Solusinya adalah jika seorang membaca Al-Qur’an untuk orang yang telah meninggal, hendaknya dia membaca
اللهم أوصل ثواب ما قرانا لفلان
"Ya Allah sampaikan pahala yang kami baca kepada fulan"
(seperti umumnya doa yang yang banyak dibaca muslimin dalam doa tahlil).
Dengan doa ini maka tidak ada khilaf menurut semua ulama.
Imam Nawawi adalah pengikut setia Imam Syafi'i berpendapat bahwa bacaan Al-Qur’an sampai pahalanya kepada mayit mengikuti pendapat jumhur ulama.
Ibnu Qayyim berkata," bahawa madzhab Imam Ahmad dan jumhur ulama salaf menyatakan pahala bacaan Al-Qur’an pada mayit itu sampai. Dia menceritakan bahawa Imam Ahmad menganjurkan untuk membaca ayat kursi dan surat al-Ikhlas tiga kali lalu bacalah doa agar Allah ﷻ menyampaikan pahala bacaan tersebut untuk ahli kubur.
Ibnul Qayyim berkata," Sebahagian ahli bid'ah menyatakan bahawa pahala bacaan itu tidak sampai."
Ibnul Qayyim mengatakan bahawa ahlul bid'ah adalah yang mengatakan doa dan bacaan Al-Qur’an tidak sampai, bukan yang meyakini bahawa doa itu sampai.!!
Begitu di jelaskan oleh Alhafidh dalam kitab Aljawab Alkafi terkait sampainya pahala bacaan Al-Qur’an, Ibnu Rusyd dalam Al-bidayah, Ibnu Hilal dalam An-Nawazil, silahkan baca kitab ar-Ruh karya Ibnul Qayyim.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulallah ﷺ memberi izin pada wali si mayit untuk menghajikan dan menunaikan umrah untuk mayit, di dalam haji dan umroh ada shalat dan bacaan Al-Qur’an, oleh sebab itu ditetapkan secara Qiyas kebolehan membaca Al-Qur’an pada orang telah meninggal.
Segala ibadah yang sah maka ia mempunyai pahala, dan pahala adalah milik pelakunya, maka jika pemilik pahala tersebut menghadiahkan kepada orang lain dengan niat atau ucapan, niscaya Allah ﷻ akan menyampaikan.
Jika mati anak Adam maka terputus amalnya kecuali tiga hal, begitu disebut dalam hadits. Sebahagian dari sahabat-sahabat wahabi menafikan bacaan untuk orang mati, kerana terputus amalnya.
Tanggapan pendapat ini adalah yang terputus amal si mayit bukan amal orang yang hidup, oleh kerananya kita di anjurkan shalat pada mayit yang di dalam nya ada bacaan Al-Qur’an (al-fatihah), shalawat dan doa.
Dan bukankah kita melakukan shalat tersebut setelah kematian si mayit ?
والله أعلم....
Abu Hasan حفظه الله
Tiada ulasan:
Catat Ulasan