Habbar bin Aswad telah menyebabkan puteri Rasulullah saw, Zainab cedera parah semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah. Musyrikin Mekah telah menyekat rombongan Zainab dan Habbar sengaja menarik Zainab yang berada di atas unta sehingga menyebabkan Zainab jatuh tersungkur ke tanah. Lebih menyedihkan, Zainab yang ketika itu sarat mengandung telah mengalami keguguran.
Habbar bin Aswad turut melakukan pelbagai kesalahan lain terhadap para sahabat baginda. Semasa peristiwa Futuh Mekah, Habbar bin Aswad di antara senarai individu yang akan dihukum pancung. Mendengar berita tersebut, Habbar terus bergegas untuk melarikan diri ke Parsi. Entah bagaimana, Habbar telah datang kepada Rasulullah saw dan memeluk Islam.

Beliau berkata, “Wahai Rasulullah, aku hendak lari ke Parsi tetapi aku teringat akan kebaikan dan sifat pemaafmu. Apa yang kau dengar mengenai diriku semuanya benar. Aku mengakui kejahilan dan kejahatan yang telah aku lakukan. Sekarang aku datang untuk memeluk Islam.”
Respon baginda terhadap beliau sangat tidak disangka-sangka. Rasulullah saw ternyata gembira dengan keislaman Habbar bin Aswad sehingga Rasulullah saw membatalkan segala hukuman terhadap Habbar. (Ibnu Ishak dan Asabah, Habbar)

http://delisufi.blogspot.my/search/label/Akhlak%20Pemaaf%20Rasulullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan