Jumaat, 19 Ogos 2011

BERISTIGHFARLAH


ADA ketika kita lalai untuk mengucapkan istighfar. Walhal ia mudah untuk dilafazkan. Lebih malang lagi apabila lafaz ISTIGHFAR tidak pernah meniti di bibir. Dengan beristighfar, ia sebenarnya menjadi perisai dari segala godaan SYAITAN yang SENTIASA meruntun hawa nafsu supaya manusia terus melakukan dosa. Tetapi kita selalu terlupa.

ULAMA SALAF, IBNU JAUZI  menjelaskan, “Sesungguhnya Iblis berkata, aku membinasakan anak Adam dengan dosa-dosa. Mereka membinasakan ku dengan istighfar dan dengan kalimah LAILLAHA ILLAHALLAH. Maka ketika aku melihat di antara mereka seperti itu, aku pun menyelusup pada diri mereka hawa nafsu. Sehingga mereka berdosa dan tidak memohon ampun kerana menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.”

JUSTERU, seorang lagi ulama salaf, RABI’ BIN KHUTSAIM berkata, “Memohonlah dengan bersungguh-sungguh kepada Rabb (Tuhan) kamu, dan berdoalah kepada-Nya di saat lapang. Sebab ALLAH berfirman, "BARANG SIAPA berdoa kepada Ku di saat lapang, Aku akan mengabulkan doanya di saat sempit. Barang siapa meminta kepada Ku, maka Aku akan memberinya, barang siapa tawadduk                     ( merendah diri ) kepada Ku, Aku akan mengangkatnya. Barang siapa mengabdikan dirinya untuk Ku, Aku akan merahmatinya. Dan barang siapa yang memohon keampunann kepada Ku, Aku akan mengampuninya.”

Sumber: Al Islam Ogos 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...