Sabtu, 26 Mac 2011

BUMI DALAM BAHAYA


V.M. Rabolu dalam karyanya menyatakan, Hercolubus atau Planet Merah berukuran lima atau enam kali ganda planet Jupiter sekarang sedang mendekati bumi.

Beliau menggambarkan suatu bencana yang akan dialami umat manusia termasuk gempa bumi dan tsunami. Planet ini merupakan raksaksa sangat besar dan tidak dapat mengalihkannya.

Menurutnya, ada celah yang sangat besar di dasar laut, yang mana berhubungan dengan api di bumi. Oleh kerana celah pasang surut ombak laut, gempa bumi dan berbagai hal lain yang mengerikan akan terjadi di air dan di atas daratan.

Tidak ada bandar pesisir yang tidak akan dihanyutkan dan daratan mulai karam ke dalam samudera kerana poros bumi mulai bergeser hasil semua eksperimen yang dilaksanakan.

Beliau menyatakan lagi: "Kalau Hercolubus datang semakin dekat dengan bumi dan sejajar dengan matahari, wabak-wabak yang membawa maut akan mulai berkembang dan menyebar di seluruh planet. Para doktor dan ilmuwan tidak mampu mengelak penyakit ini atau menemui penyembuhnya. Mereka tidak berdaya menghadapi wabak-wabak ini, menurut beliau.

Juga pendapat lain ada mengatakan, dunia sedang beralih ke akhir zaman. Walau bagaimanapun bermacam-macam kajian dan pendapat, apa pun yang terjadi, hal itu kita serahkan kepada kekuasaan Allah SWT yang menguruskan tadbir alam ini. Allah lebih berkuasa dan mengetahui atas segala sesuatu .

Tetapi kejadian-kejadian bencana itu, kita kaitkan dengan dalil-dalil dan keterangan yang dirakamkan oleh al-Quran. Bahawa "sesuatu kepastian itu, tidak akan terjadi bencana tanpa adanya dosa manusia".

Ertinya, jika kita tertimpa bencana, cara mudah untuk mengetahuinya disebabkan oleh dosa-dosa kita.

Sementara, dosa tersebut boleh berupa dosa peribadi ataupun dosa kolektif (semua). Ketika bencana datang, ia tidak hanya menimpa orang yang berbuat dosa (zalim), namun menimpa semua orang atau negeri terlibat. Jadi ketika bencana datang, dipastikan di situ ada dosa yang dilakukan manusia.

Daripada mana kesimpulan ini diperoleh, jawapannya adalah dari al-Quran. Firman Allah bermaksud: Dan musibah apa sahaja yang menimpa kamu, maka disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan kamu). (Asy-Syura: 30).

Al-Quran mengungkapkan istilah bencana dengan bermacam kata dan disebut secara berulang kali, iaitu musibah, bala atau fitnah.

Petikan Mingguan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...