Jumaat, 29 September 2023

PUISI HARI JUMAAT

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Oleh : Syeikh Ahmad Al-Fathani

Maka riwayat pula dari khabar yang mulia,

Pada hari Jum'at itu, hari yang mulia.

Maka hari Jum'at dan malamnya ia,

Tetap nuthfah Muhammad pada ibu yang mulia.

Lagi dijadikan pula Adam yang mulia,

Pada hari Jum'at sangat eloknya ia.

Lagi diampun pula akan Adam yang mulia,

Pada hari Jum'at yang tersalahnya ia.

Lagi dimasukkan pula akan Adam yang mulia,

Pada dalam syurga, ia tempat yang sedia.

Lagi banyaklah ganda dengan amal yang mulia,

Dari hari yang lain dengan sedikit ia.

Lagi diganda pula akan jahatnya ia,

Dari hari yang lain dengan kurangnya ia.

Maka siapa ada satu amal yang mulia,

Tujuh puluh ribu yang digandakan dia.

Pada satu sedekah dan selawat yang mulia,

Maka dapatlah banyak yang digandakan dia.

Lagi baca pula akan Qur'an yang mulia,

Akan surah Al-Kahfi dan Sajadah yang mulia.

Pada hari Jum'at dan malamnya ia,

Maka dapatlah dengan nur bercahaya.

Lagi diampunkan pula akan dosanya ia,

Pada satu Jum'at yang di hadapan ia.

Lagi dapatlah ia dengan untung bahagian,

Pada matinya itu hari Jum'at yang mulia.

Maka banyaklah kamu dengan amal yang mulia,

Pada hari Jum'at itu, hari yang bahagia.


Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...