Rabu, 20 Februari 2013

Teladan 36 - Perkahwinan Muhammad-Khadijah

Teladan 36 - Perkahwinan Muhammad-Khadijah
Gambar hiasan

Khadijah cukup tertarik dengan sifat yang ada pada Muhammad dan menerimanya bekerja. Muhammad dihantar ke Basrah membawa barang dagangan Khadijah. Setelah tiga bulan sekembalinya dari Basrah - Khadijah mengajukan lamaran untuk menikahinya. Waktu itu Muhammad berusia 25 tahun, dan Khadijah 40 tahun.

Pada zaman itu wanita Arab bebas menentukan kehendaknya sendiri dalam hal pernikahan, oleh kerana itu Khadijah terus membicarakan lamarannya dengan Muhammad. Pada hari yang telah ditentukan, sanak keluarga Muhammad, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib dan Hamzah, berkumpul di rumah Khadijah. Abu Taliblah yang memberikan kata sambutan dalam upacara pernikahan mereka.

Nabi Muhammad tidak menikah dengan wanita lain selama Khadijah masih hidup. Usia perkahwiana mereka 25 tahun lamanya dan Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Hijrah. Khadijah melahirkan enam orang anak anak, dua lelaki dan empat perempuan.

Anak lelakinya ialah Qasim dan Abdullah, kedua-duanya meninggal sewaktu masih bayi manakala empat orang anak perempuannya bernama, Fatima az-Zahra, Zainab, Ruqaya, dan Ummi Kalsum. Oleh kerana anaknya bernama Qasim, kadang-kadang Nabi disebut Abul Qasim (ayah Qasim).

Zainab dikahwinkan dengan sepupunya. Kedua anak perempuan lainnya, Ruqaya dikahwinkan dengan Uthman yang kemudian menjadi khalifah ketiga. Ummi Kalsum juga dikahwinkan dengan Uthman setelah Ruqaya meninggal dunia. Fatima az-Zahra, anak yang paling disayangi oleh Rasulullah berkahwin dengan Ali Abi Talib.

Keturunan penerus Nabi ialah melalui anak lelaki Fatima Zahra, iaitu Hasan dan Husain. Kecuali Ibrahim yang juga meninggal dunia dalam usia muda, semua anak Nabi diperoleh dari perkawinan baginda dengan Khadijah.

Norziati binti Mohd Rosman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...