☆Tadabbur Kalamullah 19 Jamadil Akhir 1447H☆
لِّیُنذِرَ مَن كَانَ حَیࣰّا وَیَحِقَّ ٱلۡقَوۡلُ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِینَ
"Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar" [Surah Yā-Sīn 70]
#Ayat ini berkaitan tujuan al-Quran diturunkan. Iaitu untuk memberikan 'inzar'. Inzar mengandungi makna ancaman, peringatan akan bahaya, atau khabar buruk yang akan datang.
#Ketika mana Allah dan Rasul memberi inzar, itu adalah peringatan keras tentang kesan negatif atau azab jika tidak mentaati perintah atau menjauhi laranganNya.
#Sebagai contoh, jika sekadar kita suruh anak kita pergi sekolah, itu bukan inzar. Akan tetapi kalau kita tambah: "Kalau tak pergi, ayah akan rotan kamu", itu barulah dikira sebagai inzar.
#Inzar itu hanya berguna bagi orang yang hidup, jadi hidup yang dimaksudkan di sini adalah hati yang hidup. Ada orang yang hatinya mati dan kerana itu mereka tidak mahu terima ajaran tauhid dan syariat Islam. Hanya mereka yang hatinya hidup sahaja yang sanggup menerima ajaran tauhid dan syariat Allah swt. Hatinya hidup kerana hatinya hendak mencari kebenaran.
#Iaitu hati yang ada inabah (condong kepada kebenaran). Mereka mahu menerima kebenaran dan mencari-carinya. Dengan mempelajari ilmu tafsir al-Quran dan huraian melalui hadis Baginda saw, imannya menjadi semakin kuat. Semakin hidup hatinya dalam keimanan kerana ayat-ayat al-Quran itu mengisi hatinya. Kerana itulah al-Quran hanya boleh diterima oleh orang yang berakal waras kerana mereka telah membuka minda mereka kepada kebenaran.
#Allah swt juga telah tetapkan kepada mereka yang ingkar kepada ajakan Tauhid, menolak kebenaran al-Quran, mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka. Inilah yang Allah swt telah tetapkan bagi mereka yang kufur. Allah swt telah sebut janji ini dalam al-Quran di mana mereka akan diazab dengan sekeras-kerasnya.
♡Ketahuilah bahawa al-Quran itu adalah rahmat bagi orang-orang yang beriman dan hujah bagi orang-orang yang kafir. Bagi yang mengikuti ajaran al-Quran, ia akan memperoleh syafaat di hari Kiamat kelak. Bagi yang engkar, azab yang pedih sedang menanti mereka♡
🐊Ust Naim -*Telegram Channel* -http://bit.ly/tadabburkalamullah
*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan