Khamis, 28 September 2023

ILMU AKHLAK & ADAB

 ‎۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Di dalam majlis zikir majlis ilmu ada keberkatan. Sesungguhnya orang yang menghadiri majlis ilmu, akan disembuhkan penyakitnya zahir dan juga batin. Dan Apakah maksud dengan menjaga Allah سبحانه وتعالى?

Maksud menjaga Allah سبحانه وتعالى adalah dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Seorang mukmin itu dia taat kepada perintah Allah سبحانه وتعالى. Dia hendaklah sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsunya.

Dan kita hendaklah bersama Rasulullah ﷺ. Kena bersama Nabi. Apa maksud bersama Nabi? Maknanya kita perlu mengikut setiap gerak-geri Nabi. Barangsiapa yang mendahulukan adab maka dia bersama Nabi.

Kita nak masuk rumah ikut adab. Nak makan perlu ikut adab. Kalau dia ikut cara Nabi makan, maka Nabi akan bersamanya. Sesuai dengan firman Allah سبحانه وتعالى; "Wahai Muhammad kekasih-Ku. Seandainya kau kasih kepada Aku maka ikuti hak Aku." Itu adalah firman Allah kepada Nabi.

Maka Nabi juga berkata kepada umatnya. Dan ikutlah keseluruhan daripada jiwaku, daripada sifatku, daripada adabku. Dan keseluruhan sifat Nabi itu tidak terhad kepada adab dan syariat sahaja. Ianya apa yang dibimbangkan dan apa yang difikirkan oleh Nabi maka, perlu kita mempelajari sirahnya.

Allah سبحانه وتعالى tidak leka dengan makhluknya yang kecil. Allah mentadbir setiap air mata yang mengalir dari mata. Setiap titisan darah yang mengalir ke jantung. Segalanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah.

Setiap mukmin perlu berusaha untuk merasakan bahawa setiap gerak-gerinya dilihat dipantau dipandang dan segala pengkhianatan matanya pengkhianatan hatinya segalanya dalam ilmu pengetahuan dan pengawasan Allah سبحانه وتعالى.

Maqam muraqabah ialah satu perasaan ketakutan kepada Allah سبحانه وتعالى. Patut merasa diri sentiasa diawasi dilihat oleh Allah. Dan maqam mushahadah ialah setiap gerak gerinya setiap ibadatnya setiap perilakunya akan nampak Allah سبحانه وتعالى. Dan ini adalah maqam yang paling tinggi. Yang perlu kita usahakan.

Kalau dia tidak merasa Allah سبحانه وتعالى melihatnya, maka tercalar imamnya dihadapan Allah. Oleh kerana malunya perbuatan yang Allah paparkan di padang mahsyar nanti, sehinggakan dia malu sampai meleleh mukanya.

Dan apabila dihari kiamat nanti, recorder di'on'kan start manusia itu baligh sehingga hembusan nafas terakhir. Ianya akan dipaparkan, dan setiap anggota akan bercakap bersaksikan perbuatannya di dunia ini. Seseorang yang duduk lebih selamat daripada org yang berdiri. Orang yang berdiri lebih selamat daripada orang yang berlari. Orang yang berlari lebih slamat daripada org yang menari kerana hampir kepada fitnah.

Makna fitnah mengikut agama ialah ujian yang merosakkan agama, dunia, akhirat dan hati. Jika kamu rasa akan dibunuh maka kamu biarkan dibunuh jangan kamu melawan. Dan jangan kamu mengangkat senjata . Dan jangan kamu memberontak kepada kerajaan yang zalim sekalipun.

Kerana ianya untuk mengelakkan fitnah dan mengekalkan konsep wasatiah. Mana yang patut disederhanakan. Mana yang patut kita utamakan. Kalau boleh lari ke kawasan selamat. Maka lari. Seperti kisah Saidina Hassan رضي الله عنه وأرضاه, yang menyerahkan tampuk pemerintahannya tanpa pertumpahan darah. Dan juga Saidina Hussein رضي الله عنه وأرضاه, mengelakkan tanah haram dihalalkan pertumpahan darah.

Rasulullah ﷺ selalu cium di leher Saidina Hussein dan cium di mulut Saidina Hassan. Lalu Fatimah bertanya; "Wahai Rasulullah, kenapa kau selalu cium mereka disitu?" Rasulullah ﷺ berkata, "Mereka ini ahli syurga. Yang mati dipancung dilehernya iaitu Saidina Hussein. Dan diberi minum racun iaitu Saidina Hassan."

Ahli keluarga Rasulullah akan dibantai, diburu, dibenci, dicela, dimaki sehinggalah kemunculan Imam akhir zaman nanti, Imam Mahdi. Sehingga panji hitam dikibarkan. Dan panji hitam tidak akan ada pertumpahan darah diatas perkara-perkara yang batil. Maka, hendaklah kita menjauhi dalam mana-mana pertumpahan darah. Apa sahaja, yang berlaku diluar sana. Peperangan, pergaduhan, jangan kamu masuk campur, jangan menyertai mereka.

an kita jauhi daripada fitnah. Jika diserang oleh seseorang dengan biadap, maka kita balas dengan adab. Kalau diserang lagi hebat biadabnya, maka kita perhebatkan perbalasan adab kepada mereka. Kerana tidak semua mempelajari adab, dan apabila tidak mempelajari ilmu adab, akhlak, maka tiadalah bagi seseorang itu, landasan ilmiah."

[Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...