Teladan 39 - Tsabit bin Ibrahim
dengan sebiji epal
|
Gambar hiasan |
Pada suatu
hari, Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di
pinggir kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji buah epal jatuh ke luar pagar
sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum di atas tanah itu, maka
terliurlah Tsabit. Lebih-lebih lagi pada hari yang panas terik dan rasa lapar
serta haus. Maka tanpa berpikir panjang dia mengambil epal itu dan memakannya.
Akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah epal itu bukan
miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.
Maka ia
segera pergi ke dalam kebun buah-buahan itu untuk menemui pemiliknya agar
menghalalkan buah apel yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan
seorang lelaki.
“Aku sudah
memakan setengah dari buah epal ini. Aku berharap kamu boleh menghalalkannya,”
kata Tsabit kepada lelaki itu.
“Aku bukan
pemilik kebun ini. Aku hanya pekerjanya yang ditugaskan merawat dan menguruskan
kebunnya,” jawab orang itu.
“Di mana
rumah pemiliknya? Aku mahu menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah
kumakan ini,” Tsabit berkata lagi dengan nada menyesal.
“Apabila
engkau ingin pergi ke sana maka engkau harus menempuh perjalanan sehari
semalam,” kata lelaki itu.
“Tidak
mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah
memakan epal yang tidak halal bagiku kerana makan tanpa izin pemiliknya.
Bukankah Rasulullah Saw sudah memperingatkan kita bahawa: ‘Siapa yang tubuhnya
tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka’,” kata
Tsabit yang bertekad untuk menemui si pemilik kebun itu.
Apabila
Tsabit tiba dirumah pemilik kebun itu, dia mengetuk pintu. Setelah si pemilik
rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan.
“Wahai tuan
yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang
jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu sudikah tuan menghalalkan apa yang sudah
saya makan?”
Lelaki tua
yang ada di hadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata.
“Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.”
Tsabit
merasa khuatir dengan syarat itu kerana takutd ia tidak boleh memenuhinya.
“Apakah
syaratnya tuan?” Tsabit bertanya.
“Engkau
harus mengawini putriku!” segera ia bertanya orang itu menjawab.
Tsabit tidak
memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu. “Apakah kerana hanya aku makan
setengah buah epalmu yang jatuh ke luar dari kebunmu, maka aku harus mengahwini
putrimu?” dia bertanya dengan hairan.
Tetapi
pemilik kebun itu tidak melayan kata-kata Tsabit. “Sebelum bernikah, engkau
harus mengetahui dulu kekurangan anakku ini. Dia seorang yang buta, bisu, dan
tuli. Lebih dari itu ia juga seorang gadis yang lumpuh!” kata lelaki itu
sekadar menambah kegusaran Tsabit.
Tsabit amat
terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir, apakah perempuan
seperti itu patut menjadi isterinya hanya kerana memakan setengah buah epal
tanpa keizinan pemiliknya?
“Selain
syarat itu, aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan,” tambah
pemilik kebun itu lagi.
Kemudian,
Tsabit menjawab dengan tenang. “Baiklah, aku terima pinangan ini dan berkahwin
dengan anakmu. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan ALLAH Rabbul 'Alamin. Untuk itu aku akan memenuhi
kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya karena aku amat berharap ALLAH selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku
dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi ALLAH
Ta'ala.”
Kemudian,
pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu membawa dua orang sebagai saksi
akad nikah mereka. Sesudah itu, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya.
Sewaktu Tsabit hendak masuk bilik pengantin, dia berfikir untuk mengucapkan
salam biarpun dia tahu isterinya tuli dan bisu. Dia tahu kerana Malaikat yang
berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu.
Apabila dia
mengucapkan salam, Tsabit terkejut kerana wanita telah menjadi isterinya itu
menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit mengulurkan tangan menghampiri
wanita itu, sekali lagi Tsabit terkejut kerana itu menyambut huluran tangannya.
Dalam
hatinya, Tsabit berkata, “Kata ayahnya, dia wanita tuli dan bisu tetapi dia
boleh menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian wanita yang di hadapanku ini
dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan
lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan
tangan dengan mesra pula,” Tsabit berfikir mengapa ayahnya menyampaikan
berita-berita yang bertentangan dengan kenyataan yang sebenarnya.
Setelah itu
Tsabit duduk di samping isterinya. “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau
buta. Mengapa?” dia bertanya.
“Ayahku
benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan ALLAH,” jawab isterinya.
“Ayahmu juga
mengatakan bahawa engkau tuli. Mengapa?” Tsabit bertanya lagi.
“Ayahku
benar, kerana aku tidak pernah mendengar berita dan cerita orang yang tidak
membuat ridha ALLAH. Ayahku juga mengatakan
kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?" tanya wanita itu kepada
Tsabit yang kini sah menjadi suaminya.
Tsabit
mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu
berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya mengunakan
lidahku untuk menyebut nama ALLAH saja. Aku
juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang
boleh mendatangkan kegusaran ALLAH.”
Tsabit amat
bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat saleh dan wanita yang akan
memelihara dirinya dan melindungi hak-haknya sebagai suami dengan baik.
“Ketika
kulihat wajahnya, Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap,”
kata Tsabit yang berbangga tentang isterinya.
Tsabit dan
isterinya hidup aman dan bahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurnai seorang
putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke penjuru dunia. Itulah Abu Hanifah An
Nu'man bin Tsabit.
Norziati binti Mohd Rosman
http://kisahseributeladan.blogspot.com