Isnin, 3 April 2017

Selagi Masih Tersisa

Wahai diri dan saudaraku.
Sentiasalah kita mengawasi diri. Mengawasi niat, perbuatan dan perlakuan. Sentiasalah mengkoreksi diri, orang kata muhasabah diri, pada setiap masa, pada setiap jam, pada setiap fikir dan pandang. Adakah kesemua perlakuan itu berada dalam keredaan-Nya!
Yakinkah kita bahawa setiap fikir dan perbuatan kita benar, tindakan kita betul - tiada kesalahan apa pun!

Tanpa kita sedari atau kerana kealpaan sendiri sehingga fikiran waras kita selama ini telah pun terperangkap dengan perangkap syaitan. Disebabkan mungkin, kerana sakit hati, kerana tidak puas hati atau kerana dendam, menyebabkan tindakan salah kita itu, kita terasa benar betul dan tiada apa-apa pun.

Sedarlah segera bahawa “syaitan itu sedaya upaya tanpa berputus asa akan membawa seramai mungkin anak Adam untuk menjadi pengikutnya, kerana itu janjinya dan permintaannya kepada Allah, dan Allah memperkenankannya.

Wahai diri dan saudaraku!
Segeralah kembali ke pangkuan-Nya. Ikutilah panutan yang benar, panutan Islam dan Muhammad junjungan kekasih Allah. Selagi masa itu masih tersisa. Selagi degupan jantung masih bergerak dengan izin-Nya. Selagi lisanmu masih diberinya kesempatan untuk mengungkapkan kemaafan – mohon keampunan dan selagi wajahmu masih berupaya bersujud di hadapan Ilahi.
Ingatlah wahai diri dan saudaraku, bahawa setiap kita akan ditanya pada setiap perlakuan, setiap perbuatan walau sekecil apa pun.

Segeralah kembali wahai diri dan saudaraku. Maafkanlah semua saudara Islammu, agar mereka juga memaafkanmu, walaupun kita tidak mengetahuinya.

Selagi nafas masih tersisa
1.42 pojok sudut 4 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...