DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Isnin, 28 Februari 2011

10 PERINGATAN BUMI


Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat



Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Cahaya yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

GANJARAN AMALAN DIGANDAKAN PADA JUMAAT


JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah.
Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:
MEMBACA SURAH AS-SAJDAH - pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.
Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah.

Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)

MEMBACA SURAH AL-KAHFI
Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.
Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)

MEMBANYAKKAN SELAWAT KE ATAS NABI.
Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:
”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar.

Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.

Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.

Antara kepentingannya adalah:
-Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.
-Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.
-Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Rasulullah bersabda bermaksud : “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya.

Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:


Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk.

Nabi bersabda bermaksud: ”Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.

Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)

KELEBIHAN SYAABAN


SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada

segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Ahad, 27 Februari 2011

Pesanan LUQMAN AL-HAKIM


Luqman al-Hakim banyak meninggalkan pesanan berguna untuk umat manusia; khususnya orang Islam. Beliau dikurniakan akal tajam serta dapat menilai keadaan sekelilingnya. Nasihat yang keluar dari mulutnya bagaikan mutiara yang tidak ternilai harganya hingga diguna dan diamalkan hingga sekarang.

Berikut pesanan Luqman yang wajar dihayati:
1. Sesiapa yang melihat keaiban diri sendiri, dia tidak akan peduli keaiban
orang lain.
2. Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan
satu apa pun.
3. Sesiapa yang redha dengan rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang
ada pada tangan orang lain.
4. Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.
5. Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia (sendiri) akan terjatuh
ke dalamnya.
6. Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya
( keaibannya).
7. Sesiapa yang terlupa merendahkan dirinya, dia akan membesar-besarkan
kerendahan (kehinaan) orang lain.
8. Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.
9. Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.
10. Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.
11. Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.
12. Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan, dia akan berasa
jemu.
13. Sesiapa yang berbangga-bangga dengan manusia, dia akan dipatah-patahkan.
14. Sesiapa yang membodoh-bodohkan, mereka akan dicaci dihina.
15. Sesiapa yang bersahabat dengan orang-orang yang rendah akhlak, dia akan
dipandang hina.
16. Sesiapa yang duduk bergaul dengan alim ulama, dia akan bersikap tenang
merendah diri.
17. Sesiapa yang masuk ke dalam (pintu) kejahatan, dia akan dituduh (juga).
18. Sesiapa yang meringan-ringankan urusan agama, dia akan terjerumus
( ke dalam dosa).
19. Sesiapa yang merampas harta benda manusia, dia akan menjadi kafir.
20. Sesiapa yang menanti kesihatan, dia akan diberikan kesabaran.
21. Sesiapa yang tidak tahu tempat letak kakinya (berjalan), dia akan berjalan
penuh penyesalan.
22. Sesiapa yang takutkan Allah, dia akan berjaya (di akhirat).
23. Sesiapa yang tidak berpengalaman di dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.
24. Sesiapa yang bermusuhan dengan ahli kebenaran, dia akan dimusuhi.
25. Sesiapa yang menanggung beban yang tidak terdaya olehnya, dia akan menjadi
lemah.
26. Sesiapa yang mengetahui akan ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.
27. Sesiapa yang biasa dengan kejahilan, dia akan meninggalkan jalan keadilan.

Nurapr05

MENCARI KEBERKATAN MAKANAN


Hidup perlukan makanan. Makanan yang kita makan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan fizikal, sebaliknya ia juga merupakan tanda peribadatan kepada Allah. Sumber makanan halal mengundang keredaanNya .
Suatu hari seorang sahabat, Saad ibn Waqqas bertanya kepada Rasulullah SAW:
Wahai tuan, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan orang mustajab (makbul) doa.”
Lalu Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya bermaksud;
Wahai Saad, makanlah makanan yang baik (halal), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya jika seseorang melemparkan sesuap makanan yang tidak halal ke perutnya, tidaklah makbul doanya selama 40 hari.”

Makanan mencorak jiwa. Pastikanlah makanan yang dimakan suci bersih sumbernya.
Peribadi muslim akan terserlah. Ingatlah setiap yang dimakan akan ditanya Allah sumber puncanya, kedudukan halal haramnya.

Nurapr05

KEMULIAAN BERSEDEKAH


Terdapat 10 Kemuliaan Amalan Bersedekah
LIMA kemuliaan di dunia :

1. Menyucikan harta yang ada
2. Menyucikan tubuh badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Memberikan kegembiraan kepada orang Islam dan orang miskin
5. Harta seseorang akan diberkati dan diperluaskan lagi rezekinya

LIMA kemuliaan di akhirat :
1. Sedekah bakal menjadi penaung ketika berada di padang Mahsyar
2. Diringankan hisab atau perkiraan dosa
3. Memberatkan timbangan amalan di akhirat
4. Memudahkan laluan di titian siratulmustaqim
5. Nikmat yang lebih besar akan ditambahkan di dalam syurga

Firma Allah yang bermaksud;
Bahawa orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa ( mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya) serta mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesenangan (Syurga). Sebaliknya, orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya serta mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan; Dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya ialah hartanya apabila ia terjerumus (dalam azab seksa hari akhirat)?”( al-Lail:5-11)

Nurjun04

MANUSIA YANG HINA


Setiap gerak kerja yang dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan Muslim dan Muslimah hendaklah berdasarkan akidah Tauhid iaitu Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa. Apabila konsep Tauhid bertunjangkan kukuh dalam diri, maka kita harus memberikan perhatian kepada urusan hidup dengan Allah dan urusan hidup sesama manusia. Kedua-dua urusan ini diperkenalkan al-Quran dengan istilah ‘hablum mina Allah’ (hubungan dengan Allah) dan ‘hablum mina al-nas’ (hubungan sesama manusia).

