Selasa, 23 Disember 2025

Nasihat Bisyr...

Abu Nasr At-Tammar berkata: Suatu ketika ada seorang lelaki datang untuk berpamitan kepada Bisyr bin Harits, 

Ia berkata, "Aku berniat untuk pergi haji. Apakah engkau punya nasihat untukku?". Bisyr bertanya, "Berapa biaya yang telah engkau siapkan?" Ia menjawab, "Dua ribu dirham." 

Bisyr bertanya lagi, "Apa yang engkau harapkan dari hajimu itu? Apakah untuk zuhud, rindu kepada Baitullah, atau mencari ridha Allah?" Ia menjawab, "Mencari ridha Allah." 

Bisyr kembali berkata, "Jika engkau bisa mendapatkan ridha Allah sementara engkau tetap tinggal di rumah, dengan membelanjakan dua ribu dirham itu, dan engkau yakin Allah ridha kepadamu, apakah engkau mau melakukannya?" Ia menjawab, "Ya, mau." Bisyr pun berkata:

"Pergilah, lalu bagikan uang itu kepada sepuluh orang (Dari golongan berikut):

1. Orang yang terlilit utang untuk melunasi utangnya, 

2. Orang fakir untuk memperbaiki keadaannya,

3. Kepala keluarga agar tercukupi kebutuhan keluarganya,

4. Pengasuh anak yatim agar hatinya gembira.

Jika hatimu cukup kuat, berikan semuanya kepada satu orang saja." Lalu Bisyr melanjutkan: "Karena membuat seorang Muslim bergembira, menolong orang yang sedang kesusahan, menghilangkan penderitaan, dan membantu orang lemah itu lebih utama daripada seratus kali haji sunnah setelah haji Fardu dalam islam." "Bangkitlah dan keluarkan harta itu sebagaimana yang kami perintahkan. Jika tidak, maka jujurlah kepada kami tentang isi hatimu."

Orang itu berkata, "Wahai Abu Nasr, keinginan untuk bepergian (haji) lebih kuat di hatiku." Bisyr tersenyum, lalu berkata: "Harta yang dikumpulkan dari perdagangan yang kotor dan perkara-perkara syubhat, sering kali mendorong jiwa untuk menyalurkannya demi memenuhi keinginan diri, lalu dibungkus dengan amal saleh. Padahal Allah telah bersumpah atas diri-Nya, bahwa Dia tidak menerima kecuali amal yang dilakukan dengan keyakinan yang tulus."

Ihya' Ulumuddin

..sungai dalam syurga...

 عن أنس بن مالك رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل، من صام يوما من رجب سقاه الله تعالى من ذلك النهر.

Hadits riwayat Anas bin Malik, bahwa Rasulullah ﷺ bersabda: Sungguh di dalam surga terdapat sebuah sungai yang disebut Rajab. Airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Siapa saja yang puasa sehari di bulan Rajab, maka Allah ﷻ akan memberinya minum dari air sungai itu.

Ibnu Abbas menyampaikan bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:

من صام من رجب يوما كان كصيام شهر ومن صام منه سبعة أيام غلقت عنه أبواب الجحيم السبعة ومن صام منه ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنة الثمانية ومن صام منه عشرة أيام بدلت سيئاته حسنات.

Siapa saja yang berpuasa sehari di bulan Rajab, bagaikan puasa sebulan penuh. Siapa saja yang berpuasa selama 7 hari di Bulan Rajab, maka 7 pintu neraka jahim dikunci untuknya. Dan siapa puasa 8 hari di Bulan Rajab, maka 8 pintu surga dibukakan baginya. Siapa yang puasa 10 hari di bulan Rajab, maka amal-amal buruknya diganti dengan kebaikan-kebaikan.

Perkataan Mbah Maimoen Zubair, bahwa Nur Nabi Muhammad ﷺ dipindahkan dari Sayyid Abdullah kepada Sayyidah Aminah pada malam ke sepuluh bulan Rajab. Maka jika belum bisa sempurna puasa sebulan penuh minimal puasa pada 10 hari pertama bulan Rajab tersebut tafaulan dengan Nur Nabi Muhammad ﷺ, semoga kecipratan kepada kita berkah puasa dibulan Rajab, sehingga senantiasa dimudahkan oleh Allah  untuk mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah ﷺ.

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَان.

...kecuali dari jalan yang halal...

