Khamis, 23 Jun 2011

5F Yang Diperkenalkan Oleh Yahudi

by Ustaz Nasir
Sesungguhnya orang Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan kata lain orang Yahudi ini mahu melihat sehingga ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.

Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu bersolat atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah umat Islam.

Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah SWT dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.

Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam Al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya umat Islam tergelincir daripada landasan Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, umat Islam juga turut masuk neraka bersama mereka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad SAW.

F pertama ialah FILEM


Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

contoh filem yang jelas membuktikan artis Malaysia (Islam) tiada rasa malu lagi apabila mendedahkan aurat. Ini adalah kejayaan besar Yahudi mengubah fikiran orang Islam. Bagi sesetengah artis, mereka perlu melakukan apa saja termasuk berbogel untuk menghidupkan watak yang dilakonkan.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti ‘Akhirat’, ‘Gubra’, ‘Mukhsin’, ‘Sepet’, ‘Anak Halal’, ‘KL Menjerit’ dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah SWT, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F kedua ialah FAMILY

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan umat Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut dengan sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

Apa yang paling ditakuti sekarang ialah apabila ibu bapa tidak mengambil berat berkenaan dengan pembelajaran ilmu agama. Dan jangan terkejut jika ramai ibu bapa sekarang yang tidak mengambil tahu berkenaan solat anak-anak mereka.

F ketiga ialah FESYEN

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F keempat ialah FUN

Segala macam hiburan di sampaikan dalam pelbagai cara dan kaedah. Yang paling merisaukan kita apabila hiburan-hiburan melampau ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contoh hiburan terkini adalah seperti rancangan realiti tv, ‘akademi fantasia’, ‘malaysia idol’, ‘one in a million’, ‘gangstarz’, ‘sehati berdansa’ dan macam-macam lagi. Rancangan yang disusun rapi ini dapat melalaikan umat Islam sehingga ada yang tertinggal solat kerana tidak mahu ketinggalan dari menontonnya. Malah pembaziran wang ringgit juga berlaku melalui undian SMS.

F kelima ialah FOOD

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McDonald, Starbucks dan lain-lain.

Dan....mungkinkah ada F yang ke enam? Facebook????

Semoga dengan apa yang disampaikan ini menjadi satu pedoman, tembok dan penghalang kepada kita umat islam di akhir zaman ini agar tidak mudah terperangkap dan leka dengan segala macam perangkap dari musuh-musuh Allah SWT ini.

Wallahu’alam.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...