Khamis, 23 Jun 2011

Pohon Kurma Menangis

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah saw beratap batang pokok kurma. Jika Rasulullah saw berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pohon kurma. Kerana jumlah umat Islam bertambah, maka dibuatlah mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah saw ketika berkhutbah. Para sahabat pun membuat mimbar dari kayu. Setelah beres, Rasulullah saw datang ke mimbar untuk berkhotbah.

Namun, ketika naik mimbar terdengarlah rintihan seperti rintihan unta dan goncangan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.

Rasulullah saw tersenyum. Rasulullah saw turun dari mimbar dan mendatangi pohon kurma yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah saw meletakkan tangan baginda pada batang pokok kurma dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.

Rasulullah saw berkata pada pohon kurma itu: "Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, engkau aku tanam di syurga, supaya para wali Allah boleh memakan buah buahmu. "

Batang kurma itu menjawab: "Saya memilih untuk ditanam di syurga sehingga wali wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat di dalamnya saya kekal."

Goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah saw kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah saw berkata: "Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana!"

Inilah kisah batang kering dari pohon kurma yang menangis kerana rindu kepada Rasulullah saw. Bayangkan sebatang pokok kurma tidak mahu jauh dari Rasulullah saw, padahal cuma terletak beberapa meter, tapi pokok kurma tidak mahu jauh dari Nabi Muhammad saw.

Bagaimana dengan anda? Saya sendiri belum dapat membuktikan kecintaan dan kerinduan kepada Al-Mushthafa Muhammad saw. Belum mencintai sepenuh hati, baru sebatas ucapan dan nota-nota. Maafkan aku ya Rasulullah saw ....

Ya Rasulallah .... Ya Imamarrohmah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...