Allah malah telah memberikan peringatan kepada mereka yang ingkar dan mencuaikan kedua-dua aspek yang penting ini dalam firmanNya yang bermaksud:
Ditimpakan kehinaan ke atas manusia di mana sahaja mereka berada melainkan mereka yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan memelihara sesamanya.”
( Ali-Imran: 112)

Kesepaduan kedua-dua aspek inilah yang menjadi asas kepada pembentukan Muslim dan Muslimah sejati. Ia jalinan yang utuh dan kuat menyokong satu sama lain. Atau dengan kata lain, tidak akan sempurna iman seseorang andaikan mengabaikan salah satu aspek ini.

Nurfeb04

Sabtu, 26 Februari 2011

KISAH NABI MUSA DAN SYAITAN


Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Nabi Musa a.s. pernah didatangi syaitan. Berikut adalah sebahagian dialog Nabi Musa a.s. dengan syaitan.
Syaitan berkata:” Wahai Musa, engkaulah yang dipilih oleh Allah untuk membawa risalah-Nya dan engkaulah yang sentiasa berkata benar. Aku salah satu makhlukm telah berdosa dan mahu bertaubat. Mohonkanlah kepada Tuhan agar diberikan taubat kepadaku.”
Selepas itu Nabi Musa memohon kepada Tuhan dan diperkenankan, lalu baginda menemui syaitan.
Baginda berkata: “ Wahai syaitan, engkau sudah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam a.s. dan setelah itu, barulah taubatmu diterima Tuhan.”
Namun sebaik saja mendengar nama Nabi Adam, syaitan naik angin dan marah dengan memperlihatkan sifat takburnya.
Syaitan berkata: “ Sewaktu Adam masih hidup, aku tidak sujud, inikan pula sesudah dia tidak ada.”
"Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.”

NABI MUSA A.S. BERKATA: “APAKAH 3 PERKARA ITU?
LALU SYAITAN MENJAWAB:

1. Ingatlah ketika engkau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam
hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu
menurut perjalanan darah.
2. Ketika engkau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang
mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar kau berundur secara
teratur.
3. Berhati-hati duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi
penghubung antara engkau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu
dengan engkau.”

Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusihi anak Adam (manusia) dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya. Pada syaitan, martabat Bani Adam cukup rendah berbanding dirinya yang diciptakan daripada api.

Waallahualam
Nurjun04

29 ADAB MAKAN RASULULLAH SAW


1. RASULULLAH SAW menyukai dlafaf iaitu makanan yang banyak tangan memakannya.
2. Baginda juga akan membaca doa yang bermaksud,”Ya Allah Ya Tuhanku,
jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke
atasnya,”.
3. Makan cara hamba – semasa duduk menikmati makanan, baginda merapatkan antara
kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya ( tapak kaki kanan di atas tapak
kaki kiri).
4. Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah dan diumpamakan
seperti memakan api.
5. Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
6. Menyukai kuih faludzaj (ramuan minyak samin, madu lebah,tepung gandum).
7. Menyukai roti syair,mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) dicecah dengan
garam.
8. Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
9. Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatan pada
janggutnya seperti benang mutiara.
10. Menyukai susu dengan tamar.
11. Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat berkhasiat
menguatkan pendengaran.
12. Menyukai roti berkuah dengan daging dan buah labu dan baginda pernag bersabda
bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah
memasak gulai dengan membanyakkan labu. Ia dikatakan akan menguatkan hati orang
yang berduka.
13. Menyukai daging burung ( tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan )
14. Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan
daging ke mulut dan mengigitnya.
15. Menyukai roti dengan minyak samin.
16. Menggemari daging kambing (bahagian lengan dan bahu).
17. Tidak menggemari bahagian anggota dalaman binatang.
18. Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang ( al-kurrats).
19. Tidak pernah mencela makanan.Jika disukai dimakan – Jika tidak disukai
ditinggalkan.
20. Kurma madinah (al-ajwah dikatakan berasal dari Syurga)- penawar racun dan sihir.
Ia adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
21. Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya –makanan yang penghabisan
banyak barakahnya.
22. Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang
paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
23. Selesai makan – dibaca “ Segala puji bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagi-Mu
segala pujian. Engkau anugerahkan makanan , maka Engkau anugerahkan kekenyangan.
Engkau anugerahkan kepuasan ( menghilangkan haus). Bagi Engkau segala pujian
yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan
kepadanya
24. Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk ;
dan dibaca sebelum setiap teguk: Bismillah – dan selepas setiap
teguk :Alhamdulillah.
25. Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan
semasa menyedutnya.
26. Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya sama ada di
kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air
bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya).
27. Tidak menggemari air susu dan madu di bawa bersama kerana tidak melambangkan
tawadduk.
28. Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan
kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan
29. Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makan/ minum –
tetapi kalau diberi, baginda akan makan atau minum.

Nurfeb04

KISAH 5:CINTA KEPADA ALLAH


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Cinta Allah tiada bandingannya...........

Kisah 4 : Simati Mentalqinkan Sihidup.


Syeikh Najmuddin al-Asbahani telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka orang yang mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba-tiba Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa).

Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi penanya dan menjawabnya selepas peristiwa itu "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk untuk mentalqin; Aku mendengar jenazah itu berkata. "Adakah kamu tidak pelik apabila orang yang mati ( hati yang mati ) mentalqin orang yang hidup ( hati yang hidup).?"
Ulasan: Sabda Nabi s.a.w: "Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya adalah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kisah 3 : Keinginan yang Tertunai.


Seorang Syeikh berkata: Suatu hari aku lalu di tepi sungai Furat. Tiba-tiba aku teringinkan ikan yang lembut isinya. Dengan tak semena-mena air meluahkan ikan ke arahku dan seorang lelaki berlari ke arahku dan berkata "Boleh saya memanggangnya untukmu." Aku jawab "Ya" Dia memanggangnya dan aku pun memakannya.

Ulasan: "Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah maka Dialah yang akan mencukupinya."(3: At-Tolak)

Kisah 2 : Karamah Seorang Wanita.


Seorang solih berkata: Suatu hari aku berjalan di sebuah kawasan pendalaman bersama satu kumpulan. Aku melihat seorang wanita berjalan di hadapan kumpulan. Akupun berkata dalam hatiku "Wanita yang lemah ini sepatutnya berada dihadapan supaya tidak tertinggal." Aku mengeluarkan beberapa dirham daripada poketku dan aku berkata kepadanya "Ambillah duit ini. Bila kumpulan kita ini singgah di mana-mana tempat, carilah aku supaya aku boleh mencarikan tunggangan untuk kamu naiki”.

Bila saja dia mendengar kata-kataku terus dia menghulurkan tangan ke arah langit dan tiba-tiba di tangannya ada beberapa dirham. Dia memberinya kepadaku dan berkata "Kamu ambil duit dari jaib (poket) dan kami ambilnya dari alam gaib."

Ulasan: Firman Allah "Dan Allah memberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka kepada orang yang bertakwa"( 3: at-Tolak)

CERITA ORANG-ORANG SOLEH



Kisah 1: Kelebihan Sangka Baik.

Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata: Aku masuk ke dalam Masjidil Haram dan aku melihat seorang faqir sedang meminta sesuatu. Aku pun berkata dalam hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia”.

" Tiba-tiba dia memandang ke arahku dan membaca ayat "Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya.” (235: Al-Baqarah) Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku.

Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan2" (25: as-Syura) Kemudian dia hilang begitu sahaja dari pandangan.

Ulasan: Firman Allah "Hai orang-orang beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adalah memberi dosa..."(12: Al-Hujarat)

Jumaat, 25 Februari 2011

PESANAN IMAM HASAN AL-BANNA


Pesanan Al-Banna........
"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah
membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah."
Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna
ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-
Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan
zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau
umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan
dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam
kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin
berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka
itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah,
kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa
yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada
belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu
meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan
bantuan dan sebagainya..

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama
kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh
kesabaran..

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila
seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan
terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang
Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca
buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan
pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.

Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku
ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah,
akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi
mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat
terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau
perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik
didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh
seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar
mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita
mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-
Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang
itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan
secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk
membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan
waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah
beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan

Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma
membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati
pesanan Tuhan di dalamnya.

Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati.
Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa
diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan
sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan
yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup
seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang
berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan
ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi
pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada
kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan
berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul
mengikut nahu bahasa Arab.

Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama,
menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan
Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut
berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita


sama2 beramal dan memperingati Allah s.w.t.

Khamis, 24 Februari 2011

KENALI ORANG YANG BERAKAL

Dalam sebuah riwayat yang dibawa oleh Abu Hurairah, diceritakan bahawa, beberapa orang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW seraya bertanya,
“ Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar? ”
Rasulullah menjawab,
“ Orang yang berakal.”
Mereka bertanya lagi,
“ Siapa orang yang paling berbakti?’’
Rasulullah menjawab,
“ Orang yang berakal.”
Mereka bertanya lagi mengenai orang yang paling utama, lalu baginda menjawab lagi,
“ Orang yang berakal , kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukmin ialah akal. Setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin ialah akal.”

Sayidatina Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah menyebut yang antara lain akal itu mempunyai sepuluh bahagian, lima nampak dan lima lagi tersembunyi.- Bahagian yang nampak adalah diam, sabar, rendah hati, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan membuat amal salih.

- Sementara bahagian akal yang tersembunyi pula ialah merenung dan berfikir mengenai ciptaan Allah, beriktibar, menganggap masalah dosa sebagai suatu yang bahaya , takut kepada Allah dan mengekang hawa nafsu.

Nurfeb04

Wuduk Zahir & Batin



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim.
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?
" Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota
dengan tujuh perkara
:

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian
aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

P/S: BERSOLATLAH DGN SEMPURNA KRN SEJAHAT-JAHAT HAMBA ITU ADALAH ORG
YG MENCURI DI DLM SEMBAHYANGNYA...

Rabu, 23 Februari 2011

MULUT PUNCA PERMUSUHAN

Allah berfirman yang bermaksud:
Berkatalah kepada seluruh manusia dengan baik-baik.(Al-Baqarah: 83)

Ibnu Abbas berkata,” Sesiapa yang memberi salam kepadamu dari mana-mana golongan makhluk Allah, balaslah ucapan salamnya, walaupun dia seorang Majusi.”

Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisa :86 yang bermaksud:
Apabila kamu semua diberikan penghormatan dengan suatu ucapan hormat seperti salam, maka balaslah penghormatannya itu dengan lebih baik daripadanya atau balaslah dia dengan cara yang sama.