 • قال هشام بن عبد الملك لأبي حازم بن سلمة: يا أبا حازم ما النجاة من هذا الأمر؟ قال: يَسيرٌ.  قال: وما ذاك؟  قال: لا تأخُذَنَّ شيئاً إلا من حِلِّه، ولا تَضَعَنَّ شيئًا إلا في حَقِّه. قال: ومن يُطيقُ ذلك يا أبا حازم؟ قال: من طلب الجنة وهرب من النار. المصدر: المعرفة والتاريخ ليعقوب بن سليمان.

Hisyam bin Abdul Malik berkata kepada Abu Hazim bin Salamah: "Wahai Abu Hazim, apakah jalan keselamatan dari urusan (kekuasaan) ini?" Abu Hazim menjawab: "Mudah."

Hisyam bertanya: "Apa itu?" Ia menjawab: "Jangan sekali-kali engkau mengambil sesuatu kecuali dari jalan yang halal, dan jangan pula engkau meletakkan sesuatu kecuali pada tempat yang benar." Hisyam berkata: "Siapa yang mampu melakukan itu, wahai Abu Hazim?" Abu Hazim menjawab: "Orang yang benar-benar menginginkan surga dan lari dari neraka."

Dialog ini menggambarkan keberanian ulama dalam menasihati penguasa dengan kebenaran yang jernih dan sederhana. Abu Hazim merangkum seluruh etika kekuasaan hanya dalam dua prinsip: kehalalan dalam mengambil dan keadilan dalam menempatkan.

Keselamatan dari godaan jabatan bukan terletak pada kelicikan politik, melainkan pada orientasi akhirat. Orang yang hatinya tertaut kepada surga akan sanggup menahan diri dari yang haram, dan orang yang takut neraka akan berhati-hati dalam setiap keputusan.

https://whatsapp.com/channel/0029VajYRMW5K3zc0gPIZf36/625

AMAL SOLEH LEBiH BAiK

 ☆Tadabbur Kalamullah 21 Jamadil Akhir 1447H☆

ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِینَةُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱلۡبَـٰقِیَـٰتُ ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ خَیۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابࣰا وَخَیۡرٌ أَمَلࣰا 

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan" [Surah al-Kahfi 46]

#Harta benda dan anak pinak hanyalah untuk sementara sahaja. Ia memang menarik perhatian kita dan kerana itu Allah swt mengatakan ia adalah ‘perhiasan’. Tidak salah untuk ada perhiasan di dunia ini, akan tetapi kena ingat yang ia hanya di dunia sahaja. 

#Ketika hidup, Baginda saw juga memiliki harta benda. Namun, semuanya digunakan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Nabi saw ketika hidup baginda memiliki senjata, perabot, kuda, tunggangan, pakaian, ternakan susu dan unta betina yang menyusu, serta perkara-perkara lain yang diperlukan oleh Baginda saw. Baginda juga memiliki tanah di Fadak dan Khaibar. Imam Ibn al-Qayyim menyebutkan tentang hal ini:

Baginda mempunyai sembilan pedang: Matsur: pedang pertama yang dimiliki, diwarisi daripada ayahanda baginda. Al-‘Adhb, Dzu al-Fiqar dengan dibaca kasrah atau fathah pada huruf Fa’. Pedang ini hampir tidak pernah berpisah daripada Baginda. Hiasan tangkai, hulu, gelang, jambul, butang dan sarungnya daripada perak. Al-Qala‘i, al-Battar, al-Hatf, al-Rasub, al-Mikhdham, al-Qadhīb. 

Sarung pedang baginda diperbuat daripada perak, dan sambungan di antaranya juga daripada perak. Pedang Dzu al-Fiqār diperoleh Baginda dari harta anfal rampasan perang Badar, dan itulah pedang yang Baginda lihat dalam mimpi. Pada hari Fathu Makkah, Baginda masuk dengan pedang itu yang dihias dengan emas dan perak.

Baginda mempunyai tujuh baju besi: Dzat al-Fudul: Inilah yang Baginda gadaikan kepada Abu al-Syahm al-Yahudi dengan gandum untuk keluarga Baginda, sebanyak tiga puluh ṣā‘, tempoh hutang setahun. Ia dibuat daripada besi. Dzat al-Wisyāḥ, Dzat al-Ḥawāsyī, al-Sa’diyyah, Fiddhah, al-Batra’, al-Khirniq. 

Baginda mempunyai enam busur: al-Zaurā’, al-Rauhā’, al-Ṣafrā’, al-Bayḍā’, al-Katūm yang patah dalam peperangan Uhud, lalu diambil oleh Qatādah bin al-Nu’mān, dan al-Sadād.

Baginda mempunyai sebuah kantung anak panah dinamakan al-Kāfūr, dan tali pinggang kulit yang terdapat padanya tiga gelang daripada perak, kepala tali pinggang dari perak, serta hujungnya perak. Inilah yang dinyatakan oleh sebahagian ulamak.

Baginda mempunyai perisai bernama al-Zalluq, dan satu lagi bernama al-Futaq. Dikatakan juga ada satu perisai yang dihadiahkan kepada baginda, padanya ada gambar patung, lalu Baginda meletakkan tangan di atasnya, maka Allah menghapuskan gambar itu.

Baginda mempunyai lima tombak, salah satunya bernama al-Muthwī, yang lain bernama al-Muthni. Baginda mempunyai sebatang lembing dinamakan al-Nab‘ah, yang satu lagi besar bernama al-Bayḍā’ dan satu lagi kecil seperti tongkat diberi nama al-‘Anazah, baginda membawanya di hadapan Baginda pada hari raya. Ia ditegakkan di hadapan sebagai sutrah untuk Baginda solat menghadapnya, dan kadangkala Baginda berjalan dengan menggunakannya.

Baginda mempunyai topi besi diberi nama al-Muwashshaḥ, dihias seperti tembaga kuning, dan satu lagi bernama al-Subūgh atau Dzu al-Subūgh.

Baginda mempunyai tiga jubah yang dipakai dalam peperangan: Disebut bahawa salah satunya daripada sutera hijau. Diketahui bahawa ‘Urwah bin al-Zubair memiliki yalmāq, daripada kain sutera, lapisannya sutera hijau, dipakainya ketika perang. Imam Ahmad dalam salah satu riwayatnya membenarkan memakai sutera dalam peperangan.

#Terdapat beberapa jenis lagi perhiasan dunia yang dimiliki baginda saw. 

Sehebat manapun harta benda dan perhiasan dunia, semuanya akan binasa. Yang akan kekal hanyalah amal soleh yang akan membahagiakan seseorang itu di akhirat kelak. Selamat beramal soleh

🐊Ust Naim -*Telegram Channel* -http://bit.ly/tadabburkalamullah



..ANCAMAN, PERiNGATAN BAHAYA @ KHABAR BURUK...

 ☆Tadabbur Kalamullah 19 Jamadil Akhir 1447H☆

لِّیُنذِرَ مَن كَانَ حَیࣰّا وَیَحِقَّ ٱلۡقَوۡلُ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِینَ 

"Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar" [Surah Yā-Sīn 70]

#Ayat ini berkaitan tujuan al-Quran diturunkan. Iaitu untuk memberikan 'inzar'. Inzar mengandungi makna ancaman, peringatan akan bahaya, atau khabar buruk yang akan datang. 

#Ketika mana Allah dan Rasul memberi inzar, itu adalah peringatan keras tentang kesan negatif atau azab jika tidak mentaati perintah atau menjauhi laranganNya. 

#Sebagai contoh, jika sekadar kita suruh anak kita pergi sekolah, itu bukan inzar. Akan tetapi kalau kita tambah: "Kalau tak pergi, ayah akan rotan kamu", itu barulah dikira sebagai inzar.

#Inzar itu hanya berguna bagi orang yang hidup, jadi hidup yang dimaksudkan di sini adalah hati yang hidup. Ada orang yang hatinya mati dan kerana itu mereka tidak mahu terima ajaran tauhid dan syariat Islam. Hanya mereka yang hatinya hidup sahaja yang sanggup menerima ajaran tauhid dan syariat Allah swt. Hatinya hidup kerana hatinya hendak mencari kebenaran.

#Iaitu hati yang ada inabah (condong kepada kebenaran). Mereka mahu menerima kebenaran dan mencari-carinya. Dengan mempelajari ilmu tafsir al-Quran dan huraian melalui hadis Baginda saw, imannya menjadi semakin kuat. Semakin hidup hatinya dalam keimanan kerana ayat-ayat al-Quran itu mengisi hatinya. Kerana itulah al-Quran hanya boleh diterima oleh orang yang berakal waras kerana mereka telah membuka minda mereka kepada kebenaran. 

#Allah ‎swt juga telah tetapkan kepada mereka yang ingkar kepada ajakan Tauhid, menolak kebenaran al-Quran, mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka. Inilah yang Allah ‎swt telah tetapkan bagi mereka yang kufur. Allah ‎swt telah sebut janji ini dalam al-Quran di mana mereka akan diazab dengan sekeras-kerasnya. 

♡Ketahuilah bahawa al-Quran itu adalah rahmat bagi orang-orang yang beriman dan hujah bagi orang-orang yang kafir. Bagi yang mengikuti ajaran al-Quran, ia akan memperoleh syafaat di hari Kiamat kelak. Bagi yang engkar, azab yang pedih sedang menanti mereka♡

🐊Ust Naim -*Telegram Channel* -http://bit.ly/tadabburkalamullah


*

... ALANGKAH BAiKNYA KALAU.....

☆Tadabbur Kalamullah 18 Jamadil Akhir 1447H☆

فَلَمَّا رَأَوۡهُ زُلۡفَةࣰ سِیۤـَٔتۡ وُجُوهُ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَقِیلَ هَـٰذَا ٱلَّذِی كُنتُم بِهِۦ تَدَّعُونَ 

"Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!" [Surah al-Mulk 27]

#Yang dilihat mendekat itu adalah azab neraka. Azab api neraka itu adalah di masa hadapan. Namun perkataan yang digunakan adalah رَأَوْ yang bermaksud ‘telah melihat’. Nampak seperti ia telah berlaku sedangkan ini adalah peristiwa yang akan berlaku di akhirat kelak. Ini menunjukkan bahawa ia pasti berlaku. 

#Perkataan زُلْفَةً merujuk kepada sesuatu yang datang mendekat dan semakin mendekat. Contohnya seperti kita menunggu LRT, kita akan nampak ia akan datang mendekat dan mendekat. Tidak datang terus tetapi datang secara beransur-ansur. 

#Ini bermakna, mereka akan melihat janji-janji hari akhirat itu satu persatu. Mula-mula dengan kedatangan Malaikat Maut yang datang mencabut nyawa mereka. Kemudian mereka akan dibawa ke dalam kubur dan mereka akan melalui alam barzakh. Kemudian mereka akan melalui Hari Kiamat. Kemudian mereka akan dibawa ke Padang Mahsyar. Kemudian mereka akan dibicarakan. Kemudian mereka akan melalui Titian Sirat. Kemudian mereka akan melihat neraka dan akhirnya akan dimasukkan ke dalam neraka. Semua itu akan dilalui satu persatu. 

#Perkara yang disebut-sebut di dalam al-Quran dan hadis akan berlaku satu persatu. Mereka dulu semasa di dunia tidak percaya, namun di akhirat nanti mereka akan melihatnya berlaku betul-betul depan mata mereka. Mereka benar-benar akan melihat azab sebagaimana yang dijanjikan. 

#Setiap satu kejadian itu adalah dalam jangkamasa yang lama, entah berapa lama. Maksudnya mereka tidak terus dimasukkan ke dalam neraka. Mereka akan melihat bahawa janji kehidupan selepas mati itu pasti wujud dan akan berlaku. Waktu itu barulah mereka akan menyesali apakah yang mereka lakukan di dunia dahulu. 

یَـٰحَسۡرَةً عَلَى ٱلۡعِبَادِۚ  

"Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! [Surah Yā-Sīn 30]

#Namun tidak ada gunanya lagi jika waktu itu baru mereka hendak menyesal. Mereka tidak akan ada peluang untuk menyelamatkan diri lagi. Tidak akan ada peluang untuk kembali ke dunia untuk membuat kebaikan. Maka penyesalan mereka tiada penghujungnya.

وَجِا۟یۤءَ یَوۡمَىِٕذِۭ بِجَهَنَّمَۚ یَوۡمَىِٕذࣲ یَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَـٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ 

"Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?"

یَقُولُ یَـٰلَیۡتَنِی قَدَّمۡتُ لِحَیَاتِی 

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" [Surah al-Fajr 23-24]

#Apabila mereka melihat semua perkara akhirat yang berlaku itu beserta azab yang dijanjikan, muka mereka bertukar menjadi hodoh disebabkan terlalu takut kepada azab api neraka.  Hal ini kerana mereka sudah mula nampak kebenaran kata-kata para pendakwah semasa di dunia. Muka mereka menjadi suram hina kerana mereka sudah tahu apa yang mereka akan alami selepas itu adalah keburukan dan penderitaan. 

♡Bagi orang-orang yang tidak mempercayai dakwah tauhid, kejadian akhirat dan balasan di akhirat, mereka selalu kata, mana dia azab yang engkau janjikan itu?. Mereka berkata begitu kepada Rasul dan juga pendakwah. Bukan sekali dua tetapi banyak kali. Nah.. saat itu azab sudah ada di depan mata, amacam? Percaya atau tidak? Rasakanlah!!♡

🐊Ust Naim -*Telegram Channel* -http://bit.ly/tadabburkalamullah

Isnin, 22 Disember 2025

...ADALAH DARI ORANG-ORANG YANG SABAR.

☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Akhir 1447H☆

وَإِسْمَاعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا الْكِفْلِ ۖ كُلٌّ مِّنَ الصَّابِرِينَ

"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Dzu al-Kifl; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar" [Surah al-Anbiya’ 85] 

#Ibnu Kathir bercerita dalam kitabnya Qasas al-Anbiya’: Secara zahir, al-Quran menyebutkan sanjungan Allah swt kepada Zulkifli bersamaan dengan para nabi. Ini menunjukkan bahawa dia adalah seorang nabi. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepadanya. Inilah pendapat yang masyhur.

#Abu Hayyan al-Andalusi berkata: قَالَ الْأَكْثَرُونَ: هُوَ نَبِيٌّ

Majoriti ulamak mengatakan: "Zulkifli adalah seorang Nabi" (Lihat: al-Bahr al-Muhith) 

#Sayyid Qutb berkata: Zulkifli tidak begitu dikenali. Kita tidak dapat menentukan zamannya dan tempatnya. Pendapat yang lebih rajih mengatakan beliau dari kalangan para nabi Bani Israel. 

#Syeikh al-Maraghi berkata: "Adapun Nabi Zulkifli Alaihissalam digelar sebagai al-Kiflu yang bererti yang bertuah atau bertanggungjawab. Akan tetapi ulamak berbeza pendapat dalam mengemukakan kisahnya. Ada yang menyebut bahawa beliau adalah seorang Nabi dan ini merupakan pandangan majoriti. Mereka berkata bahawa beliau adalah anak Nabi Ayub Alaihissalam, diutuskan oleh Allah swt sebagai nabi selepas kewafatan bapanya. Baginda diperintah oleh Allah swt supaya menyeru manusia kepada mentauhidkanNya, kemudian Baginda bermukim di Syam sepanjang hayatnya". 

#Baginda dinamakan Zulkifli kerana baginda telah sanggup akan melakukan puasa di siang hari dan beribadah pada malam harinya, serta berjanji akan memutuskan keadilan di antara orang-orang yang dihakimi dan tidak akan marah. Kemudian ternyata baginda memenuhi apa yang telah dijanjikannya itu.

#Allah swt menyatakan bahawa Nabi Zulkifli tergolong dalam kalangan hambaNya yang tinggi kesabaran, sentiasa dalam rahmat Allah dan juga seorang yang soleh.

وَأَدْخَلْنَاهُمْ فِي رَحْمَتِنَا ۖ إِنَّهُم مِّنَ الصَّالِحِينَ

"Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh" [Surah al-Anbiya’ 86] 

#Allah telah memasukkan Baginda ke dalam rahmat khas dariNya. Baginda telah diangkat menjadi Nabi dan tentunya akan beroleh syurga yang tertinggi. Baginda adalah orang soleh dalam darjat kenabian. Itulah sebaik-baik kedudukan. 

وَاذْكُرْ إِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَذَا الْكِفْلِ ۖ وَكُلٌّ مِّنَ الْأَخْيَارِ

"Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya" [Surah Sad 48]

Semoga Allah mengurniakan kepada kita sifat kesabaran, kesolehan dan ketaqwaan seperti nabi Zulkifli dan nabi-nabi yang lain. Aamiiin

Ust Naim -*Telegram Channel*-http://bit.ly/tadabburkalamullah

JANGAN MENGKHIANATI AMANAH

 ☆Tadabbur Kalamullah 16 Jamadil Akhir 1447H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)" [Surah al-Anfal 27] 

#Al-Alusi berkata dalam Ruh al-Ma`ani: "Asal khianat ialah kekurangan sebagaimana asal menunaikan janji dengan kesempurnaan. Ianya berlawanan dengan maksud amanah. Dikehendaki di sini ialah tidak beramal dengan apa yang disuruh oleh Allah swt dan Rasulullah saw. 

#Pengkhianatan adalah haram menurut ijmak para ulamak, sama ada terhadap seorang Muslim atau seorang zimmi (bukan Muslim yang berada di bawah perlindungan negara Islam). Sama ada ia dilakukan oleh orang yang baik terhadap orang yang jahat atau sebaliknya iaitu daripada si jahat kepada si baik, atau antara dua orang yang jahat sekalipun.

#Nabi saw bersabda: لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يُنْصَبُ بِغَدْرَتِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ

"Bagi setiap pengkhianat terdapat bendera yang dipancang (dipacakkan) kerana pengkhianatannya pada hari kiamat" (HR al-Bukhari) 

#Berkata al-Muhallab: Rasulullah saw telah memberitahu bahawa hukuman bagi si pengkhianat pada Hari Kiamat ialah akan didirikan untuknya panji (bendera) agar orang ramai mengenalinya sebagai seorang pengkhianat. Maka mereka akan memandangnya dengan pandangan kehinaan, dan ini merupakan hukuman yang serupa dengan apa yang disebut oleh Allah dalam firmannya,. bagi orang yang berdusta atas nama Allah: “(para saksi berkata: Inilah orang-orang yang berdusta terhadap Tuhan mereka" (Surah Hud 18)

#Rasulullah saw pernah berpesan bahawa akan datang satu zaman, si penipu, pengkhianat akan diangkat menjadi pemimpin dan dibenarkan pengkhianatannya. 

سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ، ويُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ. قيل: وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال: الرجلُ التَّافَهُ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan percakapan orang yang benar pula didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan bersuaralah golongan al-Ruwaibidah. Baginda saw ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibidah? maka Baginda menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar" (HR al-Bukhari)

#Hadis ini menerangkan bahawa pada saat ini dunia penuh dengan penipuan, pengkhianatan dan tipu daya. Ini berlaku apabila orang yang berdusta lebih dipercayai, manakala mereka yang berkata benar ditolak dan didustakan. Ia zaman tipu daya apabila amanah dan tanggungjawab diserahkan kepada pengkhianat sebaliknya mereka yang amanah pula dikhianati.

♡Mudah-mudahan umat Islam dapat mengambil pengajaran daripada ayat al-Quran dan hadis Nabi saw agar tidak menjadi pengkhianat serta tidak memilih ketua di kalangan pengkhianat.

🐊Ust Naim -*Telegram Channel* -http://bit.ly/tadabburkalamullah

Ahad, 21 Disember 2025

TiGA PENYAiR RASULULLAH

TIGA orang penyair yang menjadi penyair Rasulullah ﷺz yang mana mereka membela Islam dengan syair-syair mereka, yaitu:

• Kaab bin Malik

• Abdullah bin Rawahah

• Hassan bin Tsabit

Dan yang paling kuat di antara mereka dalam membela Islam dengan kata-katanya adalah Hassan bin Tsabit.

Dalam sejarah Islam, puisi bukan sekadar keindahan kata, tetapi senjata dakwah dan pembelaan terhadap kebenaran. Rasulullah ﷺ memahami kekuatan kata dalam memengaruhi hati manusia, maka beliau menghargai dan mendorong para penyair yang menggunakan syair untuk menegakkan agama Allah dan membela kehormatan umat Islam. Ketiga penyair besar ini adalah simbol bahwa ilmu, seni, dan sastra pun dapat menjadi medan jihad yang agung.

1. Hassan bin Tsabit adalah penyair paling menonjol dalam membela Rasulullah ﷺ. Dengan lisannya, ia menangkis hinaan kaum musyrikin, menyanjung akhlak Nabi ﷺ, dan menanamkan semangat iman dalam hati umat. Rasulullah ﷺ bahkan mendoakannya dengan sabda:

 اللَّهُمَّ أَيِّدْهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ

“Ya Allah, kuatkanlah dia (Hassan) dengan Jibril.” HR. al-Bukhari dan Muslim)

2. Ka'ab bin Malik dikenal dengan syair-syairnya yang indah, penuh hikmah dan nasihat, serta menjadi pengingat bagi umat agar tidak lalai dalam jihad dan ketaatan.

3. Abdullah bin Rawahah adalah penyair yang menggugah hati kaum Muslimin dengan bait-bait yang menyalakan semangat iman dan keberanian di medan perang. Beliau gugur syahid di Perang Mu’tah.

Beliau bertiga adalah juru bicara kebenaran dengan lisan yang suci dan pena yang jujur. Sementara musuh menyerang dengan pedang dan ejekan, mereka melawan dengan syair dan iman.

الكلمة الطيبة جهاد، والبيان الصادق عبادة، والشعر الهادف سيفٌ من سيوف الدعوة.

Kata yang baik adalah jihad, ucapan yang jujur adalah ibadah, dan puisi yang bermakna adalah pedang dari pedang-pedang dakwah.

Catatan AL-Hikam

Barang siapa bertakwa

 . . .

Dikisahkan bahwa seseorang membacakan ayat kepada seorang ahli fikih:

 {وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ}

"Barang siapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberinya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (QS. at-Thalaq: 2–3)

Maka sang faqih itu berkata dengan penuh kerendahan hati: "Demi Allah, sungguh Allah telah memberikan kepada kita jalan keluar, padahal kita belum mencapai derajat takwa sebagaimana yang semestinya. Dan sungguh Dia telah memberi kita rezeki, padahal kita belum bertakwa kepada-Nya sebagaimana mestinya. Dan sungguh Dia telah memudahkan urusan kita, padahal kita belum benar-benar bertakwa. Maka kami pun berharap akan yang ketiga (janji Allah selanjutnya):

 {وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا}

"Dan barang siapa bertakwa kepada Allah, niscaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan melipatgandakan pahala baginya." (QS. at-Thalaq: 5).

Catatan Al-Hikam

Selasa, 9 Disember 2025

BERNIAGALAH DENGAN JUjUR

☆Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Akhir 1447H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ إِلَّاۤ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً عَن تَرَاضࣲ مِّنكُمۡۚ وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا 

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu" [Surah an-Nisāʾ 29]

Islam amat menggalakkan umatnya mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan salah satu daripada caranya. Dan pastikan perniagaan yang dijalankan mengikut ketetapan syariat dan jangan sesekali terlibat dengan suasana yang haram. Nabi saw bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid" (HR at-Tirmizi) 

Ramai di kalangan sahabat Nabi saw dan tokoh Quraisy adalah usahawan sejak dari zaman Jahiliyah lagi. 

Ibn Qutaibah menyebut: Dalam kalangan tokoh Quraisy sebelum kedatangan Islam, pekerjaan mereka adalah seperti berikut:

1. Abu Talib bekerja sebagai penjual minyak wangi, dan kadangkala menjual gandum (atau hasil bijirin).

2. Abu Bakar al-Siddiq bekerja sebagai penjual kain (bazzaz).

3. Uthman bin ‘Affan juga merupakan penjual kain.

4. Talhah bin ‘Ubaidillah adalah penjual kain.

5. Abd al-Rahman bin ‘Auf juga merupakan penjual kain dan bahan makanan seperti tamar.

6. Sa‘d bin Abi Waqqas membuat anak panah (tukang pemotong batang anak panah).

7. Al-‘Awwam, bapa kepada al-Zubair, adalah seorang tukang jahit.

8. Al-Zubair bin al-‘Awwam bekerja sebagai pelapah dan penjual daging.

9. Amr bin al-Aṣ juga merupakan pelapah dan penjual daging.

10. Al-‘Aṣ bin Hisham, saudara kepada Abu Jahl, adalah tukang besi.

11. ‘Amir bin Kuraiz juga bekerja sebagai pelapah dan penjual daging.

11. Al-Walid bin Al-Mughirah bekerja sebagai tukang besi.

12. Uqbah bin Abi Mu‘ait bekerja sebagai penjual arak.

13. Uthman bin Talhah, yang telah diserahkan oleh Rasulullah kepadanya kunci Kaabah, adalah tukang jahit.

14. Qais bin Makhramah juga bekerja sebagai tukang jahit.

15. Abu Sufyan bin Harb adalah penjual minyak zaitun dan barangan kulit (Lihat: al-Ma’arif)

Setelah sebahagian mereka memeluk Islam, mereka menjadi peniaga yang jujur dan mentaati hukum hakam yang ditetapkan Allah dalam hal ehwal perniagaan. 

Dr. Husam al-Din ‘Afanah menyebut dalam Fiqh al-Tajir al-Muslim: Para sahabat, semoga Allah meredhai mereka, telah mencontohi Nabi saw. Mereka kerap mengunjungi pasar dan menjalankan perniagaan dengan harta mereka, dan mereka tidak melihat sebarang kesalahan dalam hal tersebut.

Ahli hadis, sejarah dan sirah telah menyebut beberapa orang sahabat yang terlibat dalam bidang perdagangan, antaranya ialah Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar, Sayidina Uthman, Sayidina Talhah, Sayidina Abdul Rahman bin Auf, Sayidina Abdullah bin Umar, Sayidina Zaid bin Arqam, Sayidina al-Bara’ bin ‘Azib, dan Sayidina al-Zubair bin al-‘Awwam semoga Allah meredhai mereka semua. 

Ibn Sa‘d menyatakan dalam kitab al-Tabaqat dalam biografi Sayidina Abu Bakar r.a bahawa beliau seorang peniaga; beliau keluar ke pasar pada waktu pagi untuk menjual dan membeli. 

Ibn Sa‘d juga menyebut bahawa Sayidina Uthman r.a adalah seorang pedagang semasa zaman Jahiliyah dan selepas kedatangan Islam. (Lihat: al-Tabaqat) 

Ramai di kalangan sahabat Nabi saw adalah tokoh masyarakat yang berharta, berpengaruh, dan dihormati, serta sangat dipercayai dalam urusan perniagaan dan muamalat. Kejujuran, akhlak mulia, dan kebijaksanaan mereka menjadi antara faktor kejayaan mereka sebagai peniaga yang jujur dan bertaqwa dalam masyarakat Madinah. Contohilah mereka!!

🐊Ust Naim -*Telegram Channel*

MATI ADALAH PASTI

Tadabbur Kalamullah 14 Jamadil Akhir 1447H


☆ كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ 
 "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati" [Surah Āli-ʿImrān 185] 

 Ayat ini menekankan bahawa kematian adalah kepastian, sebahagian dari ujian hidup, dan semua manusia akan kembali kepada Allah swt. 

 Siapa tidak sedih apabila orang yang disayangi seperti ibu ayah, pasangan, anak-anak atau teman-teman baik tiba-tiba dijemput pulang ke alam abadi. Namun, itulah bezanya jiwa seorang Muslim dengan orang kafir dalam menerima kematian sebagai ujian di dunia ini. 

Orang Islam menerima ujian kematian dengan sabar, redha dan doa. Bahkan dilarang sama sekali meratapi, meraung dan berlebih-lebihan dalam menangisinya kerana itu amalan Jahiliyah. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Anas bin Malik r.a beliau berkata ketika putera Rasulullah saw, Sayidina Ibrahim meninggal dunia baginda menangis kerana kesedihan lalu berkata Sayidina Abdul Rahman bin Auf r.a kepada baginda saw:

 "Dan engkau pun menangis wahai Rasulullah?"    
Maka sabda Rasulullah saw: "Wahai anak Auf. Sungguhnya ia adalah rahmat". 
Kemudian Rasulullah bersabda: "Bahawasanya mata itu menitiskan air dan hati itu bersedih dan tiada kami sebut melainkan barang yang diredhai oleh Tuhan kami sahaja. Dan sesungguhnya kami sedang bersedih dengan perpisahan ini wahai Ibrahim" (HR al-Bukhari) 

 Dalam ajaran Islam, apabila seseorang menerima berita kematian, kita dianjurkan untuk mengungkapkan doa sebagaimana hadis daripada Sayidina Ummi Salamah r.ha katanya Rasulullah saw bersabda: "Jika ada diantara kalian tertimpa musibah, hendaklah dia berkata :

 إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ عِنْدَكَ أَحْتَسِبُ مُصِيبَتِي، فَآجِرْنِي فِيهَا، وَأَبْدِلْ لِي بِهَا خَيْرًا مِنْهَا 

 "Sesunggunya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali pada-Nya. Ya Allah aku hanya menghitung pahala musibah ini di sisi-Mu, maka berikanlah kepadaku pahala itu, dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik dari musibah ini" (HR Abu Daud) 

Mengenang orang sudah tiada tidaklah salah tetapi jika dilakukan dengan perasaan takjub dan taksub, ia boleh membawa mudarat. Tiada seorang manusia berhak dipuja dan disanjung berlebihan apatah lagi mereka yang sudah tiada di dunia ini. 

Ulamak terkenal, Muhammad ibn Isma’il as-Shan’ani rahimahullah berkata: "Meratapi mayat adalah menangis dengan mengeraskan suara sambil menyebutkan sifat dan keadaan mayat serta perbuatan dan jasa-jasa baiknya". Hadis tersebut sebagai dalil yang menunjukkan haramnya yang demikian, dan ini disepakati ulamak (Lihat: Subulus Salam)  

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: "Meratap adalah perbuatan haram dan sangat buruk. Ia harus ditinggalkan dan dicegah kerana dapat menambah duka, menyingkirkan kesabaran, menyalahi kepasrahan terhadap ketetapan Allah, dan tidak tunduk pada perintahNya"

(Lihat: Syarh Shahih Muslim) #Apa yang lebih baik adalah dengan mendoakan kesejahteraan si mati. Doa sebaiknya dipanjatkan kepada Allah swt. Mengadulah segalanya kepada Dia yang satu bukan melalui media sosial atau individu yang tidak memberi manfaat kepada si mati. 

Semoga semua kita yang pernah dan sedang diuji dengan keperitan kehilangan orang tersayang terus diberi kekuatan dan keimanan yang mantap. Semua kita adalah pinjaman Allah swt♡ 

 🐊Ust Naim

MAKSUD PERGERAKAN SOLAT MENGIKUT TASAWUF

Mengikut tasawuf, pergerakan dalam solat bukan sekadar pergerakan fizikal, tetapi melambangkan perjalanan kerohanian dari duniawi ke Ilahi;...