Jumaat, 19 Ogos 2011

KISAH PENDITA YANG INSAF

IBRAHIM AL KHAWAS ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya . beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang dialaminya: katanya,

Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan khalifah. Pada suatu ketika tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian). Bila dia melihat aku, dia pun berkata, “Wahai rahib Muslimin, bolehkan aku bersahabat denganmu?”. Aku segera menjawab: “Ya...tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu ?”.

Ibrahim menyambung ceritanya lagi, maka berjalanlah aku bersama-sama dengan rahib Nasrani  selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya : “Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu”. Mendengar permintaan rahib itu lantas Ibrahim pun memohon kepada allah dengan berdoa: “Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah Engkau memalukan aku di hadapan seteru Engkau ini”.

Belum pun habis aku berdoa, tiba-tiba turunlah sedulang hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka kami pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.

Sesudah itu aku pun meneruskan  perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman maka pada suatu pagi, aku pun berkata kepada rahib itu: “ Hai rahib Nasrani, berikanlah sesuatu makanan yang ada padamu”, Rahib itu pun menadah tangan sambil berdoa. Tiba-tiba turun sedulang hidangan dari langit sama seperti yang turun kepadaku dahulu.

Ibrahim meneruskan ceritanya lagi: “Tatkala aku melihat hal demikian, maka akupun bertanya kepada rahib tersebut: Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga  engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku”. Jawab rahib itu: “ Wahai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu maka jatuhlah telekan marifah ( pengenalan) engkau kepada aku lalu aku memeluk  agama engkau.  Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya”.

Dengan kemuliaan engkau tiadalah Dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat ini. Aku telah melafazkan seperti ucapan mu (kalimah syahadah).

Maka amat sukacitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian akupun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika aku tidak melihat rahib itu lagi. Lalu aku pergi mencarinya di Masjidil Haram. Aku dapati dia sedang bersolat di sisi Kaabah. Setelah usai bersolat maka dia pun berkata kepadaku: “Wahai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharakanlah kamu akan persahabatan dan persaudaraanku denganmu”. Sebaik saja dia selesai berkata-kata begitu tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pulang ke rahmatullah.

Seterusnya Ibrahim menceritakan : Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengkebumiannya. Pada malam harinya aku bermimpi melihat rahib itu berada dalam keadaan yang begitu cantik sekali. Tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah-indah.

Melihatkan itu akupun terus bertanya kepadanya: “ Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau ?. Dia pun menjawab: “Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan semuanya itu kerana aku berbaik sangka kepada-Nya dan Dia (Allah) menjadikan aku seolah-olah masih bersahabat dengan engkau di akhirat”.

Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah maka ia akan dapat ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya.

Wallahua’alam


Sumber : Kisah-kisah Benar 7. NurulBasri

1 ulasan:

  1. Hidup didunia ta lepas kehendak Allah. Perlunya tafakur mengenal Allah. Kenali asal kelahiran nabi isa. Aku adalah hamba Allah ( bkn Allah. Surah Maryam 19-30 ). Share hp.081310344202

    BalasPadam

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...