Sementara dalam sebuah hadis dinyatakan:Perkataan yang baik adalah sedekah. ( Riwayat Muslim)

Malah Umar pernah berkata,”Kebajikan itu adalah suatu hal yang, iaitu menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lemah lembut.”

Nurfeb04

Selasa, 22 Februari 2011

SMSlah ALLAH Selalu


INGATLAH WAHAI Diri
SMSlah selalu kepada ALLAH
supaya ALLAH dekat padamu
supaya Allah bersamamu
BUKANKAH dirimu yang perlukan DIA (ALLAH)
Bukankah engkau yang mengharapkanNya

Wahai diri
ALLAH tidak sesekali memerlukanmu
ALLAH tidak sesekali mengharapkanmu

Wahai diri,
jika engkau ingin perhatian dan kasih sayangNYA
SMS lah DIA sentiasa.

jai

20 Amalan Diperluaskan Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadahAllah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:”Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. ” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:”Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosaIstighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:”(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka ke baha giaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asy baha ni dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:”Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. ” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:”Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:”Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:”Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. “

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:”Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. ” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah baha wa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan baha wa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:”Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan baha wa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:”Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:”Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)Pendek kata bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

petikan

BUKAN SEKADAR UBAT


Dalam sebuah riwayat ada menceritakan.
Suatu hari Nabi Musa a.s. telah mengalami sakit perut yang sangat teruk. Baginda kemudian berdoa kepada Allah memohon agar diberikan ubat yang boleh menyembuhkan sakitnya. Allah memerintahkan baginda memakan sejenis rumput-rumpai di daerah itu. Lalu dengan membaca‘ Bismillah ‘ Nabi Musa memakan rumput tersebut.
Dengan izin Allah, sakit perut Nabi Musa hilang serta merta.

Selang beberapa hari berikutnya, baginda kembali diserang sakit yang sama. Tanpa berfikir panjang, baginda terus memakan rumput ubat yang dimakannya sebelum ini. Malangnya, sakitnya tidak beransur baik, malah ianya bertambah sakit.

LALU NABI MUSA BERDOA KEPADA ALLAH, bertanya mengapa perkara itu berlaku.
Allah menjawab pertanyaan baginda dengan firman yang bermaksud;
“ PADA HARI PERTAMA KAU MEMAKAN UBAT ITU, KAU BERDOA KEPADA-KU, MAKA AKU KABULKAN DOAMU DAN AKU SEMBUHKAN PENYAKITMU. TETAPI, PADA HARI INI KAMU SAKIT DAN KAMU MEMAKAN UBAT ITU DAN TIDAK BERDOA KEPADA-KU. MAKA AKU TIDK MENYEMBUHKAN PENYAKITMU, KERANA AKULAH PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT.”

Nur mac4

JANGAN SIMPAN PRASANGKA



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“JAUHILAH OLEH KAMU PRASANGKA YANG TIDAK BAIK, KERANA SESUNGGUHNYA PRASANGKA YANG TIDAK BAIK ITU SEBURUK-BURUK PERCAKAPAN.”
(Riwayat Muslim).

IMAM AL-KHATTABI dalam Kitab Subul as-salam mengatakan bahawa prasangka yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah tuduhan atau prasangka yang tidak beralasan, yang tidak jelas sebab-sebabnya seperti menyangka atau menuduh seseorang membuat keburukan, sedangkan tidak ada tanda-tanda bukti yang menunjukkan dia berbuat keburukan itu.

Mengikut riwayat Al-Dailami pula, prasangka yang dilarang, dinamakan ‘su-u-dhzan’ iaitu prasangka yang tidak baik lagi buruk. Prasangka buruk bukan saja terhadap manusia tetapi terhadap Allah juga. Malah menaruh syak wasangka tidak baik terhadap Allah, haram sama sekali hukumnya.

Kata Imam al-Zamakhsyari, hukum menaruh sangkaan itu terbahagi kepada EMPAT:
• WAJIB – iaitu menaruh sangkaan baik terhadap Allah SWT
• HARAM – iaitu menaruh sangkaan yang tidak baik terhadap Allah SWT
• SUNAT – iaitu menaruh prasangka yang baik terhadap seseorang muslim yang
kelihatan pada gerak-geri zahariahnya baik, adil dan tidak menyeleweng
daripada batas syarak.
• HARUS – iaitu menaruh sangkaan tidak baik terhadap seseorang yang memang
suka melakukan maksiat dan mungkar secara terang-terangan hingga hilang rasa
malu dan segan, baik terhadap Allah, apatah lagi sesama masyarakat

Nur mac4

APAbila PANjang ANgan-ANgan


Sayidina Ali bin Abi Talib pernah menyuarakan kebimbangannya,
“ YANG SAYA KHUATIR ATAS KAMU DUA PERKARA, iaitu panjang angan-angan dan menurutkan hawa nafsu. Ini kerana PANJANG ANGAN-angan itu dapat MELUPAKAN AKHIRAT, manakala menurutkan hawa nafsu itu menghalangi daripada kebenaran (hak).

ULAMA Berpesan,
JANGAN MENGIKAT HATIMU PADA WANITA, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. APABILA ENGKAU TAAT KEPADANYA, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka.

JANGAN MENGIKAT HATIMU PADA HARTA KERANA HARTA ITU PINJAMAN, hari ini hakmu dan esok hari hak orang lain. JIKA HATIMU TERIKAT PADA HARTA, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah, takut miskin dan menurut kepada bisikan syaitan.

*TINGGALKAN apa yang RAGU-RAGU DALAM HATIMU, SEBAB HATI SEORANG MUKMIN GONCANG DALAM SUBAHAT, LARI DARIPADA HARAM DAN TENANG DALAM HALAL.

Pesanan ULAMA lagi,
Siapa yang mengurangi angan-angannya, MAKA ALLAH AKAN MEMULIAKANNYA DENGAN EMPAT KEMULIAAN, iaitu:
•DIKUATKAN UNTUK TAAT; sebab seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran dan rajin melakukan taat, MAKA BERTAMBAH BANYAK AMALNYA.
•KURANG KERISAUANNYA; sebab jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, MAKA DIA TIDAK MEMIKIRKAN KESUKARAN YANG DIHADAPINYA.
•REDHA DENGAN KEHIDUPAN YANG SEDERHANA; sebab apabila berasa tidak lama lagi akan mati, MAKA TIDAK PERLU MENCARI BANYAK KEBENDAAN SEBALIKNYA MENUMPUKAN UNTUK TUJUAN AKHIRAT.
•ALLAH AKAN MENERANGKAN HATINYA

Nur mac4

MUDAHNYA MENDAPAT SYURGA



Wanita dikatakan antara golongan yang paling mudah memasuki syurga, juga paling senang mendapat bahagiannya di neraka. Mudah untuknya memasuki syurga kerana dia hanya perlu membuat kebaikan dan memberikan ketaatan kepada suami. Dan mudah juga untuknya mendapat balasan neraka apabila dia menderhakai dan menghina suaminya sendiri.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“ (Kaum wanita masuk ke neraka ) kerana mereka mengkufuri suami. Suami selalunya berbuat baik terhadap isteri, tetapi sekali dia berbuat buruk, isteri terus berkata kepada suaminya: Awak belum pernah berbuat baik kepadaku.”

Apa lagi jika seseorang wanita yang cuba meminta cerai daripada suaminya, dia diharamkan mencium bau syurga, seperti sabda baginda Rasulullah SAW:“ Seseorang perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa hak, nescaya diharamkan baginya mencium bau syurga.”
( Riwayat Ahmad Abi Daud, Tarmizi, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“APABILA SEORANG WANITA MELAKUKAN SOLAT LIMA WAKTU, BERPUASA PADA RAMADAN, MEMELIHARA KEHORMATAN DIRINYA DAN TAAT KEPADA SUAMINYA, NESCAYA DIA MASUK KE SYURGA.”
(Riwayat Al-Bazzar daripada Anas)

Bagainda selanjutnya bersabda bermaksud:
“ SESEORANG PEREMPUAN YANG MENINGGAL DUNIA DAN SUAMINYA REDA TERHADAP DIRINYA, MAKA DIA AKAN MASUK KE SYURGA.”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)

Wahai para wanita yang bergelar isteri, Allah memberimu keistimewaan ini. Rebutlah tawaran Allah dengan bersungguh-sungguh mentaatiNya.

MENGINGATI MATI



Abu Hurairah r.a. berkata, "Suatu ketika, kami bersama Rasulullah SAW. mengikuti jenazah. Setibanya di tanah kuburan, Rasulullah SAW. duduk di dekat sebuah kubur, lalu bersabda, "Tidak berlalu satu haripun di dalam kubur, kecuali kubur akan mengumumkan dengan fasih dan jelas, "Wahai anak Adam! Mengapa kamu melupakan aku! Padahal aku adalah tempat kesunyian. Aku adalah rumah pengasingan. Aku adalah tempat yang penuh dengan ulat dan cacing. Aku adalah tempat yang sangat sempit, kecuali bagi orang yang dikehendaki oleh Allah SWT., maka aku menjadi luas." Setelah itu, Rasulullah SAW bersabda, "Kubur merupakan sebuah taman dari taman-taman surga, atau sebuah lembah dari lembah-lembah neraka."
Sahl r.a. berkata, "Seorang sahabat meninggal dunia. Semua orang memujinya sebagai orang yang banyak beribadah. Rasulullah SAW. mendengarkannya sambil terdiam. Ketika semua diam, maka Rasulullah saw. bertanya, "Pernahkah orang itu mengingat mati?"
Para sahabat r.hum menjawab, "Ia tidak pernah berbicara mengenai mati."
Beliau SAW. bertanya, "Adakah ia melawan nafsu sendiri (misalnya, ia tidak
makan sesuatu yang ia inginkan)?"
Mereka menjawab, "Tidak pernah."
Sabda Nabi SAW, "Sahabatmu ini tidak akan mencapai darjat setinggi darjat kalian, jika kalian mengamalkan dua masalah tersebut. (yakni banyak mengingat mati dan menahan nafsu)."
Barra r.a. berkata, "Kami bersama Rasulullah SAW. menyertai upacara pengebumian jenazah. Setibanya di sana, Rasulullah SAW. duduk di dekat sebuah kuburan, lalu menangis agak lama, sehingga bumipun telah dibasahi air mata beliau yang penuh berkah.
Rasulullah SAW. bersabda, ‘Saudara-saudaraku! Buatlah persiapan untuk hal ini (kubur)!" (at Targhib)

Syaqiq bin Ibrahim rah.a. berkata, "Ada EMPAT hal, di mana manusia mengaku sama, tapi pengakuan mereka berlawanan dengan perbuatannya:
1) Mereka berkata bahwa mereka adalah hamba Allah,tetapi perbuatan mereka seperti orang-orang yang bebas;
2) Mereka berkata menjadi tanggung jawab Allah SWT untuk menyampaikan rezeki kepada mereka tetapi hati mereka tidak tenang (dengan tanggung jawab/jaminan-Nya) ketika suatu yang dihajati masih belum mereka dapat;
3) Mereka berkata bahwa akhirat itu lebih baik daripada dunia, tetapi mereka senantiasa sibuk memikirkan dan mengumpulkan harta dunia (tanpa memikirkan akhirat);
4) Mereka berkata bahwa mati adalah pasti dan tidak dapat diragukan lagi kedatangannya, tetapi amal mereka seperti orang yang tidak akan mati.

