Jumaat, 19 Ogos 2011

KISAH WANITA PERTAMA MASUK SYURGA SEBELUM FATIMAH R.A


Gambar hiasan sahaja
Dalam sebuah hadis menceritakan, antara kegemaran Rasulullah SAW ialah suka bergurau senda dengan kaum keluarganya dengan gurauan yang sopan dan berfaedah.

Pada suatu hari ketika baginda sedang bercakap-cakap dengan anakandanya Siti Fatimah r.a. mengenai kenikmatan syurga dan orang-orang yang akan dikurniakan  tinggal di dalam syurga, baginda bersabda: “Ayuhai anakandaku, ada seorang wanita kebanyakan yang akan masuk syurga lebih dahulu daripada anakanda”.

Mendengar kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air muka Siti Fatimah, lantas dia pun menangis sambil berkata,”Siapakah wanita  itu wahai  ayahanda?”. Kata Fatimah. “ Macamana halnya dan  bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu ke dalam syurga daripada anakanda?. Ayahanda khabarkanlah di mana dia sekarang?”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Dia adalah seorang wanita yang miskin , tinggal di Jabal Uhud kira-kira 3 batu dari Madinah”.

Tanpa membuang masa Siti Fatimah pun keluar pergi mencari wanita yang dimaksudkan ayahandanya itu.

Sesampainya di rumah wanita itu,  Siti Fatimah pun mengetuk pintu rumahnya.  Seorang wanita keluar sambil bertanyakan hajat kedatangannya itu tanpa menjemput Siti Fatimah masuk ke dalam rumahnya.  Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”.  Wanita itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tiada di rumah.  Nanti saya minta izin terlebih dahulu daripadanya. Silalah dating pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pun pulang.  Keesokannya Siti Fatimah datang lagi ke rumah wanita tersebut bersama anaknya Hasan. Sebaik sampai di rumah wanita itu, wanita tuan rumah melihat ada bersama Siti Fatimah seorang budak lalu dia bertanya, “Siapakah budak ini? Siti Fatimah pun menjawab.” Ini anak saya, Hasan”. Waanita itu berkata, “ Saya dukacita cik kerana saya belum minta keizinan daripada suami saya”.

Siti Fatimah menjadi serba salah. Hendak balik jauh, hendak ditinggalkan anaknya di luar, nanti dia menangis pula. Hendak dibawa masuk, belum mendapat izin suami wanita itu. Akhirnya dia pun balik.

Keesokannya dia datang lagi dengan membawa kedua-dua anaknya Hasan dan Husin. Setibanya mereka di perkarangan rumah wanita itu, mereka segera disambut olehnya, tetapi wanita itu terkejut apabila memandang ada budak lain pula.  Wanita itupun berkata, “Cik dukacita kerana budak yang satu lagi ini belum saya minta izin daripada suami saya, maafkana saya”.

Mendengarkan kata-kataitu Siti Fatimah tersipu-sipu dengan menyahut, “ Baiklah. Besok saya datang lagi ke mari”.

Dalam perjalanan pulang hati kecil Fatimah berkata-kata:”Wanita itu sangat takut akan suaminya, sehingga perkara sebegini pun  dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tidak usahlah pandang aku ini siapa, dan budak ini cucu siapa, pandanglah  kepada tetamu dan orang jauh, sudahlah “ bisik hati kecilnya sambil menangis teresak-esak.

Dalam pada itu, sebaik suaminya wanita itu pulang, diapun mencritakan segala-galanya. Suaminya terkejut dan hairan sambil berkata, “ Kenapa awak tahana sampai begitu sekali. Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah SAW dan dua orang anaknya itu cucu rasulullah SAW. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredaannya (SAW). Jangan awak buat seperti itu lagi. Jika mereka datang ke mari dengan membawa apapunndan siapapun terimalah dengan baik, dan awak hormatlah mereka semua sebagaimana yang patut ”.

Sahut isterinya,  “Baiklah, ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya inibergantung pada keredaan awak, suami saya.  Oleh yang demikian saya tidak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”.  Terima kasih”.   Sahut suaminya.  Tapi  takkan pula sampai awak tidak menerima tetamu perempuan melainkan dengan setahu saya, kerana menghormatkan tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama”. 

Pada hari ketiga, Siti Fatimah datang agi dengana membawa kedua-dua puteranya. Setelah diterima dan disambut mengikut adat kampong dengan dijamu sedikit buah kurma dan minuman, mereka pun memulakan perbualan.

Dalam pada itu perempuan itu sering sahaja berjalan kea rah pintu rumahnya sambil memandang kea rah jalan, seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tidak mempedulikan Siti Fatimah. Siti Fatimah melihat di tangan wanita itu ada sebatang tongkat dan sebuah bekas air minuman, manakala tangan sebelah lagi mengangkat hujung kainnya ke atas sehingga menampakkan betis dan sedikit pehanya, sambil muka manisnya dengan senyuman.

Melihatkan hal itu Siti Fatimah berasa resah kerana dia tidak dipedulikan oleh wanita itu. Lalu dia pun bertanya,”Kenapa wanita itu berkelakuan begitu padanya serta anak-anaknya?’, Sahut wanita itu. “Cik, maafkan saya , saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. Siti Fatimah bertanya lagi. “  Buat apa dengan bekas air itu?’. Wanita itu menjawab, “Sekiranya suami saya dahaga , saya akan segera menghulurkan air ini untuk menghilangkan dahaganya, supaya tidak terlambat.  Jika terlambat nanti dia akan marah”.  Kemudian Fatimah bertanya lagi,  “Buat apa pula dengan tongkat itu?” Jika suami saya marah, mudahlan dia memukul saya dengan tongkat ini”.  Jawab wanita itu. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain  sehingga nampak aurat awak, bukankah itu haram?”. Maka jawab wanita itu, “Jika suami saya berkehendakkan saya, lalu  dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya kepada maksudnya,”.

Sebaik sahaja habis wanita itu menjelaskan semua pertanyaannya,  Siti Fatimah termenung dan hairan, lalu dia berkata pada dirinya sendiri, “Jika beginiah kelakuan dan tingkahlaku wanita ini terhadap suaminya, tidaklah dapat aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga terlebih dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang wanita yang telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan  dan keredaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitiskan air mata,  Siti Fatimah meminta diri untuk pulang dengan segera untuk menghadap ayahandanya, Rasulullah SAW. Sebaik sahaja menghadap ayahandanya dia pun berkata: “Ayahanda, anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi anakanda kerana tidak dapat meniru dan melakukan sebagaimana tingkahlaku serta amalan wanita yang ayahanda ceritakan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah SAW mendengar rintihan anakandanya itu,  baginda tersenyum lantas bersabda, “Anakanda janganlah bersusah hati, wanita yang anakanda jumpa itulah wanita yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadilah dia masuk terlebih dahulu”.  Setelah mendengar penjelasan itu barulah Siti Fatimah tersenyum.

Sumber : Kisah-kisah Benar 7. NurulBasri
.......................................................................

1 ulasan:

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...