Jumaat, 3 Jun 2011

KELUARNYA DAJJAL

Oleh: Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Pemahaman Ahlus Sunnah tentang Dajjal sebagai berikut:

1. Siapakah Dajjal?
Dajjal adalah seorang anak Adam yang mempunyai ciri-ciri yang jelas, akan dapat dikenali oleh setiap mukmin apabila ia telah keluar, sehingga mereka tidak terkena fitnahnya. Fitnah Dajjal adalah fitnah yang paling besar di muka bumi.

2. Di Antara Ciri-Ciri DajjalSeorang yang masih muda, wajahnya merah, pendek, kakinya bengkok, rambutnya keriting, mata sebelah kanannya buta (menonjol keluar) bagaikan buah anggur yang mengapung, di atas mata kirinya ada daging tumbuh, tertulis di antara kedua-dua matanya: (ك ف ر / كافر (kafir)) boleh dibaca oleh setiap Mukmin yang bisa baca tulis dan yang tidak boleh baca tulis. Dajjal adalah seorang yang mandul tidak mempunyai anak.
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:.

ما من نبي إلا وقد أنذر أمته الأعور الكذاب: ألا إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور, مكتوب بين عينيه: ك ف ر يقرؤه كل مسلم,
"Tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah memperingat-kan umatnya tentang Dajjal yang buta sebelah lagi pen-dusta. Ketahuilah bahawa Dajjal matanya buta sebelah se-dangkan Allah tidak buta sebelah. Tertulis di antara ke-dua matanya: ك ف ر / كافر ( kafir)-yang mampu dibaca oleh setiap Muslim-. " [2]

3. Tempat Keluarnya Dajjal
Dajjal akan muncul dari arah timur dari Khurasan (kini terletak di Iran timur) dengan diiringi 70,000 orang Yahudi Ashbahan (sebuah bandar di tengah Iran). [3]

4. Tempat Yang Dimasuki Dajjal
Dajjal berjalan di muka bumi dengan cepat seperti hujan yang ditiup angin, ia masuk ke setiap negeri kecuali Makkah dan Madinah kerana (kedua-dua kota tersebut) dijaga para Malaikat. Ketika ia tidak dapat masuk Madinah, maka kota Madinah bergoncang tiga kali, lalu keluarlah orang kafir dan munafiq, kaum munafiq laki-laki dan perempuan (keluar) menuju Dajjal. [4] Dalam riwayat lain, keluarlah orang munafiq laki-laki dan perempuan, dan fasiq laki-laki dan perempuan menuju Dajjal, itulah Yaumul Khalash (hari Pembebasan). [5] Di riwayat yang lain, Dajjal tidak dapat masuk ke empat masjid iaitu:
Masjid al-Haram, Masjid Nabawy, Masjid al-Aqsa, dan Masjid ath-Tuur. [6]


5. Kewujudan Dajjal Di Muka BumiDajjal berada di muka bumi selama 40 hari. Sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu, dan sisa-nya seperti hari-hari biasa. [7]

6. Fitnah Dajjal
Fitnah Dajjal merupakan fitnah yang paling besar sejak Allah ciptakan Adam sampai hari Kiamat. [8] Dajjal membawa dua sungai yang mengalir, salah satunya terlihat air putih, dan yang lainnya terlihat api yang menyala-nyala, apabila seseorang mendapati hal itu hendaklah ia masuk ke sungai yang tampak api, pejamkan mata, tundukkan kepala, minumlah! Itu adalah air yang sejuk. [9] Dajjal mengaku sebagai rabb, menyuruh hujan untuk turun, lalu turun, menyuruh bumi untuk menumbuhkan tanaman, lalu tumbuh tanaman, menghidupkan orang mati dan yang lain sebagai fitnah bagi kaum Muslimin. [10]

7. Dibunuhnya DajjalDajjal akan dibunuh oleh Nabi 'Isa Alaihissalam di Bab Ludd (suatu desa di dekat Baitul Maqdis, di Palestin). [11]

8. Penjagaan Diri dari Fitnah Dajjal
a. Berlindung kepada Allah dari fitnahnya, setiap selesai dari tasyahhud akhir setiap solat.

Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
إذا فرغ أحدكم من التشهد الآخر, فليتعوذ بالله من أربع: من عذاب جهنم, ومن عذاب القبر, ومن فتنة المحيا والممات, ومن شر المسيح الدجال.
"Apabila seseorang di antara kamu telah selesai tasyahhud akhir, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari empat hal: (1) dari azab Jahannam, (2) dari azab kubur, (3) fitnah hidup dan mati, serta (4) dari kejahatan fitnah al- Masih ad-Dajjal. "[12]

Do'a perlindungan dari fitnah Dajjal yang dibaca selepas tasyahhud akhir setiap solat adalah sebagai berikut:
اللهم إني أعوذ بك من عذاب جهنم, ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات, ومن شر فتنة المسيح الدجال.
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati, serta dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal." [13]

b. Menghafal sepuluh ayat pertama Surah al-Kaahfi
 Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
من حفظ عشر آيات من أول سورة الكهف, عصم من الدجال  .
"Sesiapa yang hafal sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi, dia terjaga dari fitnah Dajjal." [14]

