Ahad, 5 Jun 2011

KEJERNIHAN KERINGANAN BATIN

APABILA seseorang hamba itu mencapai kerohanian yang tinggi, hatinya (batinnya) akan jadi suci dan ringan.
ALLAH SWT berfirman dalam surah Ar Raad: Ayat 20 -24:
“ Iaitu orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merosakkan perjanjian.” (Ayat:20)
“Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mereka takut pada Tuhannya dan takut pula pada hisab yang buruk.” ( Ayat: 21)
“Dan orang-orang yang sabar  kerana mencari keredahan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan pada mereka secara sembunyi atau terang-terangan  serta menolak kejahatan dengan kebaikan. Orang-orang itulah  yang mendapat tempat kesudahan yang baik.” (Ayat :22)
“ (Iaitu ) syurga ‘AND yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.” ( Ayat :23 )
“(Sambil mengucapkan) “Salamun alaikum bima shobartum” ,maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
Apabila roh sudah suci dan ringan maka rasa ringanlah hati untuk mentaati ALLAH. Nafsu akan berubah dari nafsu-nafsu yang rendah kepada nafsu mutmainnah. Ketika ini diri akan sentiasa merasa kita adalah hamba ALLAH. Mahu hidup sebagai hamba, ingin berkhidmat sebagai hamba, dan rela menerima apa sahaja qadak dan qadar  ALLAH, tanpa soal jawab atau perasaan resah gelisah.
Sifat-sifat hati tersebut ialah:
1.       RASA MALU pada ALLAH kerana sentiasa merasa diawasi olehNYA.

2.       RASA TAKUT  pada ALLAH kerana terasa diri sentiasa berada dalam kuasa ALLAH yang mana ALLAH boleh apa sahaja seperti sakit, miskin, mati dan lain-lain.

3.       Sentiasa RASA BERDOSA pada ALLAH (bukan depan manusia, kerana ada kesalahan-kesalahan sulit yang tidak dapat dikesan seperti dosa-dosa hati ) sebab itu, selalu menangis seorang diri (bukan depan orang) kerana takut dosanya tidak terampun.

4.       TIDAK menangguh-nangguhkan urusan dengan ALLAH kerana hati sentiasa MENYEDARI  kedatangan maut itu bila-bila masa sahaja boleh berlaku.

5.       Setiap kali terbuat kesalahan yang kecil pun hati rasa takut dan terhina  di depan ALLAH dan terus dengan serta merta meminta ampun kepada ALLAH SWT.
6.       Setiap kali selesai beramal, hati merasa itu adalah kurnia ALLAH bukan kuasa sendiri. Jadi diri tidak merasa bangga, malah rasa amalannya tidak sempurna bersama rasa harapan kasihan belas daripada ALLAH agar menerima amalannya.
7.       Kalau ALLAH menentukan sesuatu hal pada dirinya, hatinya meredhakan kepada ALLAH ( tanpa kesal dan keluh kesah) kerana diri sedar kerendahan dirinya yang layak menerima apa sahaja takdir ALLAH.
8.       Setiap kali melihat pemandangan alam yang indah, hati segera terasa kebesaran ALLAH.
9.       Kalau mendapat kejayaan atau nikmat, hati terasa itu pemberian ALLAH, bukan kemampuan sendiri, sebab itu diri merasa takut pada ALLAH, kalau nikmat itu disalahgunakan atau kurang disyukuri.
10.   Kalau  diri dimiskinkan ( atau tidak memperoleh nikmat) hatinya rasa lapang, kerana diri merasakan terlepas  dari tanggungjawab untuk menjaga amanah daripada ALLAH.
11.   Kalau mendapat bala seperti sakit, hati menerima dengan tenang kerana merasakan bala adalah kifarah (balasan) atas dosa-dosanya. Diri redha , lebih baik dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat. Penderitaan di dunia adalah pengampunan dosa di akhirat.

12.   Apabila menerima pujian, hati merasa tidak senang sebab pujian itu tidak layak bagi dirinya, sebaliknya boleh merosakkan rasa kehambaannya.
13.   Kalau dikeji atau dihina orang, hatinya rasa kasihan pada orang yang menghinanya dan segera memaafkan orang itu. Diri merasa kerana dosa-dosanyalah dia dihukum begitu ( atau kalau tidak begitu dia akan mendapat pahala daripada penghinaan itu ), kerana diri tidak berniat langsung untuk membalas perbuatan tersebut.
14.   Diri sentiasa berlapang dada berhadapan dengan ragam dan kesusahan yang manusia timpakan ke atasnya.
15.   Tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian dan tidak  menderita dengan kejian. Hati sentiasa rasa penghambaan, merasa serba kekurangan dan amat memerlukan ALLAH SWT dalam semua keadaan.
16.   Kalau melihat maksiat atau tahu orang membuat maksiat, diri bersyukur pada ALLAH, kerana dirinya terhindar daripada berbuat maksiat. Sebaliknya diri tidak menghina orang yang melakukan maksiat itu tetapi rasa kasihan dan ingin menolong dengan memberi nasihat. Seterusnya diri tidak menaruh sangka jahat pada orang itu, sebaliknya menganggap kesalahan yang dilakukan orang ityu adalah kerana tidak tahu, terlupa atau tidak sengaja.
17.   Ketika berhadapan dengan orang yang memarahinya, diri tidak lawan marah atau lawan bertekak sekalipun dia berada di pihak yang benar.
18.   Berhadapan dengan kepandaian orang lain, diri akan menerima ilmu atau kebenaran, sekalipun daripada seorang kanak-kanak. Kalau bermuzakarah tidak menunjuk-nunjuk. Sebaliknya jika diri pandai tidak pula merasa megah.
19.   Kalau orang memuji seorang lain  di hadapannya, diri tidaklah sakit hati, lantaran faham akan kekuasaan (hak) ALLAH dalam melebihi atau mengurangkan nikmat kepada hamba-hambaNya.
20.   Kalau ada orang lain membuat kerjannya, dia tidak meradang, sebaliknya rasa dia terbantu.
21.   Kalau dia digemari ramai, dia tidak merasa bangga, sebaliknya merasa bimbang kalau-kalau itu membuatkan diri riak.
22.   Dia tidak makan seorang diri, dan kalau member bantuan pada seseorang tidak dihadapan orang lain.
23.   BERAMAL DAN BERIBADAH KERANA ALLAH ( KERANA RASA INGIN BERKHIDMAT SEBAGAI HAMBA) BUKAN KERANA SYURGA ATAU NERAKA.
            Wallahualam.
           Oleh :Ustaz AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...