara yang halal maka dia akan dihisab atas kenikmatannya, apabila dia mendapatkan harta dunia dari cara yang tidak halal maka dia akan di azab. ”

Mudah-mudahan Allah swt mempercepat hisab kita kelak di akhirat. Amiiin

Wallahu a’lam

Opick feat. Adiba - Terima Kasih Ayah | Official Video

INDAHNYA PERBEDAAN

Al-Imam Kamaluddin Ad-Damiry bercerita :

روي أن الرشيد أعطاه ثلاثة ألاف دينار فأخذها ولم ينفقها فلما أرد الرشيد الشخوص الى العراق قال لمالك : ينبغي أن تخرج معنا فإني عزمت أن أحمل الناس على الموطاء كما حمل عثمان رضي الله عنه الناس على القرآن فقال له : أما حمل الناس على الموطاء فليس إلى ذلك سبيل فإن أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم افترقوا بعده فى الأمصار فحدثوا فعند أهل كل مصر علم وقد قال صلى الله عليه وسلم : إختلاف أمتي رحمة

Suatu hari Sultan Harun Ar-Rasyid memberikan wang sejumlah 3.000 Dinar kepada Imam Malik rohimahullah, beliau menerimanya tetapi tidak memakainya. Setelah Ar-Rasyid hendak berangkat ke Irak, dia berkata kepada Imam Malik; "Sebaiknya kau ikut aku, aku ingin mengajak ummat untuk menjadikan kitab Muwattho' sebagai rujukan sebagaimana dulu Sayyidina Utsman mengajak ummat untuk merujuk pada Al-Qur'an yang beliau tetapkan (Mushaf Utsmani)".

Imam Malik menjawab;  "Menggiring ummat agar ikut Muwattho' sepertinya tidak ada jalan paduka, kerana Sahabat Baginda Rasulullah SAW setelah beliau meninggal menyebar ke pelosok kota, jadi setiap kota sudah pasti ada ulama-nya, dan Baginda Rasulullah SAW bersabda; "Perbedaan ummatku adalah rahmat". Hayatul Hayawan jilid 2 hal. 476)

Imam Malik rahimahullah telah mencontohkan sebuah kewara'an yang luar biasa dan juga bagaimana cara menghargai sebuah perbedaan, seakan-akan beliau berpesan kepada kita semua agar tidak pernah berusaha memaksa ummat untuk mengikuti satu madzhab, sebagaimana beliau tidak mahu jika ummat semuanya ikut mazhab Maliki, apalagi jika sampai melarang ummat untuk mengikuti mazhab lain.

Adapun makna hadits yang terdapat pada cerita di atas menurut Al-Imam Al-Qutb Abdul Wahhab As-Sya'rani adalah :

« إختلاف أمتي رحمة » اي توسعة عليهم وعلى أتباعهم فى وقائع الأحوال المتعلقة بفروع الشريعة وليس المراد إختلافهم فى الأصول كالتوحيد وتوابعهم

Makna rahmat pada hadits tersebut adalah memberikan keleluasaan terhadap ummat dan para pengikutnya di dalam hal yang bersifat waqi'iyah (yang sudah terjadi) dalam masalah furu'iyah bukan berbeda dalam masalah ushul (pokok) seperti tauhid dan lain-nya.

Oleh sebab itulah ulama salaf tidak suka dengan istilah ikhtilaf (berbeda), mereka lebih senang dengan istilah tausi'ah (memberi keleluasaan) kerana khawatir orang awam salah dalam memahami-nya.

Bahkan Imam Sufyan Al-Tsaury berkata:
لاتقولوا إختلف العلماء فى كذا وقولوا وسع العلماء على الأمة بكذا

"Jangan pernah kalian berkata, ulama berbeda (pendapat) dalam hal ini, tapi katakanlah, ulama memberi keluasaan kepada ummat dalam hal ini. [Al-Mizan Al-Kubro juz 1 hal. 25]

والله أعلم....

Faidah dari ustadz Abdul Muhshi حفظه الله

Sabtu, 8 April 2017

YA ALLAH JADIKAN KAMI DALAM BARISAN NABI DAN PARA ULAMA

Gambar hiasan
AL-BUKHARI DAN MUSLIM meriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad ra., ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda,

*لَيَدْخُلَنَّ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي سَبْعُونَ أَلْفًا أَوْ سَبْعُ مِائَةِ أَلْفٍ مُتَمَاسِكُونَ آخِذٌ بَعْضُهُمْ بَعْضًا لَا يَدْخُلُ أَوَّلُهُمْ حَتَّى يَدْخُلَ آخِرُهُمْ وُجُوهُهُمْ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ*

*‘Sungguh, tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu di antara umatku akan masuk syurga, mereka saling berpegangan satu sama lain, tidaklah yang terdepan masuk syurga hingga yang paling belakang masuk, wajah mereka seperti bulan malam purnama’.”*

At-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Umamah ra., ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda,

