Sabtu, 17 Ogos 2024

HUDZAIFAH IBNU YAMAN

Biodata & Kisah Hidupnya

·       by Umar Abu Hafs

·       Siapakah Hudzaifah Ibnu Yaman? Artikel ini akan membincangkan salah seorang sahabat nabi SAW yang anda perlu ketahui.

·       Siapakah Hufzaifah Ibnu Yaman?

·       Hudzaifah bin Yaman lahir dari sebuah keluarga muslim pada awal datangnya agama Islam yang dibawakan oleh baginda Rasulullah SAW dan ini bermaksud bahwa beliau sudah terlebih dahulu memeluk agama Islam sebelum bertemu secara fisik dengan Rasulullah SAW. Hudzaifah bin Yaman sangat dikenal dikalangan para sahabat sebagai orang yang dipercaya oleh Rasulullah SAW dalam menyimpan suatu rahasia dan sebagai seorang penyelidik jika terjadinya suatu permasalahan.

·       Rasulullah SAW memerhatikan serta menilai pribadi yang dimiliki oleh Hudzaifah Ibnul Yaman. Baginda mendapatkan tiga keistimewaan yang sangat terlihat dari pribadi beliau. Pertama, Hudzaifah adalah seorang yang cerdas kerana beliau selalu dapat selesaikan segala suatu perkara yang rumit. Kedua, Hudzaifah cepat dalam mempelajari sesuatu perkara, beliau berfikir cepat dan selalu tepat dalam mempelajari suatu hal yang baru. Ketiga, Hudzaifah adalah orang yang amanah dan selalu berhati-hati dalam memegang rahasia serta sangat disiplin, tidak ada seorang pun dapat menggali apa yang dirahasiakan oleh beliau.

·       Hudzaifah Ibnu Yaman adalah pahlawan yang berjaya menakluk Nahawand, Dainawar, Hamadzan, dan Rai. Beliau memerdekakan kota-kota tersebut bagi kaum Muslimin dari kekuasaan Persia yang zalim. Beliau juga termasuk tokoh yang mempunyai sumbangan terhadap menyeragamkan mushaf Al-Quran yang pada saat itu berbagai ragam coraknya di tangan kaum Muslimin.

·       Nama dan Salasilah Keturunan Hudzaifah Ibnu Yaman

·       Nama lengkap beliau adalah Hudzaifah bin Husail bin Jabir bin Amr bin Rabi’ah bin Jarwah. Nama bapa beliau adalah Husail yang selalunya dipanggil dengan nama al-Yaman dikeranakan beliau adalah penduduk asli Mekah yang berasal dari Bani ‘Abbas. Ibunya bernama Rabab binti Ka’ab yang nasabnya sambung ke nasabnya Rasulullah SAW.

·       Kisah Hudzaifah Ibnu Yaman Seorang Pemegang Rahsia Besar Madinah dan Pemberani

·       Sebuah ujian besar yang dihadapi oleh kaum Muslimin di Madinah pada saat itu adalah kaum Yahudi munafik dan sekutu mereka. Mereka selalu membuat konflik dan banyak akan muslihat jahat. Untuk menghadapi mereka ini, Rasulullah SAW mengamanahkan sebuah rahasia besar kepada Hudzaifah Ibnul Yaman. Rahsia tersebut adalah sebuah buku yang berisi daftar nama-nama orang munafik yang berada di Madinah. Rahsia ini merupakan rahasia yang tidak pernah diketahui oleh siapa pun hingga sekarang. Rasulullah SAW juga mengamanahkan beliau untuk memerhatikan segala tingkah dan perbuatan mereka yang berada di dalam daftar tersebut. Oleh sebab ini, Hudzaifah Ibnu Yaman pun diberi gelar oleh para sahabat dengan “Shahibu Sirri Rasulullah” iaitu “pemegang rahasia Rasulullah”.

·       Pada saat kemuncak di Perang Khandaq, Rasulullah memerintahkan Hudzaifah dengan sebuah tugas yang sangat beresiko. Baginda mengutus Hudzaifah untuk menyusup ke jantung pertahanan musuh dalam kondisi gelap gelita di malam hari lalu beliau disuruh untuk mencuri informasi tentang strategi-strategi perang pihak musuh. Lalu dengan tingginya  ketaatan beliau kepada Rasulullah SAW, Hudzaifah pun bangun dan bergegas dengan perasaan takut serta menggigil menahan sejuknya udara di malam hari. Rasulullah SAW pun berdoa, “Ya Allah, lindungilah dia, dari depan, dari belakang, kanan, kiri, atas, dan dari bawah.” Setelah itu Hudzaifah pun berkata, “Demi Allah, selepas Rasulullah SAW berdoa, ketakutan yang menyelimuti diriku dan kesejukan yang menghantam tubuhku hilang seketika, sehingga aku merasa segar dan berani.” 

·       Ketika beliau hendak beranjak pergi, Rasulullah pun memanggil namanya, “Wahai Hudzaifah, jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang membuatkan mereka merasa curiga sehingga berakhirnya tugasmu, dan kembalilah dengan selamat kepadaku!”

·       Hudzaifah pun memulakan tugasnya dengan pergi ke pasukan musuh secara sembunyi-sembunyi dan sangat berhati-hati. Beliau berhasil menyusup ke dalam pertahanan musuh dengan berpura-pura sebagai anggota pasukan mereka. Tidak lama selepas itu, tiba-tiba terdengar suara Abu Sufyan yang sedang memberi arahan.

·       “Wahai pasukan Quraisy, dengarkan aku. Aku sangat risau dengan keadaan saat ini, arahan aku ini tidak boleh didenga oleh Muhammad dana pasukannya. Oleh kerana itu, periksalah setiap orang yang berada di sebelah kalian masing-masing!”

·       Mendengar arahan Abu Sufyan itu, Hudzaifah dengan cepat bertindak menepuk orang yang di sampingnya serta bertanya, “Siapa kamu?” dan jawabnya, “Aku si Fulan, anak si Fulan.”

·       Ketika sudah merasa aman, Abu Sufyan pun berkata, “Wahai pasukan Quraisy. Demi Tuhan, kita tidak dapat bertahan lebih lama lagi di sini. Binatang-binatang yang menjadi kenderaan kita telah banyak yang mati. Selain itu, Bani Quraizhah juga telah berkhianat lalu meninggalkan kita dan ribut taufan telah menyerang kita dengan ganas sehingga merusakkan perlengkapan-perlengkapan kita. Disebabkan itu semua, bersiap-siaplah kalian dan segera tinggalkan tempat ini. Sesungguhnya aku sendiri akan pergi dari sini.”

·       Selesai memberi arahan tersebut, Abu Sufyan kemudian mendekati untanya dan melepaskan tali penambat, lalu menaikinya dan berganjak dari situ. Seandainya Rasulullah SAW tidak melarangnya melakukan suatu tindakan di luar perintahnya, tentu beliau akan membunuh Abu Sufyan dengan pedangnya pada detik itu juga.

·       Kewafatan Hudzaifah Ibnu Yaman

·       Hudzaifah Ibnu Yaman wafat di Kota Madain pada tahun 35 H yang berselisih sekitar 40 hari selepas wafatnya khalifah ke-3 iaitu Utsman bin Affan.

·       Ketika Hudzaifah sedang sakit keras yang menandakan ajalnya akan tiba, beberapa orang sahabat datang menziarahinya di pertengahan malam. Lalu Hudzaifah pun bertanya kepada mereka,”Pukul berapa sekarang?” Mereka menjawab, “Sudah dekat Subuh.” Hudzaifah berkata, “Aku berlindung kepada Allah SWT dari Subuh yang menyebabkan aku masuk neraka.”

·       Lalu beliau bertanya lagi, “Adakah diantara kalian yang membawa kain kafan?” Mereka pun menjawab, “Ada.”

·       Hudzaifah berkata, “Tidak perlu kain yang mahal. Jika Allah SWT menilai diri aku sebagai hamba yang baik, Dia akan menggantikannya untukku dengan kain yang lebih baik. Dan jika pandangan Allah terhadapku tidak baik, Dia akan menanggalkan kain itu dari tubuhku.”

·       Selepas itu dia berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, aku lebih memilih fakir daripada kaya, aku lebih memilih sederhana daripada mewah, aku lebih memilih mati daripada hidup.” Setelah membaca doa tersebut, beliau pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Hudzaifah Ibnu Yaman: Biodata & Kisah Hidupnya - Aku Muslim 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...