Rabu, 27 September 2023

TEMAN ...

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Carilah teman yang dimaksudkan oleh hadis Nabi ﷺ riwayat Imam Ahmad :

روى الامام أحمد من طريق ابن خُثَيم، عن شَهْر بن حَوْشَب، عن أسماء بنت يزيد بن السكن؛ أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "ألا أخبركم بخياركم؟". قالوا: بلى يا رسول الله. قال: "الذين إذا رُؤوا ذُكر الله، عز وجل"

Asma' binti Yazid bin Sakan menceritakan bahawa Nabi pernah bertanya dengan pertanyaan : "Mahukah kamu, daku khabarkan sebaik-sebaik orang yang boleh dijadikan teman?"

Para sahabat menjawab : "Bahkan, wahai Rasulullah!"

Sabda baginda : "Sebaik-baik teman itu ialah apabila kamu melihat mereka, akan teringat pada Allah."

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...