*وَعَدَنِي رَبِّي أَنْ يُدْخِلَ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي سَبْعِينَ أَلْفًا لَا حِسَابَ عَلَيْهِمْ وَلَا عَذَابَ مَعَ كُلِّ أَلْفٍ سَبْعُونَ أَلْفًا وَثَلَاثُ حَثَيَاتٍ مِنْ حَثَيَاتِهِ*

 *‘Rabbku berjanji padaku untuk memasukkan tujuh puluh ribu umatku ke dalam syurga tanpa hisab tanpa azab, bersama setiap seribu ada tujuh puluh ribu lain dan tiga kali cidukan tangan-Nya’.”*

Kami yakin  orang-orang yang selamat kelak adalah orang yang mengimani dan taat pada syariat Allah dan Rasul-Nya.

Ya Allah bimbing kami pada jalan-Mu, beri kami kekuatan untuk meninggalkan siapa pun yang menjadikan kami tertupus hubungan dengan Nabi, Ahlulbait, sahabat dan para ulama yang Kau redai

*يارب بِالنبي واله واصحابه*

RASULULLAH MEMBERI AMPUN KEPADA HABBAR BIN ASWAD

    Habbar bin Aswad telah menyebabkan puteri Rasulullah saw, Zainab cedera parah semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah. Musyrikin Mekah telah menyekat rombongan Zainab dan Habbar sengaja menarik Zainab yang berada di atas unta sehingga menyebabkan Zainab jatuh tersungkur ke tanah. Lebih menyedihkan, Zainab yang ketika itu sarat mengandung telah mengalami keguguran.
                                                                                                                                                   Habbar bin Aswad turut melakukan pelbagai kesalahan lain terhadap para sahabat baginda. Semasa peristiwa Futuh Mekah, Habbar bin Aswad di antara senarai individu yang akan dihukum pancung. Mendengar berita tersebut, Habbar terus bergegas untuk melarikan diri ke Parsi. Entah bagaimana, Habbar telah datang kepada Rasulullah saw dan memeluk Islam.
                                                                                                                                                   Beliau berkata, “Wahai Rasulullah, aku hendak lari ke Parsi tetapi aku teringat akan kebaikan dan sifat pemaafmu. Apa yang kau dengar mengenai diriku semuanya benar. Aku mengakui kejahilan dan kejahatan yang telah aku lakukan. Sekarang aku datang untuk memeluk Islam.”
                                                                                                                                                            Respon baginda terhadap beliau sangat tidak disangka-sangka. Rasulullah saw ternyata gembira dengan keislaman Habbar bin Aswad sehingga Rasulullah saw membatalkan segala hukuman terhadap Habbar. (Ibnu Ishak dan Asabah, Habbar)

    http://delisufi.blogspot.my/search/label/Akhlak%20Pemaaf%20Rasulullah


* TARGHIB MASYAIEKH *-DAKWAH

Muhammad Zakir
Maulana Ilyas Rah.a. katakan :
“Benteng terbesar bagi orang beriman adalah Dakwah. Hidupkan suasana dakwah maka Iman akan terjaga.”

Dakwah jika benar dilaksanakan dengan tertib maka musuh bisa menjadi kawan. Sedangkan dakwah yang tidak dilaksanakan dengan benar bisa membuat kawan menjadi musuh.

Usaha da'wah tabligh akan menjadikan orang yang paling buruk di dunia menjadi yg terbaik. Sebagaimana melalui usaha da'wah nya tabligh Rasulullah SAW, Umar bin Khatab ra dari ingin jadi pembunuh Nabi menjadi Amirul Mu'minin, Khalid bin Walid ra pembunuh 70 sahabat menjadi saifullah pedang ALLAH SWT.

Tetapi sebaliknya ALLAH SWT akan jadikan orang2 baik menjadi orang terburuk melalui kerja ini apabila dalam kerja ini ada maksud2 dunia dalam kerja ini. Mencari jabatan, mencari dunia, mengambil manfaat dari jamaah maka ALLAH SWT akan palingkan hatinya dr akhirat ke dunia. Dia akan jadikan agama sebagai jalan utk dapat dunia. Sebagaiman Ibnu Maljam hafiz Quran, ahli dzikir, tetapi membunuh Ali ra. Karena ingin kawin dng wanita cantik. Kata Rasulullah SAW seburuk buruknya manusia adalah yg membunuh Ali ra.

Buat kerja utk islah bukan untuk muslih orang lain. Merasa yg paling buruk, paling berdosa, paling tdk lurus imannya sehingga da'wahnya untuk memperbaiki diri BUKAN untuk menasehati orang lain dan merasa dirinya lebih baik dari orang lain. "Ana khairum minhu" saya lebih dari anda, adalah sifat iblis.

Klo tambah da'wahnya tapi tdk tambah islah dan istigfarnya maka yg tambah sombongnya. Buat kerja bukan dengan akal dan fikir sendiri, tapi dengan arahan. Maulana Yusuf rah berkata setiap titik dalam kerja ini harus ikut sirah nabawiah dari keberkahan kerja Rasulullah SAW dan sahabat rhum, bukan karangan saya.

