· · JULAIBIB
· Julaibib merupakan seorang
pemuda yang berasal dari kota Madinah. Sifat fizikalnya yang
rendah dan tidak menarik menyebabkan beliau kurang dikenali di Madinah. Namun,
Julaibib r.a. adalah sahabat-Nya baginda Rasulullah ﷺ yang
amat disayangi oleh baginda ﷺ.
·
Kehidupannya
· Disebabkan keadaan
fizikalnya yang kurang menarik, masyarakat Madinah kurang senang dengan
keberadaan beliau di kota tersebut.
·
Anas
bin Malik menuturkan, “Ada seorang sahabat Rasulullah ﷺ yang
bernama Julaibib dengan wajahnya yang kurang tampan. Rasulullah menawarkan
pernikahan untuknya. Dia berkata, “Kalau begitu aku orang yang tidak laku?”
Rasulullah ﷺ menjawab, “Engkau di sisi Allah orang yang laku.” (HR
Ya’la)
· Selepas peristiwa Hijrah, baginda Rasulullah ﷺ mengangkat
martabat beliau dalam hadithnya yang bermaksud :
· "Sesungguhnya
Julaibib ini sebahagian daripada aku dan aku ini sebahagian daripada dia"
· Malah, atas usaha baginda,
Julaibib dinikahkan dengan seorang gadis Madinah yang baik
dan solehah.
·
Pernikahan Julaibib r.a.
· Hingga suatu hari, seorang
laki-laki dari Anshar datang menawarkan puterinya yang janda kepada
Rasulullah ﷺ agar beliau menikahinya. Nabi ﷺ bersabda
kepadanya, “Ya. Wahai fulan! Nikahkan aku dengan puterimu.” “Ya, dan sungguh
itu suatu kenikmatan, wahai Rasulullah,” katanya riang.
· Namun Nabi ﷺ bersabda
kepadanya, “Sesungguhnya aku tidak menginginkannya untuk diriku…” “Lalu, untuk
siapa?” tanyanya. Beliau menjawab, “Untuk Julaibib…” Ia terperanjat, “Julaibib,
wahai Rasulullah?!! Biarkan aku meminta pendapat ibunya….”
· Laki-laki itu pun pulang kepada
isterinya seraya berkata, “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melamar puterimu.” Dia menjawab, “Ya,
dan itu suatu kenikmatan…” “Menjadi isteri Rasulullah!” tambahnya girang. Dia
berkata lagi, “Sesungguhnya beliau tidak menginginkannya untuk diri beliau.”
“Lalu, untuk siapa?” tanyanya. “Beliau menginginkannya untuk Julaibib,”
jawabnya.
· Dia berkata, “Aku siap
memberikan leherku untuk Julaibib… ! Tidak. Demi Allah! Aku tidak akan
menikahkan putriku dengan Julaibib. Padahal, kita telah menolak lamaran si
fulan dan si fulan…” katanya lagi.
· Sang bapak pun sedih
karena hal itu, dan ketika hendak beranjak menuju Rasulullah ﷺ,
tiba-tiba wanita itu berteriak memanggil ayahnya dari kamarnya, “Siapa yang
melamarku kepada kalian?” “Rasulullah ﷺ,” jawab keduanya. Dia
berkata, “Apakah kalian akan menolak perintah Rasulullah ﷺ?”
“Bawa aku menuju Rasulullah ﷺ. Sungguh, beliau tidak akan
menyia-nyiakanku,” lanjutnya. Sang bapak pun pergi menemui Nabi ﷺ,
seraya berkata, “Wahai Rasulullah ﷺ, terserah Anda.
Nikahkanlah dia dengan Julaibib.”
· Nabi ﷺ pun
menikahkannya dengan Julaibib, serta mendoakannya,
· اَللّهُمَّ صُبَّ
عَلَيْهِمَا الْخَيْرَ صَبًّا وَلَا تَجْعَلْ عَيْشَهُمَا كَدًّا كَدًّا
· “Ya Allah! Limpahkan
kepada keduanya kebaikan, dan jangan jadikan kehidupan mereka susah.”
·
Jasa dan Perjuangannya
· Julaibib setia mengikuti
baginda dalam ekspedisi peperangan. Namun
beliau terkorban dan jenazahnya ditanam oleh baginda
sendiri.
· Tidak selang beberapa hari
pernikahannya, Nabi ﷺ keluar dalam peperangan, dan Julaibib ikut serta bersama
beliau. Setelah peperangan usai, dan manusia mulai saling mencari satu sama
lain. Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Apakah kalian kehilangan
seseorang?” Mereka menjawab, “Kami kehilangan fulan dan fulan…”
· Kemudian beliau bertanya
lagi, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab, “Kami kehilangan
si fulan dan si fulan…”

fulan dan fulan…” Beliau bersabda, “Akan tetapi aku kehilangan Julaibib.”
· Mereka pun mencari dan
memeriksanya di antara orang-orang yang terbunuh. Tetapi mereka tidak
menemukannya di arena pertempuran. Terakhir, mereka menemukannya di sebuah
tempat yang tidak jauh, di sisi tujuh orang dari orang-orang musyrik. Dia telah
membunuh mereka, kemudian mereka membunuhnya.
· Nabi ﷺ berdiri
memandangi mayatnya, lalu berkata,”Dia membunuh tujuh orang lalu mereka
membunuhnya. Dia membunuh tujuh orang lalu mereka membunuhnya. Dia dari
golonganku dan aku dari golongannya.” Lalu Rasulullah ﷺ membopongnya
di atas kedua lengannya dan memerintahkan mereka agar menggali tanah untuk
menguburnya.
·
Anas bertutur, “Kami pun menggali kubur, sementara Julaibib
radhiallahu ‘anhu tidak memiliki alas kecuali kedua lengan Rasulullah ﷺ,
hingga ia digalikan dan diletakkan di liang lahatnya.” Anas radhiallahu ‘anhu
berkata, “Demi Allah! Tidak ada di tengah-tengah orang Anshar yang lebih banyak
berinfak daripada istrinya. Kemudian, para tokoh pun berlomba melamarnya
setelah Julaibib…” Benarlah, “Dan barangsiapa yang taat kepada Allah
dan Rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka itu
adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (An-Nur: 52).
· Nabi ﷺ juga
telah bersabda, sebagaimana dalam ash-Shahih, “Setiap umatku akan masuk surga
kecuali yang enggan.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yang
engan itu?” Beliau bersabda, “Barangsiapa taat kepadaku, maka ia masuk surga,
dan barangsiapa mendurhakaiku bererti ia telah enggan.”
·
Dinukil dari, “90 Kisah Malam Pertama” karya
Abdul Muththalib Hamd Utsman, edisi terjemah cet. Pustaka Darul Haq Jakarta.
alsofwah.or.id Artikel www.Kisahmuslim.com

· www.Kisahmuslim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan