Makam Habib Nuh di Singapura |
Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat terutama pada hari-hari cuti. Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya.
Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku kepada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk buku atau manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya yang menggambarkan beliau sebagai orang kerohanian yang mempunyai peranan tersendiri dan tersembunyi.
Orang hanya mengenali Sayid Habib Nuh sebagai wali Allah yang mempunyai pelbagai karamah, tetapi tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang hampir dirinya dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai rijalullah atau rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir, sedangkan tugas mereka juga besar.
Barangkali tugas yang tersembunyi inilah yang diberikan kepada orang-orang seperti Nabi Khidir a.s. pada zaman Nabi Musa a.s., Abu Huzaifah r.a. pada zaman Sayidina Umar Al Khattab r.a. dan Uwais Al Qarni pada zaman Sahabat dan tabi’in. Nabi Khidir a.s. umpamanya, seorang yang tinggi kerohanian dan kasyaf sehingga Nabi Musa a.s. berguru dengannya dalam bidang kerohanian. Dengan kata lain, dalam soal me-nyingkap rahsia alam ghaib, Nabi Khidir a.s. melebihi Nabi Musa a.s. walaupun maqam Nabi Musa lebih tinggi kerana, selain terkenal di kalangan Bani Israil, Nabi Musa a.s. seorang rasul bertaraf ulul azmi. Banyak riwayat mengatakan Nabi Khaidir a.s. masih hidup dan masih berperanan (di alam kerohanian).
Abu Huzaifah r.a. pula dikurniai keistimewaan kasyaf; boleh mengenali orang-orang munafiq. Malah Sayidina Umar Al Khattab r.a. sewaktu menjadi khalifah sentiasa mendapat panduan daripada Abu Huzaifah untuk mengenal pasti orang-orang munafiq khususnya dalam menentukan seseorang yang meninggal dunia itu Mukmin atau munafiq. Walhal Sayidina Umar terkenal sebagai Sahabat yang lebih kanan dan dijamin masuk Syurga. Jelaslah Allah SWT membuka tirai hijab bagi Abu Huzaifah yang melihat perkara-perkara yang orang lain tidak dapat melihatnya.
Demikian juga Uwais Al Qarni yang “tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit”. Beliau adalah seafdhal-afdhal tabi’in. Rasulullah SAW berpesan kepada Sayidina Umar dan Sayidina Ali supaya menemui Uwais, dan “minta-lah doanya”. Sedangkan Sayidina Umar dan Sayidina Ali terkenal dengan ketaqwaan dan tinggi kerohanian.
Maka kedua-duanya, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dari tahun ke tahun sibuk di musim Haji bertanya khabar kepada setiap khafilah yang datang dari Yaman kalau-kalau terdapat seorang bernama Uwais Al Qarni seperti sudah digambarkan oleh Rasulullah SAW itu. Akhirnya bertemu juga. Uwais Al Qarni rupa-rupanya hanya seorang khadam pengembala kambing bagi kafilah dari Yaman yang disertainya. Dia tidak dipedulikan dan disangka seorang yang tidak begitu siuman. Tetapi matanya kebiru-biruan, dan kepalanya sentiasa dihanggukkan kerana berzikir. Apabila diminta berdoa untuk mereka, Uwais Al Qarni menjawab: “Aku tidak akan mendoakan kamu berdua tetapi aku berdoa untuk kesejah-teraan semua manusia.” Nyatalah doa orang seperti Uwais Al Qurni sangat makbul dan ianya diperlukan oleh dunia.
Berdasarkan ciri-ciri istimewa yang ada pada Nabi Khidir a.s., Abu Huzaifah r.a. dan Uwais Al Qarni r.h. maka ciri-ciri yang sama juga ada pada As Sayid Habib Nuh. Ini di-akui oleh Syed Omar bin Abd Kadir Al Idrus, seorang ulama, cucu Tokku Paloh, sewaktu ditemui beberapa tahun lalu.
Pada masa hidupnya, Habib Nuh tidak dipedulikan malah dikata gila, tidak gemar bergaul dengan manusia. Cuma beliau dikenali sebagai seorang yang sangat menyayangi kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak berdosa dan dijamin Syurga. Dan Habib Nuh tidak meninggalkan apa-apa jasa berbentuk lahir seperti sekolah, kitab-kitab, atau masjid yang beliau bangunkan. Tidak ada. Anehnya, setelah meninggal dunia, beliau sangat masyhur.
Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pak Cik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:
Pada satu hari, seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pak Cik Muhammad menunggu di luar bilik kalau-kalau beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu-satu hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib ber-sama anak-anak muridnya. Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pak Cik Muhammad secara empat mata.
“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.
“Saya tidak tahu,” jawab Pak Cik Muhammad dengan beradab.
“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”
Pak Cik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu ditemui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926.
Menurut Pak Cik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduk di luar daripada Alam Syahadah. ”Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh seorang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pak Cik Muhammad.
“Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”
Syeikh Said memberitahu juga bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali-wali yang membincangkan, di antara lain, tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi, menurut Pak Cik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang-orang kafir. (Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat merbahaya dan belum ditemui ubatnya).
“Saya tiga hari pengsan, dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. Itu pun Syeikh Said yang mengubat saya,” kata Pak Cik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya. Cerita ini menggambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai ‘pencatur dunia’ yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal dalam menilai sesuatu kebenaran.
As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai-bagai karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga maqam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut: As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang-orang yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormati atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu, tetapi Habib Nuh tidak pernah menghormati atau takut kepada wakil penjajah itu.
Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana Habib Nuh tidak menghormatinya. Tiba-tiba saja kereta kuda yang dinaiki Gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah dan bertanya hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan Gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?” Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”
“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah pada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.
Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf kepada Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk-nepuk kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu Gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh r.h. mempunyai kelebihan luar biasa.
Bagaimanapun, pada satu ketika Gabenor Crawford terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurungnya di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh berada di luar penjara. Tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya. Akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.
Bagaimanapun, pada satu ketika Gabenor Crawford terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurungnya di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh berada di luar penjara. Tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya. Akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.
Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak belayar, muncul Habib Nuh di pelabuhan. Habib Nuh menahan barang-barang yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang-orang yang terlibat tidak senang dengan sikap Habib Nuh tetapi Habib Nuh tetap bertegas: “Tidak boleh barang-barang yang berharga itu dibawa.”
Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang-barang tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu. Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang belayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang-barang tersebut sedar hikmah di sebalik larangan Habib Nuh itu. Beliau bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.
Seorang lelaki yang hendak belayar menemui Habib Nuh meminta beliau mendoakan agar pelayarannya itu selamat. Alhamdulillah, lelaki itu selamat dalam pelayaran. Dan anehnya apabila sampai di tempat.yang dituju dan sebaik saja turun dari kapal, didapatinya Sayid Habib Nuh sedang menunggunya. Orang itu terperanjat, bagaimana Sayid Habib Nuh boleh berada di situ dan dengan apa dia datang.
Seorang lelaki yang hendak belayar menemui Habib Nuh meminta beliau mendoakan agar pelayarannya itu selamat. Alhamdulillah, lelaki itu selamat dalam pelayaran. Dan anehnya apabila sampai di tempat.yang dituju dan sebaik saja turun dari kapal, didapatinya Sayid Habib Nuh sedang menunggunya. Orang itu terperanjat, bagaimana Sayid Habib Nuh boleh berada di situ dan dengan apa dia datang.
Dalam satu peristiwa lain, seorang berniat dalam hatinya ketika hendak belayar, sekiranya dia selamat pergi dan balik dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Setelah 10 tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama, tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu. Menurut orang-orang yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi para wali-wali Allah.
Antara sifat yang menonjol pada diri Sayid Habib Nuh ialah, beliau sangat menyayangi kanak-kanak. Sering orang bertemu Habib Nuh dikelilingi oleh kanak-kanak. Ini sesuatu yang ganjil. Kadang-kadang beliau singgah di kedai-kedai bersama kumpulan kanak-kanak, dan kanak-kanak itu mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa membayar apa-apa. Anehnya, tuan-tuan kedai tidak pula melarang perbuatan itu. Kerana mereka yakin kedai mereka akan beroleh berkat jika dikunjungi Habib Nuh bersama kumpulan kanak-kanak itu. Ini terbukti, mana-mana kedai orang Islam yang didatangi oleh Habib Nuh bersama kanak-kanak itu, kemudiannya menjadi maju dan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan. Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak-kanak kerana mereka adalah ahlul Jannah (ahli Syurga). Kelakuan Sayid Habib Nuh itu agak ganjil bagi seorang yang sudah tua. Memang itu merupakan di antara keganjilan Habib Nuh, seorang yang mempunyai keistimewaan yang terlindung.
Sebelum meninggal dunia, As Sayid Habib Nuh r.h. berwasiat supaya jenazahnya dikebumikan di sebuah bukit kecil di Jalan Palmer. Wasiat itu agak ganjil. Bukan saja tempat yang dimaksudkannya itu terasing daripada kubur orang-orang lain tetapi bukit tersebut juga terlalu hampir dengan laut dan sering terdedah kepada pukulan ombak. Tidak lama kemudian, iaitu pada 14 Rabiulawal 1283H, As Sayid Habib Nuh kembali ke rahmatullah. Urusan pengkebumian terus dijalankan. Memandangkan bukit di Jalan Palmer itu dari masa ke masa dihakis oleh air maka keluarga Habib Nuh berbincang semula dan akhirnya memutuskan untuk mengkebumikan jenazah beliau di tempat lain. Setelah selesai dimandikan, dikapan dan disembahyangkan, orang ramai pun hendak mengangkat jenazahnya untuk dibawa ke kubur. Tetapi entah mengapa keranda yang berisi jenazah yang mulia itu tidak terangkat. Walaupun dicuba oleh puluhan orang namun tidak juga terangkat. Semua hadirin menjadi hairan dan heboh.
Datang seorang yang berilmu mengingatkan tentang wajibnya menunaikan wasiat. Dia menasihatkan ahli keluarga Habib Nuh supaya mengkebumikan saja jenazahnya di tempat yang diwasiatkan itu. Tentang apa saja akan berlaku ke atas bukit itu, serah saja kepada Allah SWT. Mungkin melalui pandangan kasyafnya, As Sayid Habib Nuh nampak bukit itu akan tetap terpelihara keadaannya sampai bila-bila. Ahli keluarga dan hadirin akur dengan nasihat tersebut. Selepas itu keranda Habib Nuh dapat diangkat dengan mudah untuk dikebumikan di tempatnya sekarang (bukit kecil di Jalan Palmer). Diceritakan juga, keranda itu terpaksa dibawa melalui satu lorong kecil yang di kiri kanan dan di atasnya penuh dengan pokok buluh Cina. Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Tetapi tebuan-tebuan itu tidak sedikit pun mengganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu.
Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikan iaitu pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof membuat binaan di atas maqam Habib Nuh itu. Beberapa tahun lalu maqam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh.
Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar maqam itu sehingga menjadi dataran, dan di situ didirikan bangunan-bangunan. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza dengan apa yang digambarkan akan berlaku sebelum adanya maqam Habib Nuh di situ. Dengan itu maqam As Sayid Nuh terus terselamat. Beberapa tahun lalu, urusan pen-jagaan maqam ini diambil alih oleh Majlis Ugama Islam Singapura. Dan seperti biasa maqam Habib Nuh itu sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang-orang Arab dari Hadralmaut dan negara-negara Arab lain, serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah SAW supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati (zikrul maut).
Sumber: http://kisahteladan.info/wali/habib-nuh.html
siapakah nama penjaga makam habib noh yang ada sekarang ini ??????
BalasPadamTak kenal maka Tak cinta. Sering dengar nama Habib But Dari arwah ayah. Tapi masih kecil. Tanda Tanya siapa dia??? Bila Tanya ayah. Jawapannya Tak memuaskn hati. Hingga baru ini teman2 ajak ziarah. Ikut aja. Tapi dlm kepala siapa dia ni?? Baru berkesempatan goggles... Baru la Aku faham Dan Tau. Terima kasih info nya.....
BalasPadam