Abu Hamid Lafaf rah.a. berkata, "Barang siapa banyak mengingat mati, maka ia akan mendapatkan TIGA jenis kemuliaan:
1) taufik untuk cepat bertaubat ;
2) sifat Qana’ah (merasa puas dengan apa yang ada) dari segi harta;
3) ketenangan dan kelezatan dalam ibadah.


Dan barangsiapa melalaikan maut, maka ia akan ditimpa TIGA jenis musibah:

1) lalai untuk bertaubat;
2) tidak berpuas hati dengan pendapatannya (pendapatannya selalu dianggap tidak mencukupi, walau bertambah banyak);
3) malas beribadah."
Maulana Muhammad Zakarriya rah.a.

Sabtu, 19 Februari 2011

HADIS AL-QUDSI


Allah SWT berfirman maksudnya:” Barang siapa yang memusuhi wali (kekasih-Ku) maka Aku istiharkan peperangan ke atasnya.

Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan-amalan fardhu yang telah AKU wajibkan ke atasnya melainkan ianya adalah lebih AKU sukai dari yang selainnya,dan berterusanlah hamba-Ku mengerjakan amalan-amalan nawaafil (sunat) sehinggalah AKU menyintainya,

MAKA APABILA AKU menyintainya,
AKU akan menjadi telinganya yang dengannya ia mendengar, penglihatannya yang dengannya ia melihat, tangannya yang dengannya ia mengenggam dan kainya yang dengannya ia berjalan,

DAN SEKIRANYA ia meminta dari-Ku, AKU akan menunaikan permintaannya itu dan sekiranya ia meminta perlindungan dari-Ku, AKU akan melindunginya.”

Al-Muttaqin TV | Sumber Media Ilmiah

Al-Muttaqin TV | Sumber Media Ilmiah

Jumaat, 18 Februari 2011

NASIHAT RASULULLAH KEPADA PUTERINYA


Suatu hari Rasulullah SAW menyempatkan diri berkunjung ke rumah Fatimah RA. Setiba di kediaman putri kesayangannya tersebut Rasulullah SAW memberi salam kemudian masuk. Ketika itu didapatinya Fatimah sedang menangis sambil menggiling syair (gandum) dengan penggilingan tangan dari batu.

Seketika itu Rasulullah SAW bertanya , “Duhai Fatimah, apa gerangan yang membuat engkau menangis ? Semoga Allah SWT tidak menyebabkan air matamu berderai”.
Jawab Fatimah “Wahai Rasulullah, penggilingan dan urusan rumahtangga inilah yang menyebabkan anakanda menangis”.

Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi Fatimah. Kemudian Fatimah berkata, “Duhai ayahanda, sudikah kiranya ayah meminta kepada Ali suamiku mencarikan seorang jariyah (hamba perempuan) untuk membantu anakanda menggiling syair (gandum) dan menyelesaikan pekerjaan rumah “.

Maka bangkitlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Dengan tangannya baginda mengambil segenggam syair (gandum) kemudian diletakkannya di penggilingan seraya membaca basmalah. Ajaib, dengan izin Allah penggilingan tersebut berputar sendiri.
Sementara penggilingan itu berputar, Rasulullah SAW bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa, sehingga habislah butir-butir syair (gandum) itu tergiling.

“Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT”. Maka penggilingan itupun berhenti berputar. Lalu dengan izin Allah SWT penggilingan itu berkata-kata dalam bahasa manusia, “ Yaa Rasulullah SAW , Demi Allah yang telah menjadikan Tuan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya. Kalaulah Tuan menyuruh hamba menggiling syair dari timur hingga ke barat niscaya hamba gilingkan semuanya.

Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT, ‘Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah para malaikat yang kasar lagi keras yang tidak mendurhakai Allah akan apa yang diperintahkan dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya’. Maka hamba takut ya Rasulullah jika kelak hamba menjadi batu dalam neraka”.

Dan bersabdalah Rasulullah SAW, “Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah az-zahra di dalam surga”. Maka bergembiralah batu penggilingan itu dan kemudian diamlah ia. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah, “Jikalau Allah SWT menghendaki niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya beberapa darjat untukmu.

• Wanita yang menggiling tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.”.


Kemudian Rasulullah SAW meneruskan nasihatnya,

• “Wahai Fatimah, wanita yang berkeringat ketika menggiling gandum untuk suaminya, Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh parit.

• Wanita yang meminyaki dan menyisir rambut anak-anaknya serta mencuci pakaian mereka Allah SWT mencatat sebagai orang yang memberi makan seribu orang lapar dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

• Sedangkan wanita yang menghalangi hajat tertangga-tetangganya, Allah SAW akan menghalanginya dari meminum air telaga kautsar di hari kiamat”.
Rasulullah SAW kembali meneruskan,
• “Wahai Fatimah, yang lebih utama dari semua itu adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jika suamimu tidak redha, maka aku tidak akan mendoakan kamu.

• Tidakkah engkau ketahui, redha suami adalah ridha Allah SWT, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah SWT”.

• “Apabila wanita mengandung janin, maka beristighfarlah para malaikat dan Allah SWT mencatat tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapus seribu kejahatannya.

• Apabila ia sakit hendak melahirkan, maka Allah SWT mencatat pahala orang – orang yang berjihad.

• Apabila ia melahirkan maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya ketika ibunya melahirkannya.

• Apabila ia meninggal, maka tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun. Kelak akan didapati kuburnya sebagai taman dari taman-taman surga. Dan Allah SWT mengurniakan pahala seribu haji dan seribu umrah. Dan beristighfarlah seribu malaikat untuknya di hari kiamat.

• “Wahai Fatimah, wanita yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati serta ikhlas dan niat yang benar, maka Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. Dan Allah SWT akan mengenakannya sepasang pakaian hijau, dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut di tubuhnya seribu kebaikan.

• Wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, Allah SWT memandangnya dengan pandangan rahmat”.

• “Wahai Fatimah, wanita yang menghamparkan alas untuk berbaring atau mengemas rumah untuk suaminya dengan baik hati, berserulah malaikat untuknya, “teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu dari dosa yang lalu dan dosa yang akan datang.“

• “Wahai Fatimah, wanita yang menyapukan minyak pada rambut dan janggut suaminya serta rela memotong kumis dan menggunting kuku suaminya, Allah SWT memberinya minuman dari sungai-sungai syurga, Allah SWT meringankan sakaratulmautnya dan kuburnya akan menjadi taman dari taman-taman syurga. Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka, selamat dari lilitan siratal mustaqim”.
Ditulis oleh Ashari | Artikel sufi

ADAB BERMUSAFIR CARA RASULULLAH SAW




1. Memulakan perjalanan pada hari Khamis (jika boleh dilakukan).
“Rasulullah SAW ke Perang Tabuk pada hari Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalananya pada khamis.”
(Riwayat Bukhari)

2. Memulakan perjalanan pada waktu malam.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(Riwayat Abu Daud)

3. Dianjurkan bermusafir bersama-sama.Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
(Riwayat Bukhari)

4. Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa.
Abu Hurairah meriwayatkan seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah) ,wahai Rasulullah saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi , Nabi SAW berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” (Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi).

5. Dianjurkan segera kembali ke pangkuan keluarga apabila urusan sudah selesai. Sabda Nabi SAW bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Iloveislam

SIFAT PERIBADI RASULULLAH SAW


1. Nabi SAW suka menyisir rambut dan janggutnya dengan rapi. Rambutnya dikatakan tidak kerinting dan juga tidak begitu lurus. Kadangkala Baginda panjangkan rambutnya hingga ke paras bahu dan kadangkala setakat kedua-dua belah telinganya. Baginda juga mewarnai rambutnya menggunakan inai.

2. Nabi SAW sentiasa memakai celak. Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Abbas r.a. katanya: “Nabi SAW bersabda; Bercelaklah kamu dengan batu ithmid (batu celak yang telah dijadikan serbuk), kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan (melebatkan) bulu mata.”

3. Nabi SAW amat suka memakai minyak wangi. Ibnu Umar r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda; “Tiga perkara yang tidak sepatutnya ditolak (oleh seseorang tetamu), iaitu; bantal, minyak wangi dan susu.” – Riwayat Qutaibah bin Sa’id, dari Ibnu Abi Fudaik, dari Abdullah bin Muslim bin Jundub dari ayahnya, bersumberkan dari Ibnu Umar r.a.

4. Warna yang menjadi kegemaran Nabi SAW ialah putih dan hijau. Namun begitu Baginda juga pernah berpakaian hitam, merah hati, kelabu dan warna bercampur-campur. Al Nasai dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a. yang berkata Rasulullah SAW bersabda; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci ( bersih) dan baik. Gunakanlah ia sebagai kapan pembungkus jenazah orang mati.

Iloveislam

TUJUH Sunnah Rasulullah SAW


1. TAHAJJUD –kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. MEMBACA AL-QURAN sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3. JANGAN TINGGALKAN MASJID – terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memaklumkan masjid Allah.
4. Jaga SOLAT DHUHA, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga SEDEKAH setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat akan selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
6. Jaga WUDHU terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
7. Amalkan ISTIGHFAR setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Iloveislam

RENUNGAN



"Amat besar kemurkaan di sisi Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan" –
Surah As-Saaf : 3

Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan ilmu bukannya apa yang hanya dihafaz semata-mata. –
Imam As-Syafi'e

Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir.
Imam As-Syafi'e

Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil ) -Imam As-Syafi'e

Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.
-Imam As-Syafi'e

Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.
-Imam As-Syafi'e

Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah. Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
-Imam As-Syafi'e

TIP PENJAGAAN KESIHATAN CARA RASULULLAH S.A.W.



1. Selalu bangun sebelum subuh
2. Aktif menjaga kebersihan
3. Tidak pernah makan berlebihan
4. Gemar berjalan kaki
5. Tidak pemarah
6. Optimis dan tidak putus asa
7. Tidak pernah iri hati
8. Pemaaf

Khamis, 17 Februari 2011

DIALOG RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS LAKNATULLAH


DIRIWAYATKAN oleh Muaz bin Jabal daripada Ibu Abbas r.a:

“Ketika kami sedang duduk dan berbincang bersama-sama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansyar, terdengar satu panggilan dari luar rumah: “Wahai penghuni rumah, bolehkan aku masuk?
Rasulullah bersabda:”Tahukah kalian siapa yang memanggil?
“ Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Baginda menjelaskan bahawa yang di luar itu adalah iblis laknatullah.
Umar bin Khattab mencelah: “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah!’’
Nabi menahannya sambil mengatakan bahawa Allah memberinya (iblis) kesempatan terus hidup sehingga hari kiamat.

“Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk itu.
Fahamilah apa yang hendak dikatakannya dan dengar baik-baik!’’ sabda Nabi Muhammad.
Ibnu Abbas r.a berkata :”Apabila pintu dibuka, ternyata dia kelihatan seperti seorang lelaki tua yang catat sebelah matanya. Di janggutnya terdapat tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya seperti taring babi dan bibirnya seperti bibir lembu.

Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin.”
Rasulullah SAW lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai makhluk terlaknat, apa yang kamu mahu?”
Iblis menjawab: “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kehendakku, namun kerana terpaksa”.

“Siapa memaksamu?” Tanya Rasulullah.
“Seorang malaikat utusan Allah menemuiku sambil berpesan:
“Allah SWT memerintahkan untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah,andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu bagai debu yang ditiup angin”.

“Muhammad, aku sekarang sudah di hadapanmu, tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku selain daripada cacian musuh”.

Orang Yang Paling Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada iblis:
“Kalau kau benar-benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?”
Jawab iblis : “Kamu, kamu dan orang seperti kamu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”
“Siapa selepas itu?” Tanya Rasulullah.
“Pemuda yang bertakwa yang mengabdikan diri kepada Allah SWT.”
“Lalu siapa lagi?”
“Orang alim dan warak.”
“Selepas itu siapa lagi?”
“Orang yang selalu bersuci ( dalam keadaan berwuduk).”
“Siapa lagi?”
“Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluh kerana kemiskinannya kepada orang lain”.
“Apa TANDA kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika dia tidak mengeluh kerana kedaifannya kepada orang lain selama tiga hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar”.

“Selanjutnya siapa yang engkau benci?”
“Orang yang bersyukur”.
“Apa tanda kesyukurannya?
“Ia mengambil kekayaan dari tempatnya, dan mengeluarkan juga dari tempatnya”.

Amalan Yang Menyakiti Iblis

RASULULLAH SAW kemudian bertanya apa perasaan iblis ketika melihat umat Baginda hendak mendirikan solat.
Iblis menjawab. “Aku merasa seram sejuk dan gementar.”
“Kenapa? Tanya Rasulullah.
“Sebab, setiap seorang hamba yang bersujud sekali kepada Allah, maka Allah akan mengangkatnya satu darjat.”
“Jika seorang umatku berpuasa?”
“Tubuhku terasa terikat.”
“Jika menunaikan fardu haji?”
“Aku seperti orang gila.”
“Jika ia membaca al-Quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.’
“Jika ia bersedekah?”
“Laksana orang itu membelah tubuhku dengan gergaji.”
“Mengapa jadi begitu?”
“Sebab dalam sedekah ada EMPAT KEUNTUNGAN baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau daripada dirinya.”

“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Orang yang solat berjemaah.”
“Apa yang paling mengganggumu?”
“Majlis para ulama.”
‘Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”
“Di manakah kau menaungi anak-anakmu pada musim panas?”
“Di bawah kuku manusia.”

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

RASULULLAH SAW seterusnya bertanya kepada iblis siapa yang menjadi teman-temannya.
Lalu iblis menjawab:
“Pemakan riba.”
“Siapa sahabat karibmu?”
“Orang yang melakukan zina.”
“Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk.”
“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir.”

“Apa yang membuatkan kamu gembira?”
Bersumpah dengan cerai.”
“Siapakah kekasihmu?”
“Orang yang meninggalkan solat Jumaat.”

Siapakah manusia yang paling membahagikan kamu?”
“ Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.”

Demikianlah sebahagian daripada dialog Nabi Muhammad SAW dengan iblis yang boleh dijadikan iktibar, pedoman dan renungan kita semua.

Petikan MILENIA Muslim Januari 2011

Ahad, 13 Februari 2011

Hari-HariKu


Assalamualaikum...
Hari-hari yang kita lalui tidak semestinya membawa seribu erti.
Mungkin juga tiada erti.
Dalam alam mana kita berada. Dalam alam sendiri yang penuh sunyi. Atau dalam keriuhan duniawi. Dalam kealpaan meniti kehendak naluri. ATAU dalam mencari jalan redha Illahi.
Semuanya akan terjawab melalui fikirmu.

Apakah dalam meniti hari, kita berjalan sendirian. Apakah kita ada kudrat fizikal yang natural.
Bukankah semua kudrat bukannya milik kita? Bukahkah kudrat itu milik Tuhan Yang Esa.
Dititip cuma untuk sementara. Dipinjam cuma untuk seketika. Untuk melihat sejauh mana
kita memanfaatkannya.

Di jalan redha atau jalan murka?
Wahai aku dan kamu...kita semuanya perlukan sesuatu...
Suatu yang menjadi hala tuju..

Kerana...
Kehidupan semua akan ke jalan tamat
Kehidupan cuma beberapa saat
Kehidupan yang hanya melihat-lihat..JIKA..tiada pemandu Hakiki
Terumbang ambing bagai liuk lintuk pepohon muda
Ke sana ke mari tiada tentu hala..

Wahai aku dan kamu ..carilah jalan itu
Jalan kebenaran tulus untuk kita tuju
Jalan kebenaran yang SATU.

11 Rabiulawwal 1432

Follow by Email