Seorang dai, bukan mau mengirim musuh2 Islam ke neraka, tapi buat pengorbanan agar musuh2 Islam masuk surga. Kerja mengirim manusia ke Neraka adalah kerja iblis dan itu janji dia kepada ALLAH SWT, bahwa dia akan mengirim seluruh keturunan Adam as ke neraka bersama dia. Kerja iblis bertentangan dng kerja Nabi SAW. Nabi SAW buat kerja agar seluruh manusia masuk surga dng mengorbankan dirinya.

Umar bin Abdul Aziz rah tujuannya sama memperbaiki umat, tapi yg diperbaiki adalah dirinya dulu dengan mengorbankan kenikmatan2 dirinya sebagai raja. Maka umat di zamannya menjadi baik dia pun mulia.

Tanda Dakwah ini benar semakin hari semakin sayang kepada umat. Nabi SAW saking sayangnya kepada umat melihat orang meninggal tanpa iman beliau menangis sedih.

Tujuan kita keluar ini adalah latihan agar risau nabi bisa menjadi risau kita, fikir nabi bisa menjadi fikir kita, kerja nabi bisa menjadi kerja kita, dan kesedihan nabi bisa menjadi kesedihan kita.

Bagaimana risau dan fikir nabi SAW bisa masuk ke dalam diri kita ini perlu usaha, latihan, dan pengorbanan.

Bersedia semua buat pengorbanan ikut tertib. Insya Allah.......

Isnin, 3 April 2017

Selagi Masih Tersisa

Wahai diri dan saudaraku.
Sentiasalah kita mengawasi diri. Mengawasi niat, perbuatan dan perlakuan. Sentiasalah mengkoreksi diri, orang kata muhasabah diri, pada setiap masa, pada setiap jam, pada setiap fikir dan pandang. Adakah kesemua perlakuan itu berada dalam keredaan-Nya!
Yakinkah kita bahawa setiap fikir dan perbuatan kita benar, tindakan kita betul - tiada kesalahan apa pun!

Tanpa kita sedari atau kerana kealpaan sendiri sehingga fikiran waras kita selama ini telah pun terperangkap dengan perangkap syaitan. Disebabkan mungkin, kerana sakit hati, kerana tidak puas hati atau kerana dendam, menyebabkan tindakan salah kita itu, kita terasa benar betul dan tiada apa-apa pun.

Sedarlah segera bahawa “syaitan itu sedaya upaya tanpa berputus asa akan membawa seramai mungkin anak Adam untuk menjadi pengikutnya, kerana itu janjinya dan permintaannya kepada Allah, dan Allah memperkenankannya.

Wahai diri dan saudaraku!
Segeralah kembali ke pangkuan-Nya. Ikutilah panutan yang benar, panutan Islam dan Muhammad junjungan kekasih Allah. Selagi masa itu masih tersisa. Selagi degupan jantung masih bergerak dengan izin-Nya. Selagi lisanmu masih diberinya kesempatan untuk mengungkapkan kemaafan – mohon keampunan dan selagi wajahmu masih berupaya bersujud di hadapan Ilahi.
Ingatlah wahai diri dan saudaraku, bahawa setiap kita akan ditanya pada setiap perlakuan, setiap perbuatan walau sekecil apa pun.

Segeralah kembali wahai diri dan saudaraku. Maafkanlah semua saudara Islammu, agar mereka juga memaafkanmu, walaupun kita tidak mengetahuinya.

Selagi nafas masih tersisa
1.42 pojok sudut 4 April 2017

Ada Ketikanya



Ada ketikanya kita terasa tiada ketenangan dalam diri. Dalam fikiran atau dalam menjalani kehidupan. 
Ada ketikanya pula kegelisahan sentiasa menghantui melingkari kita. 
Sudah kita lisan dan basahi hati dan lidah dengan zikir-zikir (lisan dan zikir hati). 
Sudah kita lihat perhati renung fikir kebesaranNya, dalam memerhati kejadian keajaiban ciptaan Allah, Tuhan sekalian alam. Namun tetap juga diri dalam kegelisahan, kecelaruan dan ketidaktentuan. Mengapa?

Ustazah kata "...mungkin kita masih ada kesalahan pada sesama hamba-Nya yang belum dimaafkan. Atau kita masih ada kesalahan yang kita belum nasuhakan lagi.
Mungkin ada kesalahan pada manusia yang masih belum dimaafkan.
Atau mungkin ada hak orang yang kita belum tunaikan.
Atau mungkin juga kita telah menganiaya orang @ makhluk Allah, yang SEMUA ITU akan menghalang akan ketenangan yang diharapkan daripada amalan zikir itu, TIDAK kesampaian di dalam hati qalbu kita.

Adakah...
pojok sudut 4 April 2017

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...