Isnin, 13 Jun 2011

RENUNGKAN…

Siapakah orang yang paling sibuk?
Orang yang suka melewat-lewatkan waktu sholatnya,seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.”
Lalu sambil berkata,”Ya Rabb, Aku ridha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang bersyukur dengan apa yang dimiliki dan banyak tabungan sedekahnya.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan selalu mengumpul-ngumpulkan hartanya.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang berakal?
Orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah KITA?
KITA sendiri yang boleh menjawab termasuk ‘siapa’ dan yang mana…

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...