Pada riwayat yang lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
..
جواركم من فتنته فمن أدركه منكم فليقرأ عليه فواتح سورة الكهف فإنها...
"Sesiapa di antara kamu yang mengetahui fitnah Dajjal, maka bacalah beberapa ayat pada awal surah al-Kahfi, kerana sesungguhnya itu akan melindungi kamu dari fitnahnya (Dajjal)." [15]


c. Menjauhi tempat fitnah dan tidak mengikutinya.d. Tinggal di Makkah dan Madinah.
Imam an-Nawawi Rahimahullah [16] di dalam Syarah Shahiih Muslim menukilkan perkataan al-Qadhi Iyadh Rahimahullahj: [17] "Hadis-hadis tentang Dajjal merupakan hujjah Ahlus Sunnah tentang kesahihan adanya Dajjal. Bahawa ia merupakan sosok tertentu yang dengannya Allah menguji para hamba-Nya. "


Allah membekalkannya dengan kemampuan untuk melakukan banyak hal, seperti menghidupkan mayat yang telah dibunuhnya. Ia (Dajjal) seolah-olah dapat mencipta segala kemewahan dunia, sungai-sungai, Syurga dan Neraka, tunduknya segala kekayaan bumi padanya, memerintahkan langit untuk menurunkan hujan maka terjadilah hujan, memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, maka tumbuhlah. Semua itu atas kehendak Allah. Kemudian ia dilemahkan, sehingga tidak mampu untuk membunuh seorang pun juga dan membatalkan perintahnya. Akhirnya terbunuh di tangan 'Isa bin Maryam. Pemahaman ini ditentang dan diingkari oleh Khawarij dan Jahmiyah serta sebahagian dari kaum Mu'tazilah. "[18]
[Disalin dari kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafie, PO BOX 7803/JACC 13340A. Cetakan Ketiga Jumadil Awwal 1427H/Juni 2006M]
_________Footnotes

[1]. Keterangan lebih lanjut lihat an-Nihaayah fil Fitan wal Malaahim oleh Ibnu Katsir, Qishshatul Masiih ad-Dajjaal wa Nuzuuli 'Isa Alaihissalam wa Qatlihi iyyaahu oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dan Asyraathus Saa'ah oleh Dr. Yusuf al-Wabil (hal. 275-335).

[2]. HR. Al-Bukhari (no. 7131, 7408), Muslim (no. 2933), Abu Dawud (no. 4316, 4318), at-Tirmidzi (no. 2245), Ahmad (III/103, 173, 276, 290), dari Sahabat Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu. Lafaz yang ada dalam kurung milik Muslim dan Ahmad. Lihat Qishshatul masiihid Dajjaal oleh Syaikh al-Albani (hal. 53).
[3]. HR. Muslim (no. 2944), Ahmad (no. 13277) tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, hadis ini darjatnya hasan, dari Sahabat Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu.
[4]. HR. Al-Bukhari (no. 1881), Muslim (no. 2943), Ahmad (III/191, 206, 238, 292) dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu
[5]. HR. Ahmad (IV/338) dan Hakim (IV/543) dari Sahabat Mihjan bin al-Adru 'Radhiyallahu' anhu
[6]. HR. Ahmad. Imam al-Haitsamy berkata: "Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, rawi-rawinya shahih." (Majma'uz Zawaa-id VII/343). Al-Hafizh Ibnu Hajar ber-kata: "Rawi-rawinya tsiqah." (Fat-hul Baari XIII/105).
[7]. HR. Muslim no. 2937 (110), Abu Dawud no. 4321.
[8]. HR. Muslim (no. 2946) dari Sahabat 'Imran bin Hushain Radhiyallahu' anhu.
[9]. HR. Muslim (no. 2934 (105)) dari Sahabat Hudzaifah Radhiyallahu a'nahu
[10]. HR. Muslim (no. 2937 (110)).
[11] HR. At-Tirmidzi (no. 2244), Ibnu Hibban (no. 1901-Mawaariduzh Zham'aan), Ahmad (III/420), dari Sahabat Mujammi 'bin Jariyah al-Ansari z. At-Tir-midzi berkata, "Hadis ini hasan sahih."
[12]. HR. Muslim (no. 588 (130)) dari Sahabat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu.
[13]. HR. Muslim (no. 588 (128)) dari Sahabat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu
[14]. HR. Muslim (no. 809) dan Ahmad (VI/449) dari Sahabat Abu Darda 'Radhiyallahu' anhu. Hadis ini sahih, lihat Silsilatul Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 582).
[15]. HR. Muslim (no. 2937 (110)), Abu Dawud (no. 4321) dari an-Nawwaas bin Sam'an al-Kilabi Radhiyallahu. Hadis ini sahih, lihat Shahiih Abi Dawud (no. 3631).
[16]. Nama lengkapnya adalah Yahya bin Syaraf bin Murri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jum'ah bin Hizam, Abu Zakaria an-Nawawi. Seorang ahli fiqh dan hadis, lahir tahun 631 H. Di desa Nawa di Suriyah dan meninggal dunia tahun 676 H. Beliau adalah seorang yang menguasai ilmu hadis, fiqih, bahasa, seorang yang zuhud dan wara. Penulis dari kitab Riyaadhus Shaalihiin, Syarah Shahiih Muslim, al-Majmuu 'Syarhul Muhadzdzab, al-Adzkaar dan yang lain.
[17]. Nama lengkapnya al-Qadhi Iyadh bin Musa bin Iyadh bin 'Umar al-Yahshabi as-Sabti t, seorang Imam yang faqih di negeri Maghrib, lahir 476 H, menjadi Imam dalam bidang hadith, nahu, bahasa dan nasab. Menjadi Qadhi di negerinya (Sabtah) dalam waktu yang lama, kemudian menjadi Qadhi di Granada. Beliau meninggal dunia di Maghribi tahun 544 H.
[18]. Syarah Sahih Muslim (XVIII/58).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...