Khamis, 3 Mac 2011

Cinta Rasul : Rasulullah Amat Dekat di Sisi Kita



Rasulullah itu tersangat hampir dengan kita dari apa yang kita tahu. Kehidupan alam semesta dan diri kita tidak akan sunyi dari ada hubungan rapat dengan Rasulullah, sama ada sedar atau tidak. Siapalah kita tanpa hubungan kasih baginda terhadap kita umatnya, walaupun ada di antara umatnya itu kafir, munafik, fasik dan orang-orang soleh.

Antara tanda hubungan kasih baginda terhadap kita :

1. Rasulullah adalah 'booster' rahmat Ilahi dalam hidup kita.

Rahmat baginda merupakan samada rahmat hidup atau rahmat syariat.

Rahmat Hidup
Segala rahmat yang kita kecapi ketika hidup, dari kita buka mata hingga kita tidur, setiap nafas yang kita hirup dan lepaskan, adalah dengan berkat kasih sayang baginda. Baginda telah mendoakan kesejahteraan kepada kita agar tidak ditimpa kemusnahan dahsyat seperti umat terdahulu seperti taufan yang kuat, air bah yang melampau dan sebagainya .

Rahmat Syariat
Zaman dahulu , sebelum di baginda diutuskan, apabila seseorang ingin bertaubat, mereka perlu membunuh diri. Jika ada ada najis, untuk menghilangkannya perlu di koyak atau buang tempat yang kena najis. Apabila dilakukan dosa-dosa besar, akan tertulis di dahi-dahi pelakunya perkataan 'berdosa'. Apabila dilaknat oleh Allah, nescaya ada di kalangan mereka berubah menjadi bintang seperti kera, babi dan sebagainya.

2. Baginda adalah punca amalan dan doa diterima.
Bila kita berdoa atau beramal, paling tidak ada satu selawat dan salam untuk baginda. Ini adalah agar amalan dan doa kita mendapat simpati Allah. Dengan kasih sayang Allah, amalan dan doa kita yang banyak kekurangannya akan tertampung dan tertampal dengan berkat selawat dan salam kepada baginda. Hinggakan solat yang sepatutnya 50 kali sehari dapat didiskaunkan Allah dengan permohonan dari baginda Rasulullah, namun masih kualiti dan ganjaran masih sama iaitu menyamai 50 kali solat yang asal diperintah oleh Allah.

3. Amalan kita akan dipertontonkan kepada Rasulullah setiap malam Isnin dan Khamis.
Sebab itu kita disunatkan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis. Bagi yang terasa segan dengan kelakuan dan amalannya dipamerkan kepada Rasulullah pasti akan menjaga tatatertib kedua hari tersebut dengan berpuasa.

4. Menjawab Salam dan Selawat kita.
Rasulullah akan bangkit dan bangun untuk menjawab setiap selawat dan salam yang diucapkan untuknya. Dan baginda akan menjawab dengan gandaan 10, setiap salam dan selawat yang ditujukan kepada baginda (berganda ganjaran bagi orang yang berselawat).

5. Baginda pemberi Syafaat.
Baginda Rasulullah sentiasa memohon syafaat yang dijanjikan Allah untuknya ke atas umatnya.

6. Mukjizat baginda yang paling hebat diwariskan kepada kita.
Itulah...AL-QURAAN Kalamullah. Kita tidak dibiarkan bersendirian terkapai-kapai tanpa pedoman. Maka Al Quraan dan Sunnah Rasulullah s.a.w merupakan tongkat si buta, kita yang berjalan dalam kegelapan. Tanpa keduanya pasti kita tidak temui jalan kebenaran.

Maka jangan kita kata Rasulullah itu sangat jauh daripada kita. sebenarnya kitalah yang menjauhi baginda, walaupun baginda telah berkorban segala-galanya untuk kita.
marilah bersama-sama kita mendekati baginda.....

Petikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...