Sabtu, 5 Mac 2011

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

•Segala gerak laku kamu dengan anggota badanmu adalah merupakan nikmat daripada Allah Taala yang diberikan kepada kamu. Maka janganlah kamu mengerakkan satu pun daripada anggota badan kamu untuk melakukan sebarang maksiat
•Gunakanlah anggota badan kamu untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah Taala.
•Kecuaian menjaga anggota badan akan menimpakan akibat kepada diri sendiri.
•Janganlah bersikap mudah “Tuhan Maha Pengampun dosa-dosa hambanya yang membuat maksiat ” kerana ucapan itu benar dengan tujuan yang salah.
Ingatlah Rasulullah berpesan :
Orang cerdik ialah orang yang selalu memperhitung dirinya dan suka beramal untuk bekalan sesudah mati dan orang yang bodoh ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan di akhirat dengan pengampunan daripada Allah Taala).
(Al Tarmizi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...