Khamis, 10 Mac 2011

CARILAH KasihNYA


..... “Wahai sahabatku, dengarlah baik-baik, hendaklah engkau ingat bahawa di dalam hidup ini jangan sekali-kali engkau mengejar kasih manusia kerana ia tidak akan kekal. Hari ini ia mungkin kasih kepadamu tetapi hari esok ia akan membencimu. Walaupun engkau banyak berkorban dan berkhidmat kepada manusia tetapi jangan sekali-kali engkau menuntut kasihnya. Janganlah mencari pujian kerana ia sesuatu yang menipu. Hatta kepada anak dan isterimu, berkadarlah memberikan kasih kepada mereka, jangan berlebihan kerana ia tidak akan membantumu ketika di padang mahsyar nanti.

“Tetapi sebaliknya carilah kasih Allah kerana DIA akan tetap mengasihi hambaNYA walau apapun terjadi.
Janganlah engkau lakukan sesuatu melainkan untuk menagih kasihNYA hatta meminum segelas air pun.

Manusia beribadat untuk mendapat syurga,

..... tetapi hendaklah engkau beribadat untuk mencari kasihNYA.

Waliyullah Rabiatul Adawiyah pernah berkata; “Andainya kasih Allah itu ada di dalam neraka nesacaya aku akan terjun ke dalamnya” Itulah kalimah mereka-mereka yang arif billah”.

“Percayalah jika Allah mengasihimu maka DIA akan mencampakkan perasaan kasih di dalam hati manusia kepadamu. Oleh itu carilah kasih Allah bukan kasih manusia”



petikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...