Khamis, 28 September 2023

BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU-BAPA

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Daripada Abdullah bin Mas'ud رضي الله عنه وأرضاه pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ, "Apakah amalan yang paling Allah sukai?" Maka Baginda menjawab, "Solat tepat pada waktunya." Abdullah bin Mas'ud bertanya lagi, "Kemudian apa? Ya Rasulullah." Baginda menjawab, "Melakukan kebaikan kepada kedua ibu-bapa." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa?" Rasulullah ﷺ menjawab, "Jihad kerana agama Allah."- (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى berfirman, "Hendaklah kamu menyembah Allah, dan tidak mensyirikkan Allah." Dan setelah perintah menyembah Allah dan tidak menyembah selain daripada Allah. Allah سبحانه وتعالى memerintahkan hamba-Nya untuk berbakti kepada kedua ibu-bapanya. Ini adalah perintah.

Bermakna setelah hubungan kita dengan Allah سبحانه وتعالى, adalah hubungan kita kepada kedua ibu-bapa kita yang patut kita jaga. Jangan lihat orang lain. Cuba kita lihat diri kita. Bagaimana hubungan kita dengan kedua ibu-bapa kita? Bagaimana kita berbakti kepada kedua ibu-bapa kita? Bagaimana kita berkhidmat kepada kedua ibu-bapa kita?

Jika salah seorang daripada mereka, atau kedua-dua mereka telah mencapai usia yang lanjut. Maka, jangan kamu mengatakan dengan satu perkataan yang kasar, walaupon dengan perkataan "Ufh" sekalipun. Didalam bahasa arab, "Ufh" ini adalah perkataan yang paling rendah sekali. Apatah lagi kalau kamu mengatakan "Ah."

Ini adalah perintah Allah سبحانه وتعالى. Didalam Al-Quran, perkataan yang paling rendah pun, Allah melarang. Inikan pula, kita membentak, "Ah" kepada kedua ibu-bapa kita. Bayangkan, "Ufh" itu yang lembut pun dilarang oleh Allah سبحانه وتعالى. Inikan pula meninggikan suara. Jangan. Jangan.

Dan Allah سبحانه وتعالى, berfirman didalam Al-Quran; "Hendaklah kamu sentiasa berkata-kata dengan mereka, dengan perkataan yang baik." Dan sentiasalah merendahkan diri kamu dihadapan mereka. Akhir zaman, anak-anak buat lebih daripada itu, kepada ibu-bapa mereka.

Ada diantaranya, yang saman ibu-bapa mereka. Oleh kerana, ibu-bapa mereka tidak mampu, untuk membiayai yuran pengajian anak mereka. Lalu terpaksa berhenti belajar, Ibu-bapa tersebut, disaman oleh anak mereka. Ada yang lebih teruk lagi, ada yang sanggup membunuh kedua ibu-bapa mereka.

Apakah mereka tidak melihat ayat-ayat Allah? Ada juga, yang merasakan, diri mereka lebih alim daripada kedua ibu-bapa mereka. Dia berkata, "Ah, ibu-bapa aku jahil dalam agama. Apa dia tahu, aku yang belajar agama. Mak bapak aku pulak yang nak tegur aku. Aku yang belajar, hadir banyak majlis ilmu, tiba-tiba nak tegur aku."

Dia merasakan, "Ilmu aku lebih tinggi, daripada mereka." Barangsiapa yang merasakan, diri mereka lebih tinggi, lebih alim, takabur dengan kedua ibu-bapanya. Maka, dia hina disisi Allah سبحانه وتعالى. Sekalipun benar dia alim. Tidak bermakna seseorang itu berilmu, maka dirinya lebih baik, daripada kedua-ibubapanya. Tidak. Sepatutnya dia lebih tawaduk. Sepatutnya ilmu agama, lebih cinta kepada kedua ibu-bapa.

Ilmu agama sepatutnya, meleburkan sifat takabur didalam dirinya. Sepatutnya lebih merendah diri dengan ibu-bapanya. Dengan makhluk Allah سبحانه وتعالى. Lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa. Dan adab kita kepada kedua ibu-bapa kita, adalah sentiasa mendoakan mereka. Doa anak-anak yang soleh itu menjadi cahaya kepada kedua ibu-bapa.

Kita hendaklah sentiasa mendoakan mereka, "Ya Allah, peliharalah kedua ibu-bapaku, sebagaimana, mereka memelihara aku, diwaktu aku kecil, Ya Allah." Amin. Sentiasalah mendoakan untuk mereka, tidak kira selepas solat, membaca Al-Quran, doa, walaupun setelah mereka tiada.

Kita tetap tersenarai didalam senarai, anak-anak yang berkhidmat, yang berbakti kepada kedua ibu-bapa. Selain itu, lunaskan hutang-piutang mereka, dan menyambung silaturahim dengan sahabat-sahabat mereka. Pintu berbakti kepada kedua ibu-bapa masih terbuka, walaupun mereka telah tiada. Demikian kasih dan sayang seorang anak kepada kedua ibu-bapanya."

Pengajian Kitab Hadith Bersanad,

Kitab Al-Adab Al-Mufrad,

Imam Al-Bukhari رحمه الله تعالى